Pelajar ini kadang-kadang banyak ragamnya.
Kadangkala memang buat darah naik sampai ke kepala.
Kadangkala buat ketawa sampai terkeluar air mata.
Syukur, belum ada lagi yang menempah perkataan durjana.
Sudah aku katakan kerjaya guru ini macam penggiat seni.
Selain daripada berlakon, mengarah, menerbit - kami juga adalah peraga pakaian dan aksesori.
Tidak, bukan niat kami minta jadi begini.
Tapi keadaan kami dimanipulasi.
Oleh pelajar-pelajar yang sukakan sesuatu yang sensasi.
[Koleksi terbaru yang memenuhi bilik]
Aku ada sekumpulan pelajar yang memang suka buat kerja gila.
Dengan guru perempuan lebih-lebih lagi.
Bila aku lalu, mereka akan nyanyi dua lagu wajib.
Oh Fatimah sebab nama tengah aku Fatimah.
Aspalela pula aku tidak tahu kenapa.
Pelajar : (sedang menyanyi lagu)
Aku : Diam lah sedikit. Nanti hujan.
Pelajar : Cikgu, cikgu nampak tinggi hari ini.
Aku : Ya, saya tahu.
Pelajar : Cikgu, jom bercinta. Saya nak jadi teman lelaki cikgu.
Aku : Nak buat apa? Tak nak saya.
Pelajar : Sebab cikgu cantik, saya suka.
Aku : Ceh!
Setiap kali juga hal yang sama.
Memang anak-anak yang nakal.
Walaupun pernah bikin aku naik darah, tetapi mereka ini juga sentiasa buat aku bersemangat ke sekolah.
Mahu belasah mereka dengan nota yang panjang.
Lukisan yang berganda banyaknya.
Ketawa.
Ah, aku sudah terlambat mahu menghadiri sukantara.
Jaga diri kalian semua.
Ah, jangan panggil aku Fatimah.
Itu hanya untuk keluarga.
Ah, trivia episod seterusnya sudah aku berikan pula.
Senyum mesra.
Zara : Pengelola rumah Laksamana sudah bersedia. Ayuh, gegarkan padang sekolah dengan semangat membara!
Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di Terowong Kecil Cinta Zara ?
18 comments:
Che'gu222... Wajah che'gu umpama bulan purnama... Pipi pauh dilayang, bibir merah delima... err... mata Taylor Switf... Ngeee~~~
kalo cikgu cantik, mesti student bsemangat nak masok klas....:-p
cikgu cantik dan talkative mmg faktor utama pelajar suka masuk kelas...hehehe
Pelajar : Sebab cikgu cantik, saya suka.
Aku : Ceh!
seperti chegu mata choklat juga yang ini.
cikgu mata hitam, jangan lupa pakai pelindung cahaya mentari. takut terbakar kulit bawah terik.
kalau cikgu chantek @ hensem, bersemangat betul budak2 ni belajar. even subjek yg dulu2 x minat pun, tiba2 score! hahahah
wahaha..
saye klau nyanyi kat cikgu saye..
sah kene antar ke bilik kaunseling..
hahha
Klako ah bebudak tu.... Aspalela sebab?....sebab sengal kot? Hehehe
haha..caiyok2 cikgu kimia..
sy sgt xminat kimia..
budak2 skrng mmg generasi z la katakan..
hi cg cantik
nak berkenalan
haha
ada jugak anak murid gatai ek
penggiat seni yg menambah peminat belasan umur~~
cayalah!! huahuahuahua~
errrkkk~
kasut tuh bukan present utk ak kew?
beday ak cm dh dekat je...
kali neh ak xkessah... ak tetap nk bg alamat umah utk ko post present....
symbolic~
wakakakakakkaa~
kembali menyinggah blog pendidik berjiwa ceria ni...ada saja cerita dia yang lucu2...kehkehkeh...
sepatu coklatmu beriben ya...anggun sekali! =D
aspalela lela lela hehe ~sambil nyanyi ikut melodi ekeke~
cinta monyetlah cikgu zara!
pelajar pun bersemnagt tgk cikgu cantik
hehe zara lawa kasut.sengal student ko.leh plak kate cikgu tnggi hari ni.hehe
ooo..cekgu TIMAH!hehehehehe....
lynda,best betul panggil zara cekgu timah..makin jelita mcm cekgu2 60an...phewwit!!
fatimah?macam cute je :P
Post a Comment