Tadi petang latihan rumah sukan yang pertama.
Ya, selepas merentas desa peringkat sekolah, ini masanya untuk menunjukkan kemahiran secara perseorangan. Nah, kalau kurang hebat berlari jarak jauh, ada pelbagai acara lain yang boleh disertai.
Hari ini langit sangat kedekut.
Kedekut dengan awan.
Tompok-tompok awan bagai panau yang segan mahu muncul di dada langit.
Panas terik.
Bahang.
Garing.
Lontar peluru.
Lempar cakera.
Lompat jauh.
Di atas padang botak yang hanya punya beberapa batang kelapa sawit sebagai teduhan.
Ah, guru harus tegar berdiri di atas padang.
Terendak identiti ketua pasukan merah tetap ada di mana-mana.
Nah, matahari yang terpancar terik memang membunuh sel kulit.
Tidak perlu berjemur di tepi pantai, aku dengan bangganya mahu umumkan aku sudah lebih gelap dari biasa.
Tahniah Zara.
Ketawa.
Sembunyi muka duka.
[Ya, dengan topi ini saya rasa diri saya amat kacak]
Air minuman sentiasa aku kelek ke sana ke mari.
Tidak mahu badan mengalami hidrasi.
Ambil kedatangan pelajar, tunjukkan cara melempar, beri galakan, jeritan bergema.
Ya, aku ghairah bila sukan bermula.
Tadi juga peristiwa botol air dicabul berlaku secara tiba-tiba.
Pelajar A : Cikgu, minta sedikit air.
Aku : Mana boleh, ini saya punya.
Pelajar : Ala, bolehlah cikgu. Saya guna tutup yang macam cawan tu. (sambil capai botol aku dan tuang air - minum)
Aku : Eh, awak ni.
Pelajar B pula datang.
Capai cawan biru comel yang berfungsi sebagai penutup dari tangan Pelajar A.
Tuang dan teguk.
Pelajar B : Siapa punya air ni? Kau ya?
Pelajar A : Cikgu punya.
Pelajar B : Terima kasih cikgu.
Aku terkesima.
Lepas itu hampir lima orang pelajar lain minum dari bekas yang sama.
Terdiam.
Otak sudah tidak mampu mencerna.
Kalau malam ini ada pelajar lelaki yang meracau memanggil nama aku, sumpah, bukan salah aku.
Moga-moga mereka termimpi untuk selesaikan tugasan yang aku berikan.
Moga-moga mereka bersemangat untuk datang ke sekolah esok.
Ketawa.
Zara : Ada pelajar yang mahu nombor telefon peribadi aku. Rasa agak tidak wajar mahu diberikan pada mereka. Kamu fikir bagaimana?
Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
17 comments:
hahaha...
jangan cikgu bagi no tepon genggam cikgu..
nak ngorat arr tuh..
hahahaha..
saye punya latihan rumah sukan jauh..
kene pergi stadium..
huhuhu..
T_T
ahh mungkin ia memberi sedikit ilmu dari diri cikgu mereka hahaha. tidak perlu rebus buku dalam air minuman lagi lepas nie hahahaha
minta berkat agaknya tu..hahaha..atau nak ngorat tu...hehehe
wah....sangat akrab cikgu ngan murid lelaki ya....
popular tol...hahaha!!!!!!
duduk santai atas kerusi ijau zara...
hehehe... gua nak komen lebih-lebih pun sampai lupa sebab asik tersengih je dari tadi...
hahaha... ayo, tak tau...!!!
terpulang pd cik zara sama ada mau kasi atau tdk :)
kenapa pulak budak2 tu meracau panggil nama kau?
kau letak ubat kurus ke dalam air tu?
ha ha
chegu pun sama macam zara lagi dua tiga minggu depan
Fuhh.. topi mau lebar.. :D
aku pun makin gelap wakaka
tak wajar sayang..jgn diberi hee..
"... amat kacak.." dah pandai kelakar sarawak dah u Zara. hahha. boleh pas, boleh pas! Lucu lah. :-)
skadar minum air minum lebihan tak kan sampai memanggil-manggil di kala tidur... tp, barangkali mereka akan mula mendengar kata dan arahan cikgunya dengan senang hati selepas nie... hehehe... ;)
tanda dia telah tak kisah kongsi sesuatu..huhuu dah merasa..
malam2 mimpi cikgu zara
tak payah kasi no telepon ni.
Susah nanti..
Jangan cikgunya yang mengigau, udah lewr! Hehehe
Post a Comment