Bunuh diri.
Harakiri.
Adalah itu penyelesaian terbaik yang kamu boleh beri?
Ada orang selalu kata hidup ini tidak adil.
Ada juga orang cakap, dunia ini kejam pada mereka.
Ada pula yang kata hidup ini macam palat - seperti sebuah cerita.
Ada yang berbisik, hidup macam dalam neraka.
Celaka.
Tapi, kalau kamu renung kembali, wajarkah menghukum sesuatu dengan hanya kata-kata?
Ukur takdir dengan hanya sebuah cerita?
Dalam duka, lara, sengsara, masih banyak lagi kisah suka, gembira.
Ada sesuatu yang kamu jangan lupa.
Walau sekuat mana kamu jeritkan hidup ini gila, Tuhan itu Maha Kuasa.
Ya, Maha Adil lagi Saksama.
Semalam ada terjumpa dengan seseorang di laman sembang. Entah, cuti kali ini membosankan, makanya selain menulis blog, cubaan masuk ke laman sembang adalah pilihan terakhir. Ada orang yang hendak berbual, maka layankan sahaja. Koma.
Encik.Nota : Hello.
Aku : Hello.
Encik.Nota : Boleh berbual?
Aku : Kalau perbualan yang bersih, boleh sahaja.
Encik.Nota : Lelaki? Perempuan?
Aku : Nama sahaja sudah menunjukkan aku seorang perempuan.
Encik.Nota : Baiklah. Awak, kalau nak bunuh diri, guna tangan kanan atau kiri?
Aku : Eh, apa maksudnya?
Encik.Nota : Saya rancang mahu bunuh diri.
Aku : Kenapa?
Encik.Nota : Sebab saya rasa hidup saya sia-sia.
Aku : Itu sahaja jalan penyelesaiannya?
Encik.Nota : Saya sudah tiada makna untuk hidup lagi.
Aku : Kenapa?
Encik.Nota : Kekasih sudah lari tinggalkan saya. Tinggalkan bebanan hutang pula.
Aku : Itu perkara biasa. Masih banyak perkara dalam hidup. Kenapa perlu mengalah?
Encik.Nota : Saya sangat sayang dia.
Aku : Masih banyak peluang untuk bercinta. Hidup ini indah.
Encik.Nota : Awak bujang?
Aku : Ya, saya.
Encik.Nota : Saya dah berkahwin.
Aku : Dah kahwin? Dah tu, kekasih mana yang lari?
Encik.Nota : Saya rancang mahu jadikan dia isteri kedua. Tapi malangnya dia dah lari dulu, bawa pula duit saya. Dah lama sangat kami bersama.
Aku : Isteri pertama awak tahu?
Encik.Nota : Tidak, saya mampu. Lagipun, dengan kekasih kami pernah hampir ada anak.
Aku : Kalau begitu, saya rasa awak memang patut bunuh diri sahaja. Kalau awak kidal, guna tangan kiri. Kalau tak, guna sahaja tangan kanan. Tergamaknya awak.
Encik.Nota : Saya mampu.
Aku : Kalau begitu, awak juga mampu untuk fikir sama ada perbuatan awak rasional atau tidak. Selamat tinggal. Pintu taubat masih terbuka.
Aku tidak akan berikan komentar tentang sikapnya.
Cuma, betapa singkatnya pemikiran mahu bunuh diri begitu sahaja sedangkan masih banyak peluang untuk memperbaiki diri terbuka. Perlukah kata hidup macam jahanam sedangkan kita yang memilih jalan cerita hidup kita?
Kamu punya upaya dalam cuba mencoretkan jalan cerita hidup kamu.
Jangan biarkan diri terbelenggu dengan sesuatu disebabkan kekurangan ilmu.
Sayu.
Pilu.
Malu.
Aku undur dahulu.
Zara : Sedang cuba membiasakan diri dengan rutin yang baharu. Entah kuat atau tidak menghadapinya, ini jalan yang aku pilih dan harus aku tempuh.
24 comments:
haishh
bunuh diri konpem2 masuk neraka
xtau ke?
sudah berdosa. nk tambah lg dgn bunuh diri. sedih dgn mentaliti masyarakat skang
x mo bunuh diri..
x besh!
cikgu mata hitam:
sekadar ingin petik semula kat kamu malam tadi;
kadangkala kita perlu ikat muka, tampal senyum depan semua.
soalnya jangan lari dari masalah lah. kena tempuh juga. pahit ka manis ka, kena tetap tempuh juga bukan?
singkatnya care berfikir.
sedangkan ada kemampuan segala.
banyak lagi cara nak selesai masalah.
kenapa die biar emosi kuasai diri, sampai nak bunuh diri? adei.
pelik2.
Masya Allah...
singkat dan cetek sungguh pemikiran
tipu isteri, hampiri zina..
pastu nak bunuh diri pula..
dia perlukan bantuan bimbingan agama
Moga dirinya bertemu nur semula.
nak bunuh diri tapi sempat lagi beronline bagai tu...mereng betul lelaki tu...huh...
nak commit suicide tapi kecoh bilang orang... bangang!!!
jangan buat benda alah tu dosa besar
My 30th Buffered Earnings Ads
Rindu Pada Kekasih Lama????
Jangan ambil serius dengan komen aku.
Aku faham lelaki itu tanya tangan kiri atau tangan kanan bermaksud dia mahu bunuh diri dengan cara menghiris pergelangan tangan.
So aku hanya mahu berkata, kenapa tak gunakan kedua-dua tangan sahaja.
hurm.. pelik gak mamat tu nak online dulu before bunuh diri.. hehe pelik2 je org skang ni
emosi kurang stabil.
memang kompemlah tak dapat fikir rasional atau tidak.
kalau dia cerita kepada kamu,maknanya dia perlu seseorang untuk memandu dia ke jalan yg benar.
sebab kalau tak,perlukah tanya,baik pergi bunuh diri saja.
hihihi^^.
membantu sesama umat ke jalan kebaikan tu kan baik.
isk...isk...
apalah fikiran,
dangkal sungguh!
bunuh diri bkn jalan penyelesaian..seduka mana hidup kena terus berjuang..mgkn cuba ujudkn sedikit keceriaan walaupun x seceria manusia lain :)
mesti dia tgh konpius lagi, nak bunuh diri guna tangan mana
hohoho
kalo nak buno diri tu buno je diri . wat pe nak tanye org . penakut tol .
dahla dosa bertimbun,mau dikompomkan masuk neraka pula.haih~
dia sebenarnya saja nak pancing ko untuk kesiankan dia
tapi ko balas dengan kata2 yg sangat best
biar rasa sikit jantan tak guna tu
salam
rasanya ni kali pertama saya baca entri orang sambil terlopong mulut... terlopong sebab tak sangka orang tu dah kawin haha..
aduh..
dah siap buat dosa ngan pompuan tu..
haisshh..
kasihan bini pertama..=)
jgn bunuh diri
Post a Comment