Friday, February 05, 2010

Bila Si Pemakai Kanta Lekap Biru Kata Aku Sunyi : Kalau Saya Beri Awak Nombor Saya, Awak Janji Telefon Saya Balik Ya?


Terima kasih pada semua yang sudi meninggalkan nombor telefon di surat elektronik aku.
Nah, mereka yang tidak pernah ada nombor aku juga tinggalkan nombor mereka. 
Senyum aku. Terima kasih. Nanti aku akan hantar pesanan ringkas pada kamu semua.
Sungguh, aku bertuah punya rakan macam kamu semua, pembaca Dunia Sebelah Zara.
Terharu.

Tapi, dalam aku membaca satu persatu nombor telefon yang dititipkan buat aku, aku terpana bila membaca sedikit pesanan dari seseorang yang mengatakan dia seorang pemakai kata lekap biru. Ah, sungguh buat aku ketawa sampai hampir gila. 

[Dari seorang pemakai kanta lekap biru yang bergelar Zack Efron]

Oh, memang kelakar dan buat aku tertawa.
Ya, si pemakai kanta lekap biru, terima kasih atas nombor yang anda berikan.
Kalau ada kesempatan mungkin aku akan hantar pesanan. Mungkin sahaja.
Aku tidak janji ya?
Ketawa.

Si pemakai kanta lekap biru.
Kamu buat aku ketawa hingga berguling jatuh dari ranjang kelabu.
Siapa kata aku sunyi?
Aku adalah manusia yang tidak pernah kenal erti sunyi.
Kalau aku keseorangan, aku akan biarkan diri aku kental dan hanyut dalam merasai rasa apa itu manusia.
Jadi, jangan pernah cuba membaca aku.
Nah, hanya orang tertentu sahaja yang bisa kenal siapa aku.

Semalam kawan baru itu bertanya pada aku.
Siapakah wajah sebenar di sebalik Dunia Sebelah Zara.
Aku hanya tertawa dan berkata, Zara adalah gadis yang kompleks dan sukar difahami.
Sejauh mana aku akan pergi, kamu hanya perlu mengiringi.
Hati-hati.
Aku tidak akan berpaling jika dikhianati sekali lagi.

Buat Zack Efron yang menghantar surat elektronik ini, aku cuma mampu kata terima kasih.
Buat semua yang belum meninggalkan nombor buat aku, kalian boleh berbuat demikian di alamat surat elektronik yang aku nyatakan.
lordzarasean87 [at] gmail [dot] com

Esok aku punya sukantara sekolah.
Ya, hari Sabtu juga sekolah.
Sedia untuk membakar kulit dan wajah di bawah sinar matahari yang mencapah.
Peluh mengalir, mendesah.
Semangat pasukan merah!

Zara : Sudah tempah pakaian seragam untuk dipakai setiap hari Rabu. Ah, adakah aku akan kelihatan pelik selepas ini? Malu, janji jangan ketawakan aku.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

12 comments:

Anonymous said...

perlu ke ai letak no phone di sini?hihihi

faqhrule said...

cikgu zara;

kalau chegu letak nombor telefon jugak, cikgu zara telefon tak chegu? hahahaha

chegu mata choklat.

eelobor said...

biru mata hitamku....

joegrimjow said...

hakhak
ada peminat tuu
mantap2 mantoya

AyanaAsham said...

si pemakai kanta lekap biru itu sgt menarik bunyinya.....

hepi weekend :D

Diana Ishak said...

zack efron okkk...seb baik dia tak sign as Dr Muz. Konfem akak putus sahabat ngan ko dik.

eisenhour said...

haha..menusuk kalbu entry ni..sian zack efron tu..cpt2 call dia..

kenapa la xde brat pitt ke?haha

Unknown said...

wah, mane tau jodoh!haha

Alimaz-Kembara Terasing said...

hahaha lawak tul la....

i'msosupernotcool said...

gua pon kne tinggal ke?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

aik, musykil...bila kehilangan telefonnya cik zara...nomborku masih dalam ingatan mu tidak? =D

ariff said...

fewitt~~
ada peminat tu..