Wednesday, March 11, 2009

Kekasih Gelap Aku Yang Cerah





Sabtu ini, kekasih gelap aku yang cerah akan pulang ke rumahnya.
Aku yang menempahkan perjalanan pulangnya ke sini.

Kekasih Gelap Yang Cerah.
Mengapa ya?

Dia merupakan kekasih perempuan lain.
Bukan aku.
Aku tidak layak akan gelaran itu.

Dia berkulit cerah.
Jadi, dia kekasih gelap aku yang berkulit cerah.
Aku sayang dia tapi aku tidak cinta dia.

Kerana apa?
Dia milik orang lain dan aku hanya gembira dengan kehadiran dia.
Sumpah.
Aku tidak mengharap lebih.

Oh, kekasih gelap ini juga yang mengirimkan kopi itu buat aku.
Berhubungan dengan menggunakan pelbagai sumber teknologi -
sudah SETAHUN aku bersama dia.
Senyum.

Dia tahu aku penagih kopi.
Dia juga suka memberikan apa yang aku suka.
Kamu tahu bukan?



Cinta - Kasih - Ciuman - Pelukan.
*itu pun hanya menerusi madah teknologi dan bukan secara fizikal ya?*



Jangan pula fikiranmu menerawang.
Aku gigit kamu nanti.

16 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

selamat menyambut kehadiran si pemberi kopi ;)

Tirana said...

Kekasih gelap? Adakah segelap warna kopi? hehehe..

mrblind said...

lu main kayu tiga ke..

Mrs Poyo said...

heee..

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

aku jugak bercinte melalui teknologi..
huu..kalau aku hilang no phone die..kmi akan berpisah utk selama2nya,..sgt takut!!

eliza said...

aku mungkin memahami...
kerana aku juga sedang mengalami hal yg sama.. :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

hehehe...

ada seseorang lain yang menunggu dia...

bukan daku..=(

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kak Tirana:

saya mungkin segelap kopi..tapi dia secerah susu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mrblind :

hahaha~

bukan aku...

tapi aku rasa dia...

hahaa~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mira amair:

wooo!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

penjenayah.merah.jambu. :

aku menghadapinya...

ahh..tapi aku tidak bercinta dengan dia..

aku hanya berguling mencari kebahagiaan dengan dia~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

eliza :

wah!

bestnya kamu!!

apisz said...

kekasih gelap??? ape tu? =)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

apisz:

kekasih gelap aku di sini bukan pasha ungu tau~

hahaha~

Anonymous said...

aduhai... kekasih gelap mana nie??? hak3...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

AHMADSUFI6177:

owh..kekasih gelap aku yang pertama...hahaha~

pulak~