Friday, March 20, 2009

Jangan Main Di Sini Sayang...


Kepala aku sangat pening.
Pening dengan sikap manusia di sekeliling aku.
Kepura-puraan bukan satu pilihan yang baik dalam hidup ini.
Kamu akan terbunuh dengan itu.

Aku keluar dengan B lagi.
Cuma keluar mencari idea - menemani alam dalam keadaan hujan membasahi bumi.
Kami prihatin bukan?



::Bayangan baik yang aku cuba berikan dalam usaha aku menyayangi alam::

B : Zara, kau sayang siapa?
Aku : Orang yang aku sayang, ada dalam Si Hitam.
B : Aku tumpang tengok.
Aku : Tidak boleh.

Kami teruskan perjalanan.
Melihat alam.
Kami tiba di tempat manusia-manusia sering bermain.
Tidak mengira usia, tidak mengira permainan.

Aku : Ramai orang bermain.
B : Macam-macam orang main kan?
Aku : Macam-macam permainan ada.
B : Kau nak main Zara?
Aku : Aku tak nak main di sini. Aku segan.
B : Kalau kau tak nak main kat sini, kau balik sendiri.
Aku : Ugutan?
B : Lebih kepada ancaman (gelak jahat)
Aku : Kalau kena tangkap?
B : Aku bayarkan duit dendanya...
Aku : Kau janji ya?
B : Lebih dari itu aku mampu janji.

B dan aku bermain dengan gembira.
Setiap jenis permainan kami main.
Orang pandang kami, kami tidak mengendahkan.
Kamu juga bermain bersama pasangan kamu bukan?

Tiba-tiba....

"Kak, apa hubungan akak dengan dia?"

Aku : Dia kawan akak. Kenapa? Mati kita B!

"Kak, kat sini tidak boleh main macam ni. Lagipun hujan ni, nanti akak demam"

Aku : Maaf ya Dik. (senyum terpaksa)

Adik itu tersenyum. Berlari meninggalkan kami.

Aku : B, kan aku dah kata, tak boleh main kat sini!
B : Alahai, aku baru nak main jongkang jongket ni.
Aku : Yang kau main susun batu-batu atas jongkang jongket tu nak buat apa?
B : Aku nak terapkan konsep Fizik.
Aku : Balik aku bunuh kau nanti.



Perjalanan balik kami dihiasi dengan hujan dan pelangi di sebalik sinaran matahari.
Hujan panas kata orang tua.

Nota : Kamu fikir aku main apa?! Aku berada di taman permainan kanak-kanak.

42 comments:

lavidalabelle said...

aku paling suka naik buaian. nak main tak dgn aku? lalala...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

i.am.belle:

buleh belle...

kau main..aku hayunkan dari belakang~

hahaha~

pinkiss said...

aku nak main lari² dan berkejaran.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

pinkiss:

haha..

buleh..

berkencan2 kita..=)

zamdotcom said...

oho..
ku pikir kamu main kereta kontrol td ^^
waah lama xnaik jongkang jongket..mesti seronokkan?


p/s: rasanya jongkang jongket sudah tidak mampu menampung berat badan ku lagi..owh

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

z@md0tc0m ^^:

hahaha...
kereta control..
kena kontrol ayu..
hahaha~

Anonymous said...

aduhai.. kelakar...

=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

AHMADSUFI6177:

hahaha~

sengal je aku rasa...=)

a.b geldofg said...

dgn aku bila nak kuar?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

a.b geldofg :

kalau belle tak kisah...aku layan je..

hahaha~

a.b geldofg said...

aik! sejak bila ko jadi pnakut dgn dia?...aku tk takutpun dgn dia

ala ncfe 3+1 ok tu

hehehehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

a.b geldofg :

hahaha..

bukan takut...

aku hurmat..hahaha~

nescafe sounds good..aku nak!
(semangat gila aku)

lala~

a.b geldofg said...

tggu apa lagi

jom!

tapi ko belanja ye...kad atm aku rosak la :(

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

a.b geldofg :

hahaha...

aku belanja?

buleh...

aku belanja makan sundae je...dengan sushi mau?

hahaha~

a.b geldofg said...

aku bab mkn free ni..dah jadi hobi aku

jom!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

a.b geldofg:

hahaha...

meh2...

dah waktu lunch ni..

eh, kamu kat mana?

haha~

a.b geldofg said...

pandai ko..nak blanja time org solat jumaat

ish2

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

a.b geldofg :

hahaha...

belum lagi kan?

solat pukul 1 kan?

ahh..12.59 ko tunggu aku kat sebelah masjid nun~

lala~

a.b geldofg said...

ok tuggu aku kul 1.01

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

a.b geldofg :

baik...

(dengan harapan khutbah mula jam 1.02)

lala~

Jiwa Berkarat said...

Siapakah B itu?
aku kah?
kimiey kah?
hahahaha..
curious!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Putera Arjuna:

hahaha..

kalau kau seorang gadis..mungkin B tu adalah kamu...

kalau kamu jejaka..maksudnya bukan...

ahh, kimi adalah jejaka atau gadis?
lalala~

Jiwa Berkarat said...

sangsi2
huhuhu..
nape kamu punya blog yg amat banyak?
adakah ideamu mencurah2?
jawab zara?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Putera Arjuna:

Owh...

kalau yang JTNE dan DSZ adalah hak milik aku seorang...

Chip Off The Block --->> aku adalah designer nya..

Blog Course aku --->>aku grant access semua orang.

Blog SPR UTM --->> aku pioneer, grant org lain gak..

Blog yg BI lagi satu tu..--->> aku cuma contributor jak..

puas hati sayang?

hahah~

thumbsdown said...

i wan to ply with uu at playground xd jk..

i like your writing style so much ^^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

BabySiiaOzz:

hahhaa~sure can darling..=)

my writing style?

hehe..thanks dear..XD

zahidah dihaz said...

nak jugak g main kat taman tu. lama dah xmain. lain kali kalu g main ajak i k. hehehehehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zAhiDah diHaz 17 :

hahahah~

moh kita main sama2 syg..u nak main apa?

buai?

gelongsor..?

Atiqah Adnan said...

kita nak main sekali ea..? hehe suka main-main ni..


main hide and seek nak?!

orang2.. said...

nk main guli!!!...
lama xmain..

=(

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

tRuly tO be mYself 'Qa~:

hehehe...

JOmw!!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

orang2..:

moh2..

dah lama gak tak main..-_-"

Kapten Luffy said...

ko main BENDA YG TIDAK BOLEH DI MAIN... hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Monkey D Luffy :

hahaha...

dan apakah benda itu?

hahaha~

HEMY said...

tak patah lak jongkang jongkit tu...ekekeke

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

HEMY :

kalau patah...mau sentap gak abang oit~

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

aku selalu join adik2 aku main kat tmn permainan..
siap paling aktif tu..
berpeluh2..
hahahaha.
tapi sekali tu,kena sound dgn pak cik..
dia suruh tgok signboard tulis apa.
ok fine.aku malu,lepas pak cik tu bla,aku main lagi!!
lalalalalala

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

penjenayah.merah.jambu. :

yeah sayang!

itu yang kita panggil sebagai semangat kesukanan!

hoyeah!!

Anonymous said...

see??

bkn sume org pndai b'MAIN' kate2 gaye

kamo cygku!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Mie :

hahaha..
terima kaseh cyg..

kamu buat aku gembira..
meh..aku peloookk kamu!!

Mrs Poyo said...

aku dh agak dh..di taman permainan..kikikiki..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mira amair :

hahaha..

kamu bagus..

=)