Friday, March 27, 2009

Tolong Hantar Pesanan Secara Peribadi Kepada Aku...



Aku hanya mahukan sedikit kegembiraan.
Itu sahaja yang aku dambakan setelah aku selesai dengan kerja aku.
Berikan aku sedikit kegembiraan di dunia maya ini.

Aku memahami aku bukan yang terbaik.
Aku sangat-sangat memahami kekurangan diri aku.
Tetapi, mengapa mesti lakukan begini?

::Pesanan Khas Buat Siapa2::

Aku memahami mengapa kamu menegur aku.
Aku memahami apa yang kamu cuba sampaikan.
Tetapi apa alasan kamu mengatakan aku seseorang yang keras hati?

Sesuatu yang aku benci, aku dinilai secara luaran.
Ya, blog aku hanya karya picisan di mana aku menulis sesuatu berdasarkan pengalaman seharian aku. Salah di mata kamu?
Maafkan aku.
Maafkan aku.
Maafkan aku.

Aku tidak kisah ditegur.
Sumpah, aku tidak kisah.
Tetapi, aku percaya, dan aku juga belajar,
teguran yang baik itu seharusnya dilakukan secara berhemah.

Kamu menyatakan aku seorang yang keras hati.
Kamu mengenali aku secara peribadi?
Kalau ya, sila hantar pesanan secara peribadi atau tinggalkan URL kamu.
Sebagai tanda kejujuran kamu.

Tuan Nanako menyatakan sesuatu dengan berhemah walaupun ayat-ayatnya agak membuatkan kemarahan aku meningkat,
aku lebih rela begitu daripada kamu melakukan perbuatan seperti ini.

Aku mohon.
Kenalkan diri kamu secara peribadi kepada aku.
Aku mohon sangat-sangat.
Aku tidak mahu membenci manusia lain.

**************************************************

Kalian tidak akan melihat kelibat aku di sini dalam masa terdekat.



Cuaca yang buruk menjelaskan hati aku ketika ini.
Maafkan aku kalian.
Aku bukan sahabat yang baik untuk kamu semua.

22 comments:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

zara..
bertenang ok..
:)

CikYana(",) said...

calm down syg

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

penjenayah.merah.jambu. :

thanks sayang..
aku cuba...

=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

CikYana(",):

hehehe...
i tried..

sharamli said...

zara......
biarkan dy....
hu3...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sharamli :

aku cuba syaang~

Khin Hooi said...

tak payah mintak maaf pun. biarlah dia.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

khinhooi :

entahlah khin hooi..

aku pun tak tau~

Kapten Luffy said...

salah faham ni...

apa kata korang dua bertemu dan berbincang. tu lg baik

FARYN said...

zara...
ini blog ko..
biasa la...ada je akan menghentam..bagi aku abaikan mereka2 yg tak berfaedah ni..buang masa je..

mereka tak suka..tapi stil baca/...
maknanya benci tapi rindu la kan...
hahahahahahahaaha....

farah said...

zara;

usah menjauhkan diri dari duniamu ini.
persetankan 'siapa2' itu.
ini dunia kau sayang!

bersabarlah.

kau tidak buat apa2 kesalahan.

:)

eliza said...

aih di sini pun ada org yg x puas hati jgk..

~kuatkan hati zara bukan ko yg salah pun...

org2 mcm tu mmg x senang tgk bila org lain bahagia. biarkanlah.
lama2 nnt pandai org tu diam sendiri.

A a D i I ? said...

alaa..rilek ah!
buat bodo suda~

ni kan blog ko. sukati ko la nak uruskan cemane. kan?

pinkiss said...

persetankan je orang itu.

Gieyana said...

Don't bother about other person said...just b strong k..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Monkey D Luffy :

kalau dia jujur..dia patut tunjuk siapa diri dia..itu sahaja~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

F A R Y N:

ahhh..
benci tapi rindu kan?
manusia Faryn..

aku tak mampu buat apa2~~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

farah liyana :

terima kasih sayang~

aku sayang kamu!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

eliza :

ahh..
manusia PhD ada di mana2...
mereka takkan berhenti~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

A a D i I ?:

betul!

aku setuju!

peluk skit syg~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

pinkiss:

buhuh boleh?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Gieyana :

thanks a lot Kak!