Monday, November 29, 2010

Kenapa Suka Kelas Tambahan Sewaktu Zaman Belajar? : Cara Menjawab Soalan Pendidikan Islam SPM 2010


Salam semua.
Hari ini kertas Matematik SPM berlangsung. Tahniah kerana berjaya melepasi peperiksaan yang sungguh menyeronokkan itu. Dan ya, aku serius menyatakan bahawa itu seronok.

Esok adalah peperiksaan Pendidikan Islam. Apa yang membuatkan aku suka dengan kertas ini? Selain daripada boleh menulis banyak, ada beberapa perkara lain. Antaranya :
  • Kalau soalan minta 2 alasan/sebab/hujah, boleh beri sampai sepuluh tanpa rasa bersalah.
  • Lebih banyak kepada kemahiran berfikir dan rasional serta pemikiran logikal. Itu bagus.
  • Dengan pengalaman lebih 20 tahun mengajar, Mak adalah antara sebab mengapa kami adik beradik akan terbaring dengar apa yang dia tanya sebelum peperiksaan. Selalunya, soalan yang dia tanya akan keluar pada hari keesokannya. Ajaib kan?
  • Sebagai budak yang mengikuti sekolah agama Johor, apa yang dipelajari di dalam Pendidikan Islam SPM adalah asas berbanding dengan apa yang kami belajar setiap petang dari Fardhu Ain 1 hingga Darjah Khas. Mak, pengetahuan sedia ada itu sangat membantu.
  • Soalannya selalu berulang dan pembacaan lengkap adalah apa yang sangat diperlukan.

http://farm3.static.flickr.com/2489/3898985603_20ee1ab074_z.jpg
[Gambar : Layangkan sedikit ciuman buat kamu semua]

Disebabkan dahulu belajar di sekolah menengah biasa hingga ke Tingkatan 5, maka, aku sudah diasak ke kelas tambahan sejak di Tingkatan 3. Naik bas setiap hari Sabtu ke kelas tamabahan di bandar sewaktu di Tingkatan 3 dan ketika Tingkatan 4 dan 5 - kelas tambahan aku adalah sangat istimewa. Di kawasan kampung berhampiran dan diajar oleh guru yang jujurnya aku rasa sangat hebat.

Bahasa Inggeris dan Matematik (Tingkatan 3).
Dulu aku mengikuti kelas tambahan ini seorang diri. Bukanlah dalam kelas itu aku seorang, cuma dari kawasan aku, hanya aku seorang yang belajar di situ. Orang lain entah belajar di mana. Lucunya, aku seorang yang akan datang paling cepat dan akan bergegas balik paling cepat semata-mata nak kejar bas balik semula ke rumah. Kalau lambat, akan naik bas yang sampai rumah hampir malam. Sadis.

Aku teringat satu peristiwa di dalam kelas Bahasa Inggeris. Biasanya memang akan diberi lembaran kerja dan kita akan buat sebelum hantar pada guru tersebut, seorang guru Cina yang tua tetapi sangat baik hati. Penerangan dia menarik. Setiap kali awal kelas setiap minggu, dia akan memulangkan kertas jawapan minggu sebelumnya.

Cikgu : (panggil nama budak untuk pulangkan kertas)
Murid -murid : (bangun dan ambil kertas yang dipulangkan)
Cikgu : Sheikh...
Murid -murid : (saling berpandangan)
Cikgu : Sheikh, ambil kertas.
Murid-murid : Tiada siapa nama Sheikh. Kelas lain agaknya.
Cikgu : Saya ajar kelas ini sahaja.
Murid-murid : Cuba cikgu baca nama dia sampai habis.
Cikgu : Sheikh Fatimatul Zahrah, ada sini?
Murid-murid : Sheikh mana tu? Lelaki semua dah dapat kertas.
Aku : (bangun perlahan-lahan dan ke depan) Ini kertas saya.
Cikgu : Kenapa masa saya panggil awak tak bangun?
Aku : Sebab nama saya Sharifah, bukan Sheikh.
Cikgu : Oh, maaf.

http://farm3.static.flickr.com/2426/3901607109_a2f54455fb_z.jpg
[Gambar : Masa nak duduk semula di kerusi, budak-budak lain semua ejek nama aku. Sedih gila tahu?]

Tapi tidak mengapa.
Keputusan aku antara yang cemerlang dalam kelas itu (sambil angkat kening)
Senyum sinis.
(Tiba-tiba kau riak kenapa Zara?)

Matematik Tambahan dan Kimia (Tingkatan 4 dan 5)
Agak terlewat masuk ke kelas tambahan. Sudah separuh Tingkatan 4 aku rasa. Ini antara cikgu terbaik pernah aku jumpa sepanjang hidup aku. Dia boleh mengajar semua benda kecuali Biologi. Ya, dia mengaku benda ini sendiri. Berilah dia apa-apa mata pelajaran, kecuali Biologi, dia akan dapat tolong kami semua.

Matematik Tambahan
Aku masuk ke kelas cikgu ini dalam keadaan keputusan aku selalunya nilai tunggal ataupun tidak pernah melepasi 20 markah. Gila kau, nilai tunggal adalah 0 hingga 9 (tidaklah sampai dapat 0 kan?) - masa ini memang malu nak pergi sekolah, tapi semua orang pun serupa, semakin banyak belajar semakin rasa diri bengap amat. Kerja sekolah selalu tidak dapat disiapkan sebab tak tahu buat. Bila pergi kelas tambahan, bawa buku, tunjuk pada cikgu ini.

Cikgu : Kau belajar peringkat universiti ke?
Aku : Eh, tidaklah.
Cikgu : Mana dapat soalan ni semua?
Aku : Cikgu sekolah punya.
Cikgu : Dahsyat betul.

Dan cikgu inilah penyelamat setiap kali ada kerja sekolah dan sebagainya. Cara dia mengajar memang menarik dan kami ini lebih seperti kawan kepada dia. Cara yang digunakan mudah dan jujurnya, belajar dengan dia, Matematik Tambahan dirasakan amat menyeronokkan. Sungguh menyeronokkan. dan bila habis SPM, tidak ke kelas dia, adalah rasa sungguh bosan. Bila masuk matrikulasi, ada cuti sahaja, pergi belajar dengan dia. Senyum.

Kimia.
Cikgu ini memang terbaik. Cikgu yang sama mengajar Matematik Tambahan. Dia mengajar untuk buat kita ingat apa yang dia ajar sampai mati aku rasa (sebab apa yang dia ajar masih melekat dalam kepala aku). Buku Nota Kimia aku ada dua bahagian. Satu yang diajar di sekolah dan satu lagi apa yang diajar di kelas tambahan oleh cikgu tersebut. Senyum.

Dia mengajar dengan pantas dan bila aku pergi ke sekolah, apa yang diajar oleh guru di hadapan sebenarnya adalah pengulangan atau pengukuhan apa yang aku belajar di kelas tambahan. Enak bukan? Belajar benda yang sama dalam cara dan pendekatan yang menarik. Dan ya, Kimia itu memang menarik. Ada sesiapa nak kata payah gila? (sambil genggam penumbuk)

http://farm3.static.flickr.com/2534/4007172782_e35e09dcf2_z.jpg
[Gambar : Kimia itu macam mata pelajaran Posyen yang Severus Snape ajar. Boleh?]

Dan kalau terlepas sekalipun peluang ke kelas cikgu ini, aku sanggup ganti pada waktu lain walaupun terpaksa belajar dengan entah sesiapa punya kumpulan.

Fizik.
Ini salah seorang yang genius juga. Aku datang jumpa cikgu ini di rumahnya (Mak bawa tentunya) untuk menghadiri kelas tambahan. Mula-mula dia mahu ajar secara beramai-ramai, tapi bila dia tengok asa dan konsep aku lemah, dia suruh aku belajar seorang diri di rumah dia. Ya, macam tenaga pengajar peribadi. Sumpah, memang dia ada sentuhan ajaib.

Senyum.
Dan kejayaan itu tentunya tidak akan datang bergolek. Cikgu ini punya anak yang ramai dan agak kecil pada waktu itu. Kadangkala, sewaktu aku sedang buat latihan di meja di ruang tamu, dia akan berkejar tengok anak dia yang sedang bermain di luar rumah. Peristiwa ini selalu berlaku dan aku teringat apa yang aku selalu lakukan sewaktu belajar.

Cikgu : (sedang keluar melihatkan anak dia yang bermain di laman)
Aku : (sedang buat latihan selepas dia menerangkan konsep)

  • Anak kecil dia dalam buaian bergerak-gerak, merengek -  Aku : henjut buaian sambil sebelah tangan menulis
  • Anak kecil dia menangis - Aku : Tolong berikan susu menggunakan botol.
  • Anak dia bocor lampin - Aku : Tolong gantikan lampin. (Pernah sekali, semasa dalam buaian, lampin bocor, air kencing menitis, memang sadis, tapi aku berani cakap berbaloi buat itu semua disebabkan ilmu itu tidak dapat dibeli)
Si kecil itu sudah besar sekarang ini.
Kalaulah dia tahu kakak ini yang pernah gantikan lampin dia sewaktu kecil dulu, apa dia akan fikir agaknya?
Ketawa.

Yang menariknya, semua guru di atas tidak mementingkan wang semata-mata. Aku rasa pusat tuisyen dulu bukan berlandaskan wang seperti hari ini. Untuk mata pelajaran Matematik Tambahan dan Kimia dulu, aku hanya perlu bayar tidak jejak RM 50 untuk kedua-duanya (itu pun cikgu itu tidak mahu wang sebenarnya).

http://farm3.static.flickr.com/2720/4114805150_48e7d5661e_z.jpg
 [Gambar : Orang selalu kata guru ibarat lilin kan?]

Jangan salah anggap.
Aku tetap menganggap semua guru adalah terbaik. Guru yang mengajar di sekolah juga hebat dan sedikit tambahan daripada luar yang membantu murid (orang yang lemah macam aku) adalah amat digalakkan. Tidak menidakkan kemampuan guru sekolah kerana yang mengajar itu semuanya adalah guru juga.

Senyum.
Mata pelajaran apa yang kamu pernah hadiri kelas tambahan dulu?

Nota Kaki :
1. Hujan lebat.
2. Banyak benda yang dibuat hari ini. Pembelajaran tidak berhenti.
3. Mengantuk, tapi tidak dapat tidur.
4. Aku sudah punya Tumblr (sekadar mengisi masa bosan)

Zara : Senyuman ini tidak pernah palsu dan air mata yang mengalir juga bukan buatan. Terasa seperti sedang melakukan benda yang tidak sepatutnya, tetapi demi kegembiraan yang sementara, aku berdoa agar kegembiraan itu tidak akan terbang selamanya.

21 comments:

fezaL Mohd said...

aku pernah g kelas tambahan

semata mata , belaja isi kandungn sahaja

selama sejam !

fezaL Mohd said...

aku pernah g kelas tambahan

semata mata , belaja isi kandungn sahaja

selama sejam !

fezaL Mohd said...

aku pernah g kelas tambahan

semata mata , belaja isi kandungn sahaja

selama sejam !

avid said...

zaman aku x merasa kelas tambahan ni. duit takde. jadi, pergi sekolah tu mmg kena betul2 la belajar. takde kelas2 tambahan mengada ni.

Azrul Hisham said...

rindu sangat2 kat guru2 zaman belajar kat sekolah rendah dan menengah dulu..huhu

suffer8zine said...

hehhehe x pe, guru adik aku sama je ngn guru aku

Terkini : Berani Mati

fadh ^_^ said...

suke sangat kimia n add math
xsuke fizik.
xsuke sampai sekarang.
tapi sekarang amek engineering
so rase macam nak mati setiap hari
huh~

Fara said...

mmg tak suke add maths, ape tah lg biologi dan kimia dan fizik.. haha.. tp alhamdulillah, lulus dgn agak cemerlang even though tak dapat A1 ;P

ciKeju said...

thx utk tips pendidikan islam..
esok boleh cuba..
tak sabar nak tunggu paper kimia..hehe
^^

Anonymous said...

sangat ironi~

cikgu2 yg friendly dan tahu mengajar membuatkan murid tu senang score.

secara jujur, aku mmg score subject cikgu2 yg friendly ngan aku ;)

syarifah radiah ibrahim said...

sekolah rendah; sy pergi kelas tambahan masa darjah 6 sebab nak upsr.

sekolah menengah; tiap2 tahun pergi kelas tambahan yang sekolah buat.

kimia menarik tapi tak larat nak menghafal, nak2 lagi organic

sukakan fizikk lebih lagi
hehe
:)

izulman said...

Not a fan of tuition :)

anizsDANbintang... said...

m'jadi ahli kimia di sektor industri kadang2 tak seindah mempelajari kimia di sekolah & universiti...

faRiha said...

bertuahnya dapat cikgu2 terbaik ^^..

hans said...

entah
hahaha
aku xingat dah
ker aku xpergi mana2 kelas tambahan?
rasa2 xpergi kut
ekekekek

P/S : Nak Ambil Aku Kau Lupa! Bila Tiba Bab Duit Cepat Pula Kau Ingat! Hahahaha!

Darling Pya said...

salam zara..

selalu jadi silent reader je tapi ari nie acu nak minta laluan pada zara kejap...

acu mohon ehsan zara & kawan2 semua jom kita bantu blogger DJ Epoi..

http://sephiasayang.blogspot.com/2010/11/hulurkan-tangan-ringankan-beban.html

Cikbelog said...

penah pegi kelas tambahan..tapi tak tahu la nape, ak sangat bermasalah ngan add math n fizik walaupon pegi kelas tambahan..wawaaaa~~

takky said...

cikgu yg ajar saye add math di kelas pernah sekali ajar fizik di klas tambahan sebab cikgu fizik x dtg...
n sampai skunk ingat lagi ape yg dye ajar fizik itu...

amar haziq said...

waa...bagusnya cikgu kak zara..

saya pun banyak pergi tuisyen

semua kena bayar..mahal plak tu

tapi sebab nak dapat result ok..saya pun pergi je lah..

saya ada pengalaman kena hina dengan cikgu masa saya form 5

sebabnya..saya dapat markah teruk

bukannya saya tak belajar..tapi tu je yang saya mampu..

kak zara..amat2 bertuah dapat cikgu baik

=>

http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

ieda Qema said...

mak x bagi ak pegi kelas tambahan... x pernah pergi seumur hidup! jeles tol nengok org pegi tuition... huaaaa

Anonymous said...

nama kau mcm kawan aku tp dia x de sharifah..suratan atau kebetolan?hahaha