Senyum.
Melampau betul kamu manusia. Berani kau buat sahabat terbaik aku begitu rupa? Nampak benar perpisahan yang terjadi membuatkan kau nanar hingga lupa diri. Satu demi satu kawan dia kau hampiri dan tagih simpati. Mungkinkah giliran aku selepas ini?
Awas, aku menanti.
Itu pasti.
Cuma, kalau kau muncul dengan cerita sekadar menarik perhatian dan mengharapkan simpati, kau akan tahu yang kau sudah salah memilih lawan yang langsung tiada hati. Senyum kejam. Kau tahu siapa kau wahai pemerhati, aku ini memang suka senyum, tetapi ada masanya aku lebih suka ketap gigi.
Aku : Kan aku dah jadi keji dah.
Kawan : Kau keji tapi lojik, aku boleh terima. Yang aku tak boleh terima ayat dia tu. Macam orang makan nasi, lepas makan habis nasi, dia salahkan kuali.
Aku : Ah, kalau ayat dia tu, biar aku tolong jawabkan. Pemikiran dia tu.
Kawan : Boleh jadi status atau tajuk blog ni.
Aku : Oh, aku paling tak tahan manusia macam itu. Kalau dapat manusia itu pada aku, mengada-ngada dan lepas itu mengadu-ngadu, memang teruk aku bambu.
Kawan : (ketawa) Dia kurang kasih sayang khabarnya.
Aku : Ramai lagi orang kurang kasih sayang, tak buat perangai pun?
Banyak lagi sebenarnya yang aku mahu tulis dalam isi perbualan kami, tapi terpaksa aku tapis. Nanti jadi kontroversi pula blog picisan aku ini. Senyum. Jadi kepada manusia yang aku maksudkan, tolonglah ya? Janganlah mencabar kesabaran kami pula. Dengan kawan aku, boleh kau main-main lagi sebab berlainan jantina, dengan aku, memang agak padah jawabnya.
[Gambar : Tentu kau tidak mahu jadi macam ini kan?]
Nota : Aku bukanlah penganiaya haiwan.
*******
Pagi tadi aku menerima beberapa panggilan telefon. Salah satunya adalah daripada ketua aku yang sangat memahami. Ya, dia boleh baca perangai aku dan akan menegur aku secara berhemah jika ada kesalahan yang aku lakukan atau terdapat kesilapan dalam tindak tanduk aku. Pagi tadi dia telefon disebabkan ada satu perkara yang aku rahsiakan telah diketahuinya.
Ketua : Kenapa tak cakap dengan saya masalah awak?
Aku : Eh, masalah apa?
Ketua : Masalah yang baru timbul minggu lepas.
Aku : Oh, tiada apa-apa ni.
Ketua : Dapat tahu pun daripada dua rakan setugas, kalau tak memang saya tak tahu.
Aku : Saya memang sengaja tak nak beritahu sesiapa. Yang seorang tu dapat tahu pun tak sengaja.
Ketua : Tahu, dia dah cerita pada saya. Awak macam mana?
Aku : Saya baik sahaja.
Ketua : Jangan patah semangat.
Aku : Tak, saya tak.
Ketua : Saya memang nak didik awak jadi yang terbaik.
Aku : Saya tahu.
Ketua : Jangan buatkan peristiwa itu jadikan awak lemah. Nanti itu akan buatkan awak kalah.
Aku : Saya tahu, saya tidak mahu kalah.
Ketua : Jadi, jangan jauhkan diri. Awak kuat, saya tahu awak boleh hadapi apa sahaja.
Aku : Terima kasih.
Ketua : Dalam hidup ini, bila kita nak menang, memang macam-macam ujian.
Aku : Saya faham.
Ketua : Jaga diri awak baik-baik.
Aku : Terima kasih ketua.
[Gambar : Keseorangan menghadapi ujian?]
Usai bercakap dengan ketua, aku duduk termenung dan berfikir akan sesuatu. Betapa aku tahu aku diuji saat itu dan aku tewas dengan diri sendiri. Aku tidak melenting bila peristiwa itu berlaku tetapi aku menggunakan terapi terakhir yang dapat aku fikirkan apabila menghadapi masalah, iaitu menangis. Aku menahan kemarahan dan kesakitan itu aku hamburkan dalam bentuk air mata.
Itu beberapa hari yang lepas. Entah berapa lama aku menahan sebak sehingga aku tertidur dalam tangisan. Bodoh, mungkin bodoh, tapi aku tahu, pagi itu aku bangun dengan kepala yang lapang. Tiada apa yang menyesakkan kepala aku dan apa sahaja ucapan sinis yang aku terima, aku sudah buang jauh dari kepala.
Tapi tadi, bila bercakap dengan ketua yang aku hormati itu, entah kenapa sebak itu kembali. Dan aku tidak punya sesiapa untuk berkongsi. Aneh. Orang boleh membuat panggilan telefon kepada aku, menghantar pesanan di Mukabuku ataupun di kantung surat elektronik aku, tapi ternyata, aku sendiri tidak punya sesiapa (dalam konteks ini : manusia) untuk berkongsi.
Tarik nafas panjang.
Jadi senang sahaja. Aku teringat kata seorang teman malam tadi. Kalau sudah tidak punya sesiapa, bercakap sahaja dengan cermin. Ya, dan itu aku lakukan tadi. Dulu aku selalu bercakap dengan dinding kalau aku punya masalah dan cermin hanya sebagai tempat aku memberikan perangsang buat diri.
Hari ini cermin bertambah lagi satu fungsinya, sebagai tempat aku meluahkan kata-kata. Berkongsi kesakitan dan memuaskan hati yang penuh duka. Buat kawan yang memberikan cadangan itu, aku sangat berterima kasih.
La Tahzan Zara.
La Tahzan.
(Ya, aku punya buku ini. Setiap kali bersedih mesti akan teringat apa yang dibaca)
Senyum.
La Tahzan Zara.
La Tahzan.
(Ya, aku punya buku ini. Setiap kali bersedih mesti akan teringat apa yang dibaca)
Senyum.
Nota Kaki :
Terima kasih atas kata-kata semangat daripada kamu sekalian di Mukabuku tadi. Memang sangat bermakna dan selepas makan semangkuk ABC tadi, kesakitan aku sudah mulai surut. Tidak dapat lakukan seperti yang selalu dipesan oleh Nakama disebabkan aku sedang cedera.
Zara : Hidup ini memang aneh, bila kita diperlukan, kita sentiasa memberi. Tetapi bila kita memerlukan, terdapat kemungkinan kita hanya keseorangan. Mungkin juga kita dilahirkan hanya untuk memberi tetapi tidak layak untuk menerima. Mungkin ada benarnya.
9 comments:
walaupun pada dasarnya kita punya kawan disekeliling kita, namun kadang kala kita akan berasa sunyi seolah² tiada siapa sudi mendengar kita.
aku paham perasaan itu, kerna aku pun sama seperti kamu.
Oh, yang status saya komen suruh nyanyi sekali tu?
dear, lupa ke? masih ada DIA yang sudi mendengar.... betul tak? Doa dan berdoa.. mengangis masa berdoa itu lebih baik kan? =p
aku tau ko kuat! aku yakin ko kuat! Jadi teruskan kuat okey?!!
bila nk cerita pasal kisah pertama? jaga diri :)
please take care ur self...
if u sad, all ur reader will sad...
share with us....
insyaAllah, we will try 2 help u if we can...
be strong k
taKe a gooD caRe deaR...
smIle to cheer Up ur day..;)
take care.
zara, just nak share.. sy juga bercinta dgn kereta sy.. sy panggil dia boyfren (ya ejaannya harus begitu ^__^ )
kalau sy sedih or feeling down, sy akan drive boyfren laju2 on the highway with no particular destination atau lepak dgn dia kat tepi taman tasik.. borak2 dgn dia, kdg2 smpi nangis2 pun ada.. (^_-)V
La Tahzan the best book ever.Em,sy pn bkawan dengan cermin lately.Dulu berkawan dengan katak hijau yang besar tapi macam tak ada reaction,bertukar kepada cermin.hehe.
take care!
Post a Comment