Syahmi Hanis melangkah tegar ke bilik rawatan sekolah. Dia tahu gadis kasar itu pasti berada di dalam sana. Dari luar, dia sudah mendengar gelak tawa gadis yang entah di mana mampu menundukkan hatinya dari pandangan pertama. Menyumpah juga dia dalam hati tatkala menyedari gadis biasa-biasa sahaja yang menguasai diri. Pintu dikuak dan dia melangkah masuk.
"Alisia"
Pantas gadis itu menoleh ke arah dia.
"Saya rasa awak perlu panggil saya kakak. Saya di Tingkatan Dua, dan awak Tingkatan Satu"
"Tapi, umur kita sama, sebaya. Betulkan Danish?"
Danish yang sejak tadi duduk di bangku hanya menguntumkan senyuman. Ternyata, Syahmi Hanis, lelaki kacukan Belanda itu sudah nanar dengan kehadiran Alisia dalam setiap mimpinya. Danish hanya mahu berjaga-jaga. Alisia itu tanggungjawab dia, entah bagaimana dia rasakan begitu pula. Alisia renung tajam muka Danish dan dia hanya ketawa kecil. Lucu gadis itu.
"Ada apa datang ke bilik rawatan?. Awak sakit ke adik?"
"Kalau saya sakit, baik saya jumpa ibu saya. Dia kan punya klinik sendiri. Tidak perlu saya ke bilik rawatan sekolah"
"Kalau macam itu, balik ke kelas. Buat apa sahaja masuk ke mari kalau tiada tujuan mendapatkan rawatan"
"Kenapa Danish boleh ada di sini?"
"Sebab dia sebahagian daripada ahli persatuan. Dah, kalau tiada alasan lain, sila tinggalkan bilik rawatan. Pulang ke sarang kamu."
Syahmi terpana. Perempuan itu sengaja tidak mahu mengerti atau mahu menyisihkan dia?. Menoleh ke arah Danish yang sudah menghampiri - membisikkan supaya keluar sahaja dari bilik yang sudah meningkat suhu akibat pertambahan haba. Dia menggeleng dan meluru ke arah Alisia. Tangan kanan gadis yang sedang mencoret di atas kanvas direnggut kasar.
"Sakitlah bodoh!"
Sepantas itu juga Syahmi rasakan bau hanyir darah memenuhi ruang wajah kacak warisan bapanya.
*******
Bab 4 Legasi Cinta Alisia bakal menyusul.
Syahmi Hanis dalam hidup Alisia Rayyan.
Salam semua.
Terima kasih buat mereka yang mengikuti perjalanan Legasi Cinta Alisia yang sudah masuk bab ketiga.
Ada yang menyedari wujudnya satu nama baru disamping Danish Aryan yang ketika ini menjadi pujaan mereka yang membaca. Yang menjadikan ia agak kelakar, aku menerima satu komen di surat elektronik, bertanyakan, mengapa nama watak baru itu tidak berbunyi seperti kacukan walaupun hakikatnya lelaki itu hasil anak keturunan campuran.
Syahmi Hanis.
Syahmi itu adalah nama yang kedengaran bunyinya bukan terlalu Melayu dan bukan juga akar bahasa kedua yang aku tuturkan. Sementelahan, pemilihan nama Syahmi adalah sebagai tanda inspirasi aku pada seorang teman yang kerap menukar pesanan di Twitter. Satu kebetulan, dia adalah bakal jurutera dan menjadikan gambar-gambar beku masa sebagai perantara aspirasi aku pada dunia.
Hanis pula mahu menyerlahkan sisi kelembutan dalam diri dia. Hakikatnya, ramai gadis mendambakan Syahmi Hanis walaupun kedengaran tiada talian antara dia dan Alisia Rayyan. Persahabatan unik antara Danish Aryan dan Alisia Rayyan, menjadikan Syahmi Hanis adalah seseorang yang diragui kehadirannya.
.Bonus Istimewa.
Untuk minggu ini, aku bukakan minda.Kalau ada yang tidak difahami dalam Legasi Cinta Alisia, lontarkan sahaja pertanyaan.
InsyaALLAH, akan aku cuba permudahkan segala persoalan.
Salam hujung minggu semua.
Kamu tahu aku sayang kalian bukan?
Ketawa.
Zara : Bunga Jiwa adalah insan yang buat aku bertambah tabah dari selalunya. Minggu ini sudah pelbagai perkara yang berlaku, dan syukur, dia kekal tegar dan aku sudah tidak ingin rebah.
7 comments:
hohohohohoh.........
sangat teruja...
tak sabar nak tunggu next episode..
ohh zai dh missed previous one, kena bace dari awl nee..mcm best
best!!
hehe.
syahmi hanis.
syahmi hizami.
oh~
syahmi hanis?
jadi syahmi tu nama perempuan lah ye?
Zahidah : tunggu~~
Zaizax : ehem~ g kejar~ hahaha~
Wanita : maceh kak!
Hizami : haha~nama kamu best~
Ariff : Erk, bukanlah~
budak sekolah rupanya
Post a Comment