Thursday, March 18, 2010

Seni Itu Tiada Batasan Walaupun Botol Kimia Kamu Layahkan. Ini Bukan Ceritera Lelaki Mata Biru.


Salam semua.
Hari ini mahu mencoretkan sebuah kisah.
Ada yang ketawa dengan coretan aku malam tadi.
Benda yang sepatutnya ringkas, menjadi terlampau panjang.
Senyum.

Hari ini mahu menulis tentang seseorang yang memperkenalkan aku pada JOHO.
Bukan lelaki Inggeris ya?
Walaupun namanya agak berbaur unsur luar.
Ketawa.

Kepala penghias blog dia.
Jejaka itu dia, wanita itu kekasih merangkap pembantu peribadi dia.
Hebat bukan?
Aku panggil ini seni urban.

Sejujurnya, aku sudah tahu lama lelaki ini.
Pernah sekelas dengan aku sewaktu di tahun akhir walaupun berlainan kursus.
Dan awas, dia ini sebaya dengan aku walaupun kursus dia 3 tahun dan aku 4 tahun.
Ya Carl, kamu dengan aku sebaya, jangan panggil aku kakak.
Ketawa.

Kelihatan agak sombong sewaktu sama-sama di kampus selatan dahulu.
Eh, tidak boleh salahkan dia.
Mungkin disebabkan kelompok kelas aku (pendidikan) memang banyak mulut dalam dewan kuliah.
Nah, mana sama dengan ahli-ahli kimia yang duduk diam tekun tanpa secolet bicara?
Senyum mesra.

Buat mereka yang mahu mengenali apa itu JOHO dengan lebih rapat, kamu perlu kenal lelaki urban ini. Dia antara dalam lapisan utama organisasi itu. Oh, sekadar mahu tambah bicara, kalau kamu berkesempatan melawat blog dia, ternyata penulisan dia juga baik. Tutur kata yang memenuhi selera pembaca dan cara penulisan memenuhi etika akan buat kamu terus mengintai dia (baca : blog dia).

Ada satu penulisan dia baru-baru ini buat aku meletup marah dan menulis di satu tempat peribadi (maaf, aku tidak dapat menyatakan di mana). Betapa perkara yang kecil buat manusia acap kali terlepas pandang akan perkara yang mereka anggap enteng itu sebenarnya memberikan kesan yang besar pada dunia.

[image002.jpg]
Gambar dari tulisan Carl bertajuk Penghinaan Melampau.

Kamu dipersilakan baca dan nilai sendiri.
Kalau mencari bahan bacaan yang ada nilai lain dari biasa, nah, boleh sahaja kamu kunjungi.
Senyum.
Hidup JOHO!
(Sekejap, Carl, kamu orang mana? - Ketawa)

Buat Carl, teruskan menulis dan berkarya.
Maaf aku tidak dapat menghadirkan diri ke JOHO punya acara.
Ada sesuatu yang lebih utama.
Kamu sudah tahu, maka senyap sahaja ya?
Itu rahsia.

*******

Bangun pagi ini aku ralit dalam dakapan mesra hidup berkarya dengan Bunga Jiwa.
Karya aku terhenti di satu tahap, beku tidak bermaya.
Karya dia laju memacu penuh gaya.
Hasil seni kami memuncak dengan di saat kami hampir ranap bersama.
Ah, ada cemburu menapak di jiwa bila lihat dia sudah mengatasi aku dengan kelebihan satu anak tangga.
Tidak mengapa.
Kita sama-sama bersaing untuk ke peringkat seterusnya.
Kamu tidak mahu mengaku kamu hebat daripada aku yang biasa sahaja.
Seni menyatukan apa yang kita rasa.
Dalam menabur abjad dan menyimpul kata.
Senyum mesra.

Zara : Mahu meneruskan coretan Legasi Cinta Alisia. Ah, kelihatan bahawa ada yang membenci cerita itu rupanya. Sudah ramai yang mengundi cerita itu bosan di tepi kotak undian sebelah kanan. Ah, aku manusia yang sentiasa redha dengan apa sahaja masyarakat mahu lemparkan.

6 comments:

Hizami Li said...

oh.
jgn hentikan cerita tu.
teruskan.
alang2 menyeluk pekasam,
biar smpy ke pangkal lengan.
;D

petisuara said...

ala zara mcm nak perli aku je pgl ko kakak..hahahah

Anonymous said...

JOHO...mau tau apa itu JOHO

Carl Samsudin said...

mau tau JOHO sila ke page JOHO.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

proud to be johorian ya zara... :-D

lego tu dah lama spread the emails ttg gbr tu...musuh islam ada saja cara mereka nak menjatuhkan agama Allah ni...huh!

anith said...

br nk tulis psl pic tu, kakak dh tulis!
so xpe la..
=]