Tadi kenalan aku di kampus selatan menghantar berita mengadu tentang projek akhir dia.
Tenang sahaja aku dengar disebabkan aku pernah melalui semua itu tahun lepas.
Teman : Zara, aku menghadapi tekanan.
Aku : Tekanan jiwa?
Teman : Tekanan macam-macam, kalah periuk tekanan dalam makmal.
Aku : Eh, aku nak tumpang rebus daging lah kalau begitu.
Teman : Bukan setakat daging, rebus perut dan tulang pun boleh.
Aku : *ketawa* Sudah gila kamu ini.
Teman : Kena perbaiki dari Bab Satu hingga habis memang sesiapa pun boleh gila.
Aku : Banyak sangat tu. Padan muka buat kerja bertangguh.
Teman : Aduhai, aku yang kamu tempelak balik.
Aku : Kan aku dah pesan, selalu jumpa pensyarah.
Teman : Selalu culas aku ini.
Aku : Itu memang karma, kamu terima balasannya.
Teman : Aku nak menangis.
Aku : Nak pinjam bahu aku jauh. Pergi duduk tepi tasik, pakai pakaian yang compang camping.
Teman : Aku kalau ikut hati nak terjun dari tingkat tiga ni.
Aku : Silakan. Tapi sila padam panggilan terakhir ini ya?
Teman : Kenapa?
Aku : Aku sudah cukup terkenal, jadi aku tidak mahu disoal siasat oleh pihak berkuasa.
Teman : Ya, kamu kan artis.
Aku : Memang, artis sangat. Tengah buat apa kamu ni?
Teman : Merenung lambakan testis.
Aku : *Terkejut* Testis?
Teman : Eh, silap. Tesis *Ketawa*
Aku : Jangan buat lawak bangang di pagi hari.
Teman : *ketawa*
*******
Aku sedang menunggu dengan penuh debaran akan penerimaan pembaca akan Legasi Cinta Alisia Bab Keempat petang ini. Moga-moga ada yang akan terus sudi membaca.
Legasi Cinta Alisia Bab 4
15 Mac 2010
Jam 1503 (03.03 petang)
Zara : Aku semakin musnah ditelan kewujudan masa. Kekuatan, hamparkan sebuah ketabahan. Aku rasa mahu rebah.
7 comments:
ahha.
testis?
uits.
sedang menunggu~
tetibe terimbau kenangan tekanan menyiapkan thesis kat utm dulu... ahaks... ;)
wakakaka..
cikgu buat lawak.
ad ke testis.
menuggu LCA,..:)
bestkan ada testis sendiri...errr...silap2..tesis sendiri..hehehe
cikgu..merenung tesis dgn testis mane best..huhu
Teman : Aku kalau ikut hati nak terjun dari tingkat tiga ni.
Aku : Silakan. Tapi sila padam panggilan terakhir ini ya?
KAHKAHKAH!!! :-D
omg, next sem aku dah kena wat thesis!
Post a Comment