Tuesday, March 09, 2010

Pendedahan Istimewa Dan Eksklusif : Di Sebalik Tabir Bab Dua Legasi Cinta Alisia - Kemunculan Doktor Danish Aryan : Lelaki Pertama


Salam sayang buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Terima kasih buat yang meninggalkan pesanan di Bab Dua Legasi Cinta Alisia.
Sungguh, aku cukup terharu dan asyik menulis tentang ini.
Maaf ya?

Ada yang bertanya menerusi kotak surat elektronik aku.
Tentang apa yang istimewa tentang episod kedua.
Oh, kali ini aku bawakan watak Doktor Danish Aryan - lelaki pertama yang muncul dalam hidup Alisia Rayyan.
Lelaki yang sentiasa dilumuri darah akibat keganasan seorang gadis muda.

Bab dua ditulis dengan cara yang istimewa aku rasa.
Ciri tradisi dan moden menjadi gabungan.
Sudah lama tidak menulis di dalam buku lakaran.


7 Mac 2010
Bas Transnasional : Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muar.

Menulis di dalam buku lakaran adalah hobi aku.
Walaupun elemen tradisi ini jarang aku terapkan kini, tetapi kebanyakan hasil tulisan aku dalam Dunia Sebelah Zara ketika awal pembukaan blog ini, aku menulis di atas kertas sahaja.
Mencari ilham dan memburu mimpi bukannya mudah.


Legasi Cinta Alisia Bab Dua.
5 Mac 2010 - Ditulis dalam perjalanan dari Sungai Mati ke Kuala Lumpur.

Aku menunggu dua hari untuk buku itu kembali kering setelah air teh aku tumpah di atas manuskrip ini. Aduhai, kembang tulisan aku akibat kecuaian aku meletakkan botol air di dalam beg sandang. Nasib baik ianya teh herba, tiada istilah kemanisan dalam siraan minuman.


Buku lakaran sudah dipenuhi dengan bunga.
Hasil karya sudah bercampur baur dengan contengan rencam.
Aduhai, aku mahukan lagi buku lakaran. Rasa suka menulis sambil meninjau kehidupan manusia.

Saat paradigma mula terhampar di depan mata, aku lihat cahaya mula menjelma dan pelangi melintasi tingkap di sebelah kiri. Adakah Danish Aryan yang mampu mengembalikan kasih saying dan meneruskan legasi sebuah hati?. Menghala nafas dalam. Mata tertancap ke perhiasan yang berderai di lantai. Capai tong sampah yang berenda merah, pungut serpihan fragmen kaca.

    “Ouch!”, tanpa aku sedari titisan darah merah mula mencacatkan warna lantai putih susu bilik guru yang mulia. Kenangan mengimbau saat darah semakin pantas memenuhi corak kotak empat persegi, ukiran buatan manusia yang indah.



Ruang menulis Bab Dua.
Kelihatan sangat selesa bukan?
Terima kasih pada tulang belakang penyangga persahabatan.

Penulisan kali ini seperti suatu perjalanan membekukan masa.
Aku menulis dengan gembira dan tenang tanpa rasa yang menghimpit rasa.
Ditemani sementara oleh Bunga Jiwa dan berbual dengan Pengetua Aksara Keraian di talian.
Bab Dua ditulis secara berterusan dan hari ini kalian sudah mula dapat menyaksikannya.


Penulis ini bulat.
Ketawa.
Jujurnya aku sukakan warna tudung ini.

Menulis sambil mengingatkan siapa di sebalik Doktor Danish Aryan buat wajah aku dilimpahi ketawa.
Figura dia bermain di mata dan wajah hamba.
Senyum sahaja.

Esok bakal berpanas lelah di atas padang dari jam lapan pagi hingga lima petang.
Sedia untuk memburu sebuah kepercayaan jiwa.
Senyum dan tunjukkan hati.

Zara : Merindui Bunga Jiwa - watak terbaru yang bakal kamu kenali dalam Dunia Sebelah Zara.

17 comments:

Adziim said...

Bas apa yang lawa benar ni?

Sketch book utopia high school..haha~
kartun best.

Abd Rahim said...

peh sangat puitis gaya penulisan anda..bukan senang nak buat tue..tahniah..

FTN said...

mak aih..bas eksekutif tuh..3 seater kan? brand ape bas ni? hahaha
aku kagum betol ngan orang rajin menulis nih.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

we believe in you zara...go girl! :-D

cheryna zamrinor said...

kalau dikumpul sketch book hasil penulisan dulu...ntah apa jadi agaknya kan?

chah~ said...

hoho.. dlm bas pun layan menulis ya.. hihihi..

keep up ur good work..
;)

Hizami Li said...

wah.
bunyi pun dah menarik.
keep up the good work.
~~

hans said...

ko tulis dalam bas ker?

Hazrey said...

Aku meng-expect manuskrip complete untuk tiba di peti surat rumahku dengan segera.

et said...

lelaki yang sentiasa dilumuri darah akibat keganasan seorang gadis muda.

->hoho.chumel sangat.^^

Nurul Harun said...

wow.. mengagumkan sungguh..

i'msosupernotcool said...

tulis lah dimana..
atas apa sekalipun..
yg indah tetap indah..

gud job zara..

JohnJenin said...

pakcik impress dengan kamu. keep it up!

NAZ said...

cara u menarik ok :) macam biasa ayat2 u. perghh cair jantan hahaha

FTN said...

tak pening ka tulis2 baca2 during travel?

Anonymous said...

sempat lagi tulis...ish3..

kalo akak, pening duduk dalam bus

zahidah dihaz said...

kacaknya bas ya....
bas apa tu?
rindu mo naik bas...