Thursday, March 11, 2010

Pemilihan Kata Ketika Aku Menulis Dan Berkarya Adalah Hak Mutlak Aku. Halusinasi - Teransang - Kimia - Alat Kelamin : Itu Adalah Isi Pengajaran.


Salam.
Manusia memang dengan mudah menuduh aku pelbagai bila aku menguji tulisan aku buat tatapan semua.
Ada yang enak mengata aku kurang terpuji akhlaknya hanya kerana status aku di Mukabuku contohnya.

Aku paling geram bila menerima panggilan di saat tubuh dialirkan dengan bahan kimia. Halusinasi aku tinggi dan butir percakapan juga gila.

Ketahuilah bahawa pengisian dan penulisan aku bergantung kepada mereka yang membaca. Bagaimana kamu menafsir sesuatu, itu yang kamu bakal fahami. Nah, ada juga yang dengan lantang menyatakan butir penulisan aku kurang difahami. Aku tidak kisah, kerana aku sedar penulisan aku masih dalam keadaan bertatih. Bukan aku untuk menghukum dan memaksa orang mengerti aku.

Halusinasi adalah perkataan yang boleh ditafsirkan sebagai khayal. Nah, aku mengajar Sains Tingkatan Empat wahai pembaca sekalian. Salahkah aku menggunakan perkataan yang lebih enak bunyinya untuk menerawangkan bahasa dan mengindahkan pawana?

Bila tangan itu mula merenggut separuh nafas aku pergi, aku terpana kesakitan sendiri. Sesiapa, sila tarik aku semula ke pentas dunia.

Aku sudah hilang puing rasa.
Aku sudah tercampak ke lembah duka.
Adakah aku layak menangis semula?
Tidak, aku tidak mahu ukir wajah duka.

Hakikatnya, aku masih seorang wanita muda.
Yang mencari kekuatan di sebalik tawa.
Aku menelusuri kehidupan aku yang semakin menginjak angka.
Ah, terlampau banyak yang istimewa dalam lipatan kenangan minda.

Aku masih seorang pencinta yang setia.
Lupakan Danish Aryan yang masih memburu Alisia.
Abaikan Alisia yang mahu meneruskan legasi cinta.
Ini Zara - pemilik diri yang dambakan sesuatu berunsurkan ceria.



Ketawa Zara.
Dalam hati kamu terhidup seorang Bunga Jiwa.
Dalam jiwa dia ada kamu, dalam jiwa kamu ada dia.
Hidup yang diselubungi kegelapan sudah kembali bercahaya.
Ah, walaupun kamu lemah Zara, jangan pernah tunjuk pada dunia.
Senyum Zara.
Ini bukan pura-pura.
Itu sebuah ceritera.

Sembunyi tangan. Simpan senyuman. Duduk kesepian. Tinggal diri, selamat jalan. Itu bukan penyelesaian, tapi sebuah keputusan. Tekad impian.

Buat pengetahuan kalian, tulisan yang berwarna dalam penulisan aku kali ini adalah status diri yang aku letak di Mukabuku semalam. Aku sedang berkarya dengan meletakkan situasi diri dalam mencakna sebuah hati dan sekujur tubuh yang tegak berdiri. Bukannya aku manusia yang mudah lupa diri. Tidak semua, aku tidak akan lepaskan mudah nyawa sendiri.

Kesakitan dan kepayahan membuatkan naluri aku bergerak semula.
Tidak ada benda yang akan buat aku kecewa.
Tiada percikan duka yang mampu ubah wajah suka.
Aku senyum dan teruskan hidup dengan gembira.

Kasih sayang aku tidak akan tamat di sini sahaja.
Masih banyak yang aku mahu sebarkan pada dunia.
Tunggu aku kalau kamu cinta.
Ini dunia aku - Dunia Sebelah Zara.

Zara : Menunggu adik lelaki membuat panggilan semula pada aku. Ah, berdebarnya jantung mahu tahu keputusan SPM dia hari ini. Aduhai. Selamat berjaya buat semua yang mengambil keputusan hari ini.

11 comments:

Hazrey said...

Saya berada di Muar sebentar lagi. Terima kasih.

azieazah said...

Manusia.. selagi bernama manusia. Begitulah...!

Semoga adik ZARA beroleh keputusan cemerlang..

Anonymous said...

betul!itu hak milik peribadi

Amieynna Amin said...

betul..
hak anda..
terpulang mereka menafsir..
maksudnya ada..
cume perlu pemikiran yang lama..

smoga adik kamu berjaya..

Unknown said...

setiap pembaca sepatutnya menghayati apa yang dibacanya..kalu dah baca sambil browse je, memanglah x paham..

kuatkan semangat...

Mrs Nurul said...

aku ni orang bukan seni zara..hahaha banyak ayat ko yang aku tak paham tau..

Wawan Saini said...

ITU HAK ANDA.
PERJUANGKAN SAJA.
PEDULIKAN ORANG LAIN.

Anonymous said...

dun care wat people say~
juz follow ur own way.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

apalah cerita adik kamu ya? tentu bagus keputusannya :-)

Penulis Hingusan said...

Kak Zara,
biarkan orang berkata, biarkan mereka tidak memahaminya, asalkan kita jadi diri kita dan bukan jadi diri mereka.

Teruskan perjuangan akk seadanya,
InsyaAllah syaza akan menjadi salah satu tulang belakangnya. :)

Anonymous said...

Hello. And Bye.