Malam menjelma, aku tunggu panggilan daripada Danish Aryan. Sambil buat tugasan sekolah, aku jengah telefon di seberang meja. Telefon berdering dan aku dengan pantas menerjah ke sana. Bonda hanya mampu geleng kepala.
“Salam. Alisia ada?”
“Salam. Ya, saya. Danish ya?”
“Ya. Maaf kalau ganggu kamu buat tugasan sekolah ke apa.”
“Tidak mengapa. Apa hal penting yang kamu mahu cakap sama saya?”
“Kamu kenal siapa Syahmi Hanis?”
“Kenapa dengan dia?”
“Dia kata dia suka kamu. Sudah lama dia jadi penunggu wajah kamu yang ceria”
Legasi Cinta Alisia - Bab Tiga sudah boleh dilayari pada 12 Mac 2010 pada jam 12.03 tengah hari tadi.
Alhamdulillah, aku berjaya juga menulis sambungan karya pertama ini dicelah kesibukan yang tidak menentu dan tiada penghujungnya.
Silakan ke Aksara Keraian dan nikmati hasil karya lain juga.
Aku mohon kalian, kalau membaca karya picisan aku itu, tinggalkanlah pesanan.
Boleh aku perbaiki diri jika ada kekurangan.
Cuti sekolah sudah bermula hari ini hingga 21 Mac 2010.
Moga-moga ada sedikit aktiviti yang dapat aku lakukan.
Ah, Legasi Cinta Alisia perlu diteruskan.
Bab Empat perlu dimulakan.
Senyuman.
*******
Hari ini aku sudah dapat suara aku kembali.
Walaupun tidak sepenuhnya, aku sudah mampu bicara dengan manusia-manusia kaku di ruang empat persegi.
Sabarkan hati.
Ini bukan gelanggang untuk aku bergusti.
Itu tempat mencari rezeki.
Tabahlah wahai diri.
Ada yang bertanya nakal pada aku.
Takkan dengan deretan kek cawan sudah boleh menundukkan aku sampai ke dagu.
Aku hanya ketawa dan dia membisu.
Sudah tentu ada lagi yang perlu.
Jangan lupa apa yang aku cinta, yang dipakai di kaki selalu.
Zara : Cuti sekolah bermula. Ada kerja yang perlu dilaksanakan secepat mungkin.
3 comments:
bila nak dibuku kan ni
ahha.
tahu takpe.
bile nak dibukukn?
xpun, didramakan.
xpun, difilemkn.
oh.
angan2 biar tinggi.
;D
selamat bercuti cikgu :)
Post a Comment