Monday, March 22, 2010

Cinta Pertama Yang Berusia 9 Tahun Atau Perkahwinan Sekarang Yang Perlu Diselamatkan?


Salam semua.
Ini hanya tulisan secara mengejut.
Entah mengapa, aku buntu dan merasa sedikit takut.
Gusar dalam memberi pendapat hingga buat dahi berkerut.
Alhasilnya, aku juga sedikit kecut.
Kesakitan mencucuk perut.

Ada seorang teman meluahkan masalahnya kepada aku tatkala aku menceritakan betapa aku menjalani kehidupan dengan bersungguh-sungguh dan mendambakan gelak tawa yang ceria. Dia kata waktu muda seperti aku jangan dipersiakan sebab aku dengan mudah boleh kuasai segalanya. Entah, aku tidak mahu kupas lebih lanjut. Itu ceritera lain gaya. Dia juga menyatakan aku beruntung dalam hidup sampai ke  menikmati puncak jaya.

Teman : Masalah kalau kamu hadapi tidak sehebat saya.
Aku : Apa masalah kamu?
Teman : Kekasih lama saya muncul kembali. Kekasih pertama.
Aku : Ya? Dia mahu apa?
Teman : Menagih kasih lama. Mahu menjadi isteri kedua.
Aku : Isteri kamu kenal dia?
Teman : Kenal, kami sama universiti dahulu. Dan saya tak pernah keluar hanya berdua dengan dia. Pasti ada isteri yang teman sebab dia sudah jadi kawan pada keluarga.
Aku : Oh, pasti isteri kamu tidak akan beri.
Teman : Kami akan duduk berbincang nanti. Dan wanita itu sudah menukar agama dia.
Aku : Menukar agama demi cinta?
Teman : Dia kata dia tertarik dengan Islam. Kalau tidak dapat berkahwin dengan saya pun tidak mengapa.

Selang sehari.

Teman : Semalam kami telah bertemu seperti selalunya. Bersama isteri saya.
Aku : Jadi, apa yang berlaku?
Teman : Dia meluahkan hasratnya pada isteri. Isteri saya mendengar sahaja.
Aku : Oh, baiknya. Dan apa yang jadi?
Teman : Isteri saya beri izin kalau saya mahu kahwin dengan wanita itu, cuma dia mahu bercerai. Tidak rela bermadu.
Aku : Mana ada orang yang senang-senang mahu bermadu.
Teman : Itulah. Saya kagum sebab dia berani tetapi saya sayang isteri saya juga.
Aku : Harus memilih antara dua.
Teman : Saya pernah berkorban dulu, sekarang saya makin pening.
Aku : Sabar, itu sahaja saya boleh cakap.

Hari ini.

Teman : Semalam saya jumpa wanita itu, tanpa kehadiran isteri saya buat kali pertama.
Aku : Isteri kamu marah?
Teman : Dia tak marah-marah, tapi dia tahu saya keluar. Dari hari itu, dia sudah senyap sahaja.
Aku : Jadi, apa yang berlaku?
Teman : Saya sudah pujuk wanita itu pulang sahaja ke negaranya. Biarkan saya bersama keluarga.
Aku : Saya rasa wanita itu tamak.
Teman : Kenapa?
Aku : Dia sudah memiliki hampir segalanya. Mengapa mesti memburu kamu lagi.
Teman : Dia pernah cuba untuk berhenti. Sambung belajar sebagainya. Tapi dia masih hidup dalam kenangan kami.
Aku : Dia sepatutnya lepaskan sahaja. Saya pernah lepaskan orang yang saya cinta demi lihat orang itu bahagia dengan pilihan dia. Saya berusaha agar tidak bina kebahagiaan atas air mata orang lain.
Teman : Entahlah.
Aku : Kamu kena berfikir dengan lebih mendalam. 
Teman : Kasihankan anak-anak.
Aku : Tahu pun.
Teman : Tapi masih ragu-ragu lagi.



Aku sejujurnya agak gusar dalam memberikan pendapat.
Ah, manusia yang bernama Zara ini hanya pernah bercinta.
Soalan yang mendalam seperti ini memang tidak pernah (dan berdoa tidak mahu juga).
Buat mereka yang lebih berpengalaman, apa yang patut dibuat agaknya?
Zara sudah kering ilham mahu berikan pendapat.

Zara : Usai bercakap dengan seseorang yang bikin onar dalam hati. Ah, berkecamuk fikiran. Minta dijauhkan agar esok boleh ke sekolah dengan lebih tabah menghadapi hari muka. Sangat berdoa agar Syaitan Merah mengalahkan Si Merah yang banyak meneguk buihan alkohol itu.

27 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

huh..complicated juga..
dah lama masalahnya..
perempuan tu tak patuttt...

Kamsiah yusoff said...

pertahankan perkahwinan...kerana banyak hati yg terluka jika menmilih wanita tersebut....sedangkan telah hidup bersama,sebantal,dah tau hati budi si isteri...

✿ Cik Nadyaa ✿ said...

Selfish betul perempuan kedua tu..huhuhu..

Khaizarien said...

maaf if terkasar bahasa....

inilah lelaki tak tetap pendirian. cinta dunia hanya sementara. ingat! doa seorang isteri mudah di makbulkan. lebih2 lagi teraniaya begini. rasa tertipu dgn kepercayaan di beri.

bak kate org dulu2, jgn cari penyakit. lebih bek menceggah dari mengubati. x perlu rasaya kutip cerita lama.

Khaizarien @ atie Blog

ArmaniWhite said...

complicated gak ehh.. emm... kalau rumahtangga skrg ni bahagia, knp nk cari bahagia yg lain? mgkn dulu si teman penah berbahagia ngn cinta pertama. tp itu dulu. blum tentu d masa dpn mereka akan bahagia seperti itu. tp sebuah perkahwinan yg dh dibina dgn kehadiran anak2, bukankah lebih bernilai dr sebuah kenangan cinta..?slagi masih ada persefahaman n bahagia, peliharalah sebaiknya.just my 2 cents..

ninoZ said...

besar benar implikasi cinta krisis dalam kampung rumahtangga, mampu jadi racun yang menggilakan kewarasan dan kekadang mungkin ubat paling mujarab untuk mewaraskan kegilaan

Ken Wooi said...

he married edy lah, forget about the other girl! =)

nurayunni said...

pernah lepaskan seseorg demi kebhgiaan die..

ape2 jer said...

teman harus lupakan kekasih pertama sbb dia dah ada komitmen dgn keluarga itu penting dprd ape2 pun hmmpendapat je

Adziim said...

Pertahankan hubungan suami isteri. Jangan berpisah.
Tuhan benci akan perkahwinan yang musnah.
Kahwin dua itu bukan perkara wajib.

Lagipun dah terang benderang si isteri tak beri izin untuk kahwin dua.

Ucapkan selamat tinggal pada kekasih pertama itu. Lagipun si dia sudah berkata kalau tidak dapat berkahwin pun tidak mengapa.

Si lelaki sudah ada dunia bersama si isteri.

Kekasih pertama itu carilah dunia lain bersama jejaka lain.

.:fifi:. said...

bahagia ada dpan mata tp kenapa mesti mencari kebahagiaan lain yang belum tentu apa penghujungnya..

Pena Crystal said...

salam hye sis zara..

Sgt complicated lorg.Tp pmpuan kedua tuh mmg tak ptut lah.jadi punca kretakan rumahtangga org lain krana kpentingan dri sndri.

Lelaki tu lak sptutnye tetap pndirian,utamakn keluarga.isteri dah bersama2 dalam susah n snang.shud appreciate her lorh..

zahidah dihaz said...

hohohoho.....
sempat juak kitak anok LIVERPOOL?
kita tangga malam tok sapa menang....
hehehehehehehehe

IntanBerlian said...

bagi aku.lelaki itu tamak.. sepatutnya tak perlu ada rasa ragu.cinta walaupun yang kedua.sepatutnya utuh kerana yang pertama itu hanyalah kenangan.. yang sekarang itulah cinta hatinya yang sepatutnya dia pelihara,bukannya tamakkn mahu yang lain.memang cinta pertama itu sukar dilupakan.tak salah mengingati tapi hanya sebagai kenangan yang pernah ada mewarnai hidup dia..

ah.aku memang tak boleh mendengar berita mcm ni..

kasihankan isterinya.apalah perasaannya bila mngetahui cintanya sebenarnya tak utuh mana.. hanya bila dtg balik godaan lama, sekejap sahaja hati dah mula ragu.peritnya realiti.

husna nabila said...

kan lebih baik jika si suami terus shje bersame isteri dan anak2 sekarang..knape awl2 tak tolak je perempuan tu?? nape msih nak dipertimbangkan??

ayat jiwang ckit

MASIHKAH LAGI ADA CINTA??

KayKhAlif said...

Hmmmm.

Agak curiga mengapa mesti si isteri memohon diceraikan jika si suami ingin mengahwini si kekasih lama?

Mungkin si isteri kurang penghayatan agama jika si suami mampu berbahagi sama rata dan membahagiakan kedua-duanya dan amat risau akan hidup bermadu.

Si kekasih lama juga agak memusykilkan bila mana sampai kini tak dapat melupakan cintanya itu.

Apakah yang sangat menguatkan hubungan cinta mereka sampaikan si kekasih lama langsung tak boleh lupa sedangkan takdirnya mereka telah pun berpisah. Adakah perpisahan dulu bukan kehendak mereka?

Pada saya, si kekasih lama telah pun menyatakan jika lamarannya tak diterima, dia masih akan tetap memeluk agama Islam lantas dengan keengganan si isteri untuk berkongsikan kasih suaminya, tidak salah untuk si suami menolak lamaran itu.

Apa yang saya harapkan, si kekasih lama tidak mencuba untuk menggangu gugat kebahagiaan cintanya itu dengan isteri dan anak-anaknya.

Semoga dunia ini tidak porak-peranda.

Pocket said...

yang baru tu tak tau lagi nak menjadi,
yg lama tu dah jadi dah..baby?

so pocket vote for the wife,
not for the new girl, even if love from the past.

azieazah said...

Apa yang diperbualkan itu pun sudah memadai... sebenarnya..

mengulas lanjut kelak membina harapan yang mula mencair..

mengecut kembali hasrat untuk bertenang..

usah cuba dikocak rasa nan sedikit menjadi gelombang yang besar..

Selamat kembali ke sekolah ZARA... Missed You...!!

NAZ said...

cinta tak siapa tahu kemahuan nya :)

Anonymous said...

kalo aku pon..aku pilih jalan macam isteri kawan itu

Cetusan said...

cuba try test bercinta dgn suami orang sedap ker tak

Cetusan said...

cuba try test bercinta dgn suami orang sedap ker tak

Cetusan said...

cuba try test bercinta dgn suami orang sedap ker tak

ery said...

sungguh merumitkan

FTN said...

inilah sebabnya ada option "it's complicated"

huh

Anonymous said...

salam
fikirkn mcm nie...
wanita itu mmpu ke jaga dia,sprti mna wife dia jaga slama nie ? mmpu ke wanita itu jdi isteri yg btol2 dh kenal kita,pkai buang kita...
makan masa brgkali...

sptutnya,lelaki itu,tak prlu fikir pnjg.isteri itu sudah ckup besar nilainya.

husna_atiqah said...

salam..

saya mungkin terlalu muda untuk memberi komen tentang ini..

tapi pendapat saya, dia sepatutnya terus bersama dengan isteri dia..

cinta pertama tidak semestinya indah..

buat apa hidup hanya berdasarkan kenangan dan khayalan yang manis suatu ketika dahulu..

selalunya, jika kita inginkan sesuatu so badly, at the end kita tak rasa seronok pun..

perempuan tu still attached dengan kenangan..

hidup bukan tentang kenangan..

ia juga berdasarkan realiti..

pahit manis dalam rumahtangga dia selama ni..

takkan dia tak pernah kisah..

kekal dengan isteri..itu lebih baik..

mungkin kedatangan perempuan itu hanya sebagai ujian dari Allah..

jangan sampai dia tersilap langkah sudah..bahaya..

stay jek dengan isteri..

nak senang, buat la solat istikharah..

atau mungkin berpisah(mungkin tidur di hotel atau tempat lain) buat sementara waktu untuk betul2 fikirkan boleh atau tidak tiada isteri dia dalam hidup dia..

=)

terima kasih..