Monday, March 08, 2010

Bila Legasi Bermula Dengan Jalinan Benang Dan Reben Merah, Danish Aryan Dan Alisia Rayyan Tidak Perlu Diperkenalkan Lagi Dengan Simpulan Senyum.


“Cikgu Alisia, kenalkan Doktor Danish Aryan. Doktor Danish, Cik Alisia Rayyan, guru paling muda di SMK Jajahan Muara.”, entah mengapa pengetua tersenyum simpul bila mengenalkan kami berdua. Kalaulah dia tahu kami pernah mengikat benang dan reben merah di jari kelingking masing-masing, permulaan sebuah legasi sepuluh tahun yang lalu.

Aku cuma terpaku berdiri ketika Pengetua sedang beramah mesra dengan Danish. Entah bila mereka sudah bergerak menuju ke bilik Pengetua, aku hanya mengekor di sebalik bingkai jernih kaca mata. Danish berjalan sedikit terkebelakang daripada Pengetua yang agak terbantut tumbesaran badannya. Aku berpaling dan merenung keluar jendela, memikirkan betapa masa cukup pantas berlalu dan meninggalkan coretan yang sedikit berbaur warnanya.

    “Bukankah saya pernah cakap yang Alisia itu sudah cukup indah namanya bagi seorang wanita?”, kata-kata Danish Aryan yang muncul tiba-tiba di belakang kepala buat aku hamper tersembam. Pantas tangan menahan meja dan kedengaran ketawa berdekah milik lelaki berkumis nipis itu bergema. Ah, celaka! Sudah berapa kali air muka jatuh di hadapan dia hari ini. Menoleh ke arah dia yang melambai dengan baju tebal dan beg di tangan. Si pelupa itu menghabiskan sisa tawa dan menuju ke pejabat Pengetua.
*******


Bab 2 Legasi Cinta Alisia | Baca di sini
 Bab 1 Legasi Cinta Alisia | Baca di sini

 Aku masih bertatih menulis dan mencoretkan sebuah kisah.
Moga-moga Bab 3 akan lebih dapat membuatkan para pembaca aku rasa teruja mahu tahu kisah selanjutnya.
Doakan aku ya?

Kehidupan alam pekerjaan aku berubah.
Aku sudah jadi manusia pendiam dan tiada lagi keletah.
Aku sudah jadi manusia sepi yang enggan lagi mengalah.
Senyap dan aku bina jarak tidak terjangkau dek kiraan marhalah.
Tidak, ini bukan tanda aku kalah.


Jiwa dicacah rasa duka.
Sakitnya hingga mahu hancurkan dunia.
Kejamnya rasa sampai mahu hantar manusia ke pintu neraka.
Ah, tenangkan hati - ingatkan nikmat pahala.
Indahnya syurga.


Bunga jiwa kata dia tidak mahu aku rasa rebah.
Berpaut erat pada kasih sayang yang menjadikan kami tabah.
Buang jauh-jauh rasa marah.
Sebab kami tahu kami manusia istimewa yang meriah.
Murninya ikatan seperti jalinan jutaan salur darah.
Pekat dan merah.

Senyum sahaja Zara.
Penderitaan tidak akan jumpa noktah sempurna.
Kebahagiaan sudah terbentang depan mata.
Seimbangkan neraca.
Biar duka disiram suka.
Ketawa.

Zara : Mahu senyum sahaja tatkala kepenatan, darah dan air mata berbaur mengaburi pandangan mata. Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan, tetapi jambatan kepada keyakinan utuh dan utama.

13 comments:

Mrs Poyo said...

cepatla siapkan bab 3.Ceq x sabaq nak bc ni..huhuhu..

Zp said...

kamu tahu apa kamu mahu... :)

iaitu sebiji kereta. eh permulaan kenapa tidak sebuah skuter???

kamu comel dengan skuter juga...

Azrul Hisham said...

kami semua tak sabar nak naik kereta baru..yeaaaaa

Anonymous said...

dik zara..mana belajar bahasa yg hebat2 ni

Penulis Hingusan said...

kak zara, syaza dah baca cerita akk. sangat menarik!
syaza suka cara akak menyusun kalam.
bila bertinta, mungkin pena bergerak dengan lajunya kerana diri memang mempunyai bakat yg sungguh istimewa.

teruskan usaha ek, kak!
ganbatte kudasai! =)

et said...

hik3.menanti dgn penuh sabarrrr.

Nurul Harun said...

semoga berjaya ! :)

khairil said...

menarik penulisan kamu zara....x sangka dah tulis novel skrng ni =)

Wawan Saini said...

menarik bab ni cikgu..
aku yang mmbaca terasa diawangan...
pasal sedih duka 2.
campak je jauh2..

NAZ said...

bahasa u lebih dari sebuah novel ok haha cemburu buta saya

noorafzan.blogspot.com said...

best la pula cite nih..haiihh~

Adziim said...

Kalau cinta itu ibarat hujan penuh duka,
Carilah payung yang sesuai agar dapat melindungi kamu dari rasa duka.

eisen said...

luka di hati ibarat besi yang bengkok..walaupun diketuk tidak mungkin akan kembali ke bentuk asalnya..kan?kan?

rileks zara syg..eisen kt sini sokong zara...kuat k.walaupon msalah x sma...mood kite tetap sway.haha

all da best..nak g bc legasi Alisia.lama tahan diri dri bt bnda yg disukai sb ada yg lebih menuntut perhatian eisen...hehe

ok la.pnjng sgt komen ni