Monday, February 01, 2010

Perhatian - Sila Lihat Tanda Bacaan Yang Kamu Gunakan Sebelum Menghantar Pesanan Pada Aku.


Acapkali aku keliru bila menerima pesanan.
Nah, tidak kira pesanan ringkas ke telefon genggam atau ke Mukabuku, aku amat mementingkan tanda bacaan. Oh, bukan namanya aku seorang yang cerewet, tapi itu pesanan.
Sesuatu yang kaku.
Aku tidak boleh baca perasaan yang kamu mahu sampaikan.
Pesanan itu masuk, kejung.

Aku beri contoh.
"Zara, kamu buat apa?"

Apa bezanya dengan ini pula.
"Zara, kamu buat apa?!"

Nah, bukankah sudah berbeza?
Yang pertama kelihatannya pengirim mahu bertanya aku sedang melakukan apa aktiviti ketika itu.
Yang kedua seperti mahu memerangkap kesalahan, atau ditangkap atas sesuatu sebab.
Nah, lebih kepada disergah barangkali.
Aduhai.

"Awak tahu tak???"
dengan
"Awak tahu tak?"
Yang pertama itu lebih kepada pertanyaan gila pada aku.
Kelihatan tidak begitu menyenangkan.
Ya, aku memang mahu menjaga perasaan orang dan perasaan aku sendiri, maka, aku perlu tahu apa yang mahu disampaikan dengan nyata.

Aku juga pantang bila menerima pesanan dengan huruf besar semua sekali.
Bagaimana ada yang tidak kena.
"Terima kasih. Maaf, lain kali sahaja ya?"
atau
"TERIMA KASIH. MAAF, LAIN KALI SAHAJA YA?"

Yang kedua agak seperti sindiran.
Menggeletar.
Fikiran celaru.

Oh, baru menerima jadual baru.
Agak sedih.
Tidak mengajar Sejarah Tingkatan Dua lagi.
Harus mengajar kelas Sejarah Tingkatan Satu.
Aku sudah jatuh cinta dengan Sejarah Tingkatan Dua.
Lagi, kelas Sejarah Tingkatan Dua sudah digantikan dengan penambahan kelas Sains Tingkatan Empat.
Oh, maknanya kini sudah ada dua kelas yang akan diajar Sains Tingkatan Empat.
Murung.
Sedih.
Pilu.
Sayu.

Zara : Mahu pulang ke rumah dengan senyuman hari ini. Mahu lupakan kegelisahan, dan ganti dengan kasih sayang untuk hari esok. Mahu ukir senyuman bahagia juga.


Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di

17 comments:

acap2405 said...

hahaha.
selepas ini saya akan cuba ikut segalanya dengan betul.
tidak mahu ada kesalahan bahasa lagi.
:)

ariff said...

ye. yang caps lock tu memang sangat annoying. rasa macam nak hempuk je kepala orang yang hantar tu dengan selipar. haha

Menderas said...

Hehe.. Ini semua disebabkan main-main dalam kelas Bahasa Malaysia di sekolah dahulu.

Betul tak tanda baca yang saya gunakan?

:)

ape2 jer said...

baik cikgu zara..hehe

Alimaz-Kembara Terasing said...

baik cikgu..kalau pesanan yang banyak titik tu cenggena plak......

faqhrule said...

sekolah cikgu bosan zara.
hari pertama yang tak berapa indah!

hans said...

kenapa?????
salah ker???
ko nih macam tak faham aku!!!!
hahahaha
aku suka letak tanda seru dkt ayat
sebab nampak macam cantik
tapi kalau orang tak tahu dia ingat aku marah
ekekekek


maaflah kalau lari topik tapi nak minta tolong kamu vote entry saya yang bernombor 19 di blog www.denaihati.com

lebih mudah nak faham sila click entry ini dan harap sudilah vote entry no 19 saya tu..

terima kasih yer n promotelah dkt member2 sama suruh vote entry saya

Naz said...

walaupun sedikit tanda, boleh kasi impak yg berbeza... huhuhu...

kawie2020 said...

sebab tu lah ade nya tanda2 dalam karangan... supaya boleh mengambarkan ekspressi dalam penulisan... sabor ek... hehhehehhhe

Unknown said...

hehehe..alert..ni tanda titik banyak-banyak takpe ke?hehehe..

joegrimjow said...

baru tau cik zara ngajar sejarah

camne pendapat tentang sejarah malaysia dalam buku teks?
hehe


cppc
jom join contest best
;-)
link contest

zan xray said...

macam mana pulak yang ini:

"Ini pisang monyet."
dengan yang ini...

"Ini pisang, monyet!!!"

aku pun keliru jk tanda baca letak tak betul hehe.

deus X machina said...

Terima kasih cikgu!!!!!!
erk888

pak long said...

salam...
bab tanda bacaan ni yang paling rumit nak ajar....tapi soalan ni paling popular lam exm...

Fira hilwa said...

haha..
aku pn xsuka kalau dpt yg macam tu. kne ikut situasi jugaklah.
btlla, pe yg ko rs, aku pn rs.
rs plik, rs tkejut..hihi

eelobor said...

pernah menjadi isu yang serius suatu ketika dahulu melibatkan seorang artis dengan peimpin negara gara² tanda bacaan dalam sesuatu bentuk penulisan yang mana boleh di salah tafsirkan.

Anonymous said...

aku tak minat sejarah dik