Monday, February 22, 2010

Lahir, Besar, Sekolah, Matrikulasi, Universiti, Kerja Di Johor - Sebab Utama Mahu Beli Baju JOHO. Cikgu Temah Tembam Beraksi Di Kampung Atas Talian.


Sembilan belas lapan puluh tujuh - anak gadis lahir di Muar, Johor.
Sembilan belas sembilan puluh tiga - budak perempuan masuk sekolah tadika rasmi di Pagoh, Johor.
Sembilan belas sembilan puluh empat - masuk sekolah darjah satu di Pagoh, Johor.
Sembilan belas sembilan puluh lapan - darjah enam di kawasan Serom, Johor.
Sembilan belas sembilan puluh sembilan - tingkatan satu di Sungai Mati, Johor.
Dua ribu empat - matrikulasi di Tangkak, Johor.
Dua ribu lima - universiti di Skudai, Johor.
Dua ribu sembilan - bertugas sebagai guru dalam daerah Ledang, Johor.

*******

Hampir lengkap kitaran hidup aku di dalam negeri tercinta, Johor.
Senyum.
Bumi bertuah, tanah tercinta.

Ada aku kisah orang kata aku tidak pernah tinggalkan tanah kelahiran?
Ada aku peduli orang kata aku gilakan Johor sampai meroyan?
Eh, kamu mana tahu aku pernah ajukan permohonan?
Keluar bertugas di luar, tetapi takdir sudah menjadi satu suratan.
Ini gelanggang di mana aku mulakan permainan.
Di sini juga ada yang perlu aku pertahankan.

Diam.
Senyum.
Mesra.

Maka, itu antara yang mendorong aku sangat menggila mahukan sesuatu daripada JOHO.
Kamu tidak kenal siapa JOHO?
Silap juga kalau tidak perkenalkan siapa mereka.
Tekan sahaja nama mereka di atas, kamu akan dibawa menjelajah ke sesuatu yang istimewa.
Kalau kamu cari perbezaan antara kita, kamu silap.
Kalau kamu mahu cari celahan politik, kamu tersalah langkah.
Kalau cari isu dan masalah bangsa atau agama, kamu sudah menempa laluan yang tidak sepatutnya.
JOHO dipenuhi pencinta.
Senyum.

Ya, kamu tahu betapa aku suka dengan perkataan cinta.
Bila seni bercampur dengan cinta, itu memang apa yang aku selalu perkenalkan diri di dunia.
Aku penggiat seni yang mungkin lain cabangnya.
Mungkin tempat berbeza.
Tapi cinta itu luhurnya dari sumber gah dan mesra.
Ya, segumpal darah merah yang kamu panggil hati cinta.
Ketawa.

Oh, tanpa perlu bicara menggila.
Kali ini mereka membawakan sesuatu yang buat hati gembira.
Bait-bait suka sudah menjelma.
Alangkah indahnya jika kami dapat bersama.

http://farm3.static.flickr.com/2738/4369042509_0a13c84c83.jpg
[Gambar dipinjam dari SINI]

Ya, mahu miliki baju itu dari mereka.
Kelihatan menarik dan tergambar rasa cinta.
Eh, aku memang suka.
Bila seni dan cinta bersatu, pasti akan ada irama indah bahagia.
Kamu mahu terus baca?
Sila tekan perkataan warna merah untuk bawa kamu ke SANA.

*******

Cikgu Temah Tembam sudah mula beraksi dalam kampung.
Kampung yang istimewa.
Kampung Fatimah Kacip sudah mula memecah wataknya.
Kamu punya waktu untuk mencari diri sebenarnya?
Sila datang ke Hari Terbuka.
Ya, Kampung Fatimah Kacip juga ada hari terbuka.
Siapa kata harimau jadian boleh kekang kami dari memulakan sesuatu yang membara?
Ketawa.
Kamu ada rasa mahu jumpa kami di hari terbuka?
Silakan, kami tunggu dengan hati gembira.

Bentang permaidani merah.
Tidak, kami tidak akan kekah.
Betul, sumpah!

Silakan melangkah.
(walaupun atas talian di Mukabuku cuma)

Zara : Hari ini aku dilanda sesuatu yang buat hati agak nanar. Mungkin akan membiarkan, mungkin akan menulis tentangnya, tetapi apa yang pasti, aku hanya mahu senyum mesra. Bibir mula merekah, aku perlu gosokkan sedikit pelembap agaknya.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]

18 comments:

Jard The Great said...

ku da vote.. (utk entri lps)

acap2405 said...

hau hau hau..
akan saya hadiri hari terbuka tuh..
ahak ahak..
berat gak sukaneka dier..
nak kene cipta watak..

Unknown said...

Ni mesti calon suami orang johor jugak..

haha!

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

haha tambahan*akan datang*---> kawen di johor,beranak di johor,cucu di johor n yg semestinya berak paling banyak di johor.kan kan?haha

Rara said...

wah sume di johor =)

Adziim said...

Johor akan jadi tarikan utama Semenanjung Malaysia. Lebih menarik dari Singapura barangkali.

noorafzan.blogspot.com said...

means zara ni junior sayalah dulu..
ala..fakulti sebelah2 je tapi x penah jumpa..=)


saya FKM awak FS kan?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kamu boleh menjadi spokeperson zara...ada saja idea dia...sudah ku follow itu JOHO...cantik bajunya...mat salleh dan minah salleh pun memakai baju joho ya... =]

vote done each time landing here...~

wanita mutalib said...

sayang!!

kakak sudah vote untuk kamoo..

yang terbaik ya sayang!!!!

Unknown said...

ade ey name kampung tu?hehehe..:)

botak said...

suratan yang betul2 menunjukkan anda true joho!

FaTiN said...

bila nak datang kelantan pulak?
hikhik

Unknown said...

semue johor?haha
rezeki kat sana kan...

KERAK NASI said...

bahasa kamu superb!

Anonymous said...

mmg anak jati johor

Mr feckry said...

zara..cool..takmau sedih..kalau sedih nanti tak best

Miss FZ said...

salam singgah..nampaknya bakal guru2 yg berasal dari johor sememangnya akan posting di johor juga..[seperti rakan2ku].

Unknown said...

owh...Zara. Rupanya kamu ex KMJ... sama denganku cuma tahun membezakan kita. kalau ko lewat seketika, mungkin bersatu kita berdua...hahaha!!