Tuesday, February 16, 2010

Cuaca Panas - Politik. Aku Perlukan Barang Sekilo Dua Salji. Ada Sesiapa Boleh Titipkan? Aku Menunggu Dengan Tabah.


Mungkin dua penulisan aku sebelum ini terlalu panas sehingga menimbulkan kekacauan di kantung masuk surat elekronik (baca : inbox email) aku. Ya, maaf buat mereka yang terasa. Penulisan aku tidak pernah menyentuh kalian, maka, jangan fikir terlampau jauh. Aku menulis kerana aku rasa aku perlu menegur dan sekali lagi, terima kasih pada mereka yang meminta aku menulis tentang politik. Aku tidak mahu dan tidak akan menulis tentang politik selagi aku masih berkhidmat dalam sebagai penjawat awam.

Ya, aku manusia yang mengikut peraturan.
Panggil aku lurus bendul.
Aku terima.
Sebab undang-undang dan peraturan dicipta bukan untuk dilanggar sewenangnya. Senyum.

Berbalik kepada laporan cuaca, ya, aku kini mandi empat kali sehari.
Cuaca sangat panas dan menggigit kulit.
Itu belum dikira saraf dan neuron yang aku korbankan.
Aku minum air lebih tiga liter sehari.
Aku pergi ke tandas setiap lima belas minit sekali.
Catatan terbaru aku yang bermula dari semalam.

Tiba-tiba aku rasa aku lapar salji.
Buat Shashi, Ariff Shah, Perantau London, Helmi Razali, Joe, Shahira, Adik Comel Anith, K-Un, Zana serta ramai lagi yang sedang mengalami cuaca sejuk beku dan bersalji, sila kirimkan aku salji barang sekilo dua. Jangan berjanji pada aku untuk bawa pulang ketika cuti musim panas. Aku libas nanti.
(Nampaknya cuaca panas sudah memaksa neuron aku menjadi jahat)

http://chickengiggle.com/wp-content/uploads/2007/11/snowflakes.jpg

Oh, hari Khamis ini ditugaskan untuk menghadiri seminar.
Ya, dengan keadaan aku sekarang, aku akan memilih tempat yang paling hampir dengan pintu.
Tandakan kedudukan tandas terdekat dalam kepala.
Bersedia dengan tisu dan tuala muka.
Sedia!

Cuaca panas menggila, entah kenapa aku rasa mengantuk sebegini rupa.
Mahu tidur diulit mimpi bahagia, tetapi terlupa tiada putera.
Eh, tiba-tiba.
Ketawa.

Zara : Aku serius mahukan salji yang asli. Mungkinkah aku perlu memecah masuk atau menerjah mana-mana gudang ais ataupun gerai-gerai penjual ABC? Aku sudah punya lagu di blog semula. Kamu suka?


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati.
Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

18 comments:

akumenjerit said...

kenapa nie kak..

ariff said...

semua orang cakap kat Malaysia panas menggila sekarang.

hrm..
Janganlah time aku balik nanti panas camtu gak

Daffodil D said...

shah alam jugak panas wehhhh. nak p london! :D


ps : starbucks bukan x halal ke? ^^

Unknown said...

aish..time panas2 ni pekena ABC dua mangkuk best nih...mmm

khasyikelvin_ said...

heh,
musim panas.
pergi belikan sis ABC.
mekasih!

hans said...

hahahha
makan salji
salji xsedap kut

Anonymous said...

nk jgk!

bungkus 3 hingget tow!

faqhrule said...

cikgu mata hitam;

panas dalam hati tak siapa tahu kan?
*ketawa tutup mulut*

Adziim said...

Kelantan pun hot jgk ni.

eNaSaN said...

wah mmg musIm panaS... di tmpt ku pns juga ...HOT.......



ku miNum jus..lallalala

deus X machina said...

wahai lord zara
jangan lupa kat san siro, itali lagi "panas" awal pagi ini
M.U vs AC Milan
liveblogging @ erk888

Anonymous said...

sayang, yang dingin beku belum tentu sejuk dan menyejukkan. tapi tak salah memasang angan mahupun membuat permintaan kan? ^_^

p.s: suka lagu kamu. tentang dia! dia putera kamu yg akan tiba ketika musim bunga? mungkin.

kisahsensasi said...

Orang kate ...musim cuaca panas ramai orang cepat temper....

Rara said...

memang teramat panas sekarang nie..huhu...
nak salji satu kalau dapat! =p

nazihahisa said...

sangat panas~~~ meh singgah sini

http://missevildido.blogspot.com/2010/02/laporan-cuaca-suhu-di-gombak.html

NAZ said...

wohhooo kumpul duit kasi terbang lar

HEMY said...

aku pun nak gak salji...dapat wat satu mangkuk wat ais kacang pn ok dah

Anonymous said...

panas sgt ke tu dik zara?