Friday, February 19, 2010

Bila Kamu Jumpa Kebahagiaan Yang Kamu Laungkan Tidak Pernah Dapat Dengan Aku, Aku Tumpang Gembira Dan Sujud Syukur.


Puncak malam indah milik aku ditaburi dengan berita yang dibawa oleh pemancar karat.
Fikirkan yang baik sahaja, hati aku bukan tempat untuk simpan perkara duka.
Segumpal darah merah yang enggan ditoreh dengan belantan kecewa.
Diam, tarik nafas, hembus karbon dioksida.

Google Cakap (baca : GoogleTalk) aku keluarkan satu tetingkap.

J : Zara, engkau dah tidur?
Aku : Belum, sekejap lagi. Sedang membaca.
J : Zara, dia dah ada teman wanita baru.
Aku : Siapa?
J : Dia yang pernah kamu punya la.
Aku : Oh, yang mana satu?
J : Macam banyak sahaja.
Aku : Lebih dari satu, kekal terhenti pada nombor dua, maka aku boleh bertanya sebegitu kan?
J : Sila jangan guna bahasa Dunia Sebelah Zara dengan aku.
Aku : Maaf, aku dah terbiasa.
J : Tidak mengapa. Balik pada cerita tadi, ya, dia yang pernah hina kerjaya seni kamu.
Aku : Oh, mengapa?
J : Dia sudah temui pengganti kamu. Kampus ini kecil sahaja, sudah tentu nampak dia di mana-mana. Lagipun, dia memang terkenal juga di sini.
Aku : Oh, biarlah. Lelaki yang baik memang disukai wanita lain.
J : Kamu tidak sedih?
Aku : Nak buat apa sedih?
J : Dia siap tulis yang dia akhirnya jumpa kebahagiaan yang dia cari lepas dia berpisah dengan kamu. Dia kata dia tidak pernah temui bahagia itu dengan kamu.
Aku : Mungkin dia benar. Ah, biarkan sahaja.

http://quakeragitator.files.wordpress.com/2008/11/happiness_by_wint3r88.jpg

J : Tapi kamu tidak rasa terhina ke?
Aku : Aku lagi rasa terhina kalau dia jumpa perempuan yang kurang baik daripada aku.
J : Kenapa pula?
Aku : Sebab kamu kata dia dapat kebahagiaan yang dia tidak pernah dapat dengan aku.
J : Hati engkau tidak terusik langsung?
Aku : Macam aku kata tadi, aku tidak kisah. Jalan hidup aku bukan lagi untuk berjalan dengan dia. Jalan hidup aku, aku yang punya, makanya apa yang terjadi pada dia, bukan lagi urusan aku.
J : Dia masih baca blog kamu lagi.
Aku : Entah, peduli apa aku.
J : Ayat aku tadi ayat pernyataan cikgu. Dia masih baca blog engkau. Setiap kali dia menulis atau mengemaskini status, dia akan hina atau kutuk engkau. Sebab dia tahu engkau sudah tiada lagi dalam Mukabuku dia.
Aku : Oh, macam itu ke? Tidak mengapa. Itu maksudnya aku sudah setaraf dengan artis.
J : Kenapa?
Aku : Orang benci dan tidak suka aku, masih mahu ambil tahu pasal aku.
J : Betul engkau tak sedih?
Aku : Aku malahan tumpang gembira dan sujud syukur.
J : Ayat macam matang sangat.
Aku : Lebih baik matang dari meteng.
J : Meteng itu mengandung sengal.
Aku : (Ketawa)

Aku hanya mampu ketawa.
Kerana seperti kata Thomas kebahagiaan itu seperti mengejar rama-rama.
Kalau kita terlalu sibuk mengejarnya, dia akan lari daripada kita.
Tapi bila kita berhenti dan alihkan perhatian kita pada perkara lain, ia akan datang hinggap di bahu kita.
Makanya, aku mahu biar ia datang dan berhenti pada bahu aku.
Aku sudah penat untuk mengejar dan sudah tidak mahu bertaruh hati.
Hati aku tempat aku simpan perkara terbaik.
Senyum.

Zara : Teman wanita kata dia mungkin akan datang berjumpa aku hari ini. Moga akan ada titik pertemuan antara kami berdua setelah lama terpisah. Senyum. Doa dalam hati.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

20 comments:

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

zara... kamu ok tak ni....
be strong gurl!!! i know u can do it

Papa-Roq said...

Salam dan sori tumpang meng komen. Tak paham sangat apa yg tuan punya blog tulis... artistik betul! Anyway terpanggil utk meng komen bila melihat cursor mouse bertukar menjadi logo man utd bila berada di blog nie....

beautiful_rose said...

kadang2 sampai 1 tahap.kita akan terpaksa melepaskan apa yang pernah menjadi milik kita.
biarkan dia pergi mungkin itu yang terbaik jangan ada dendam dlm hati.
mungkin juga dia bukan yang terbaik untuk kita miliki.anggap saja pertemuan itu sebagai cara untuk kau belajar tentang apa itu menghargai.

eNaSaN said...

salam zara,



wah kata2 kamu myedarkan sesuatU dlm hidup nie...kkdg xperlu kejaR..biarkan dia hinggap sendiri..


ape2 pun just keeP cooL & smiLe alwiZ..



p/s:suke lYn lagU2 kaT sini...hik3

Mrs Poyo said...

suka cara kamu..
lama tak jenguk blog ni..jd rindu plak...

Rara said...

kagum dengan anda~ =)

Hizami Li said...

wah.
ur words.
hehe.
best.

Anonymous said...

metang tue mgndung???
bhase rkyat manakah?

chotz said...

ah...

suka pada zahir, batin tiada siapa tahu...atau ambil peduli?!

baca dan alami sajak bangang ni..
bandingkan dan adaptasikan pada diri...

paku paku paku paku,
cabut cabut,
luka, berdarah, berparut
luka kembali,
parut bernanah,
pendam pendam,
jadi barah.

mulut kata benci,
hati menafi,
otak fikir rugi,
hati kata nanti,
hati owh hati,
kau akan terluka lagi,
pasti!

Unknown said...

kdg2 kite leh gtau sume org yg kite begitu kuat tanpa die disisi..
tp sebenarnya kata2 itu tidak la sekuat hati kita..

menjadi lumrah bahgia n duka yg pernah dirasa pasti dikenang..

walaupon kdg2 kita rs mo sj dikikis buang rs itu..
biar tidak pernah wujud.

rimieilya said...

aku setuju dengan kamu,zara..biarkan yang lalu tetap berlalu. tak perlu ambil tahu lagi.jika ia untuk kamu,ia akan kembali..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

"kebahagiaan itu seperti mengejar rama-rama.
Kalau kita terlalu sibuk mengejarnya, dia akan lari daripada kita.
Tapi bila kita berhenti dan alihkan perhatian kita pada perkara lain, ia akan datang hinggap di bahu kita."

indah sungguh! =]

you do what you should, zara...berdoalah yang baik2 kpd orang lain~

k.e.r.i. said...

bahasa jawa eh meteng tu?

Unknown said...

go zara go!

cinta itu seperti bayang2, dia akan lari kalau kita kejar n dia akan kejar kalau kita lari larinya.

mungkin ada seseorang yg jauh lebih baik diluar sana untuk anda.>_<

Shahrul Tanaka said...

go man u go! =P

hans said...

owh,zara
ko memang cool
I like this

Pemilik Cinta said...

Salam kak zara.. suka baca blog kak zara.. walaupun perlu baca dua tiga kali utk memahamkan satu2 entry tapi bila sudah phm sgt puas.. hahaha..

kak zara mmg penulis yg bgs.. hihi

tumpang gembira dgn kekuatan kak zara.. cume perlu igt prmpuan yg baik utk lelaki yg baik.. sy yakin kak zara prmpn yg baik.. :)

Husna Hadzarami said...

salam.
seryes macam terpana dengan kata2 kau based on your conversation above.
you're cool! seryes!
your situation, i've been there few years back.
but unfortunately i'm too childish to react as cool as you.
keep it up ok!

Anonymous said...

wah..banyak2 sabar ye..it's karma..dia kutuk2 kita..lma2 dia akan malu sendiri..just like ur coolness..

walaupun man utd dan saya macam tak berapa nak masuk..tapi penulisan awak agak menarik..buatkan saya tahan sahaja mata melihat cursor itu..

salam perkenalan..

Anonymous said...

bila aku nak rasa btol2 kegembiraan yg aku impi2 kan