Laporan terkini.
Sudah makin gelap dari semalam.
Sekian.
Kawan-kawan ada yang ketawakan aku.
Si gila kimia sudah berada di gelanggang yang entah bagaimana pencaknya.
Canggungkah langkahnya, berterabur mungkin bunganya.
Aku senyum sahaja.
Ini keluaran kampus selatan.
Tidak akan lupa kerana Tuhan untuk manusia.
Kelas perdagangan dan keusahawan sudah masuk bab kedua.
Reka bentuk dan teknologi sebagai tema.
Ada terselit kerja kayu dan sebagainya.
Penerangan diberi, gambar dan bahan ditunjuk pada pelajar.
Aku : Hari ini kita akan belajar tentang alatan tangan. Sebelum ini kita ada belajar tentang pengikat. Siapa boleh beritahu saya ada berapa jenis pengikat?
Pelajar : Ada tiga.
Aku : Apa dia tiga tu?
Pelajar : Paku, skru, glu.
Aku : Bagus. Jadi hari ini cikgu nak perkenalkan alatan tangan.
Pelajar : Alatan tangan macam apa cikgu?
Aku : Alatan tangan guna tangan. Jadi, dalam buku sudah boleh tuliskan tajuk utama.
Aku pusing dan berpaling menghadap meja.
Mencari bahan yang sesuai sebelum mendengar ketawa menggila di belakang kepala.
Berpaling pada pelajar.
Aku : Kenapa N?
N : Cikgu tengok buku A cikgu.
Aku : Kenapa? Beri saya buku awak.
A : Tak payah lah cikgu.
Aku : Beri sahaja pada saya.
N : Dia tulis alatan kaki cikgu. (ketawa)
Aku : (Tengok buku dan meledak tawa) Aduhai A. Kan cikgu kata alatan tanga.
A : Silap cikgu. Maaf.
Aku : Dah, potong sahaja.
[Awak tidak pernah lihat saya sebagai seorang lelaki?]
Hari ini dia yang pertama masih pandang curi-curi.
Ah, jangan cuba kacau segumpal darah bernama hati.
Baju putih seragam itu memang memikat hati.
Tapi bukan untuk berdendang lebih langkah dalam menari.
Hari ini dia yang kedua masih memerhati.
Diam-diam tanpa mahu mengeluarkan suara.
Bila bertembung pandang, hanya senyuman aku simpulkan buat dia.
Muka merah, tarik penutup kepala, tutup muka.
Ah, pipi masih memerah - adakah kerana panas membara?
Ketawa.
Hidup ceria.
Dalam hidup aku hanya mahu ketawa.
Jangan pernah ukir duka.
Kerana duka merenggut wajah yang ceria.
Aku sudah penat pakai wajah dusta.
Senyum.
Mesra.
Itu Zara.
Zara : Masih menyimpan nombor telefon peribadi sebagai sesuatu yang peribadi. Ah, mereka masih galak mengusik mahu bertanya nombor telefon. Senang bertanya soalan katanya. Ah, dusta. Buku mereka aku simpan di sekolah.
Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
15 comments:
nice zara!!!! hahaha....
arererere..........siapakah si dia???
syg...mis u..dats all...jgn lupa dtg kenduri ea
hahaha..
alatan kaki..??
kakitangan ader laa..
hahaha..
cikgku cakap biar terang hehehehe
cikgu, sungguh pandai bermadah dan bermain kata.
"Kerana duka merenggut wajah yang ceria"
tepat sekali!
senyum2 semua yeh!=))
aishoo penulisan cikgu zara semakin mantap :)
hati dah tertawan
Wahh!! ;)
Best lah cik zara
trima kasih gemirakan hari saya.
beb~ nanti aku passing2 no phone ko kt client2 aku yg berpotensi. kekeke
saper tuh? naper kawie jeles nih.. hehehehhehehe
Huhuhu... alatan kaki? Sekali di kaki oleh cikgunya... erk.
lain yg disuruh..lain yg dibuat
Post a Comment