Monday, January 11, 2010

Perlukan Aku Meminta Bayaran Royalti Daripada Mereka?


Bila kawan aku kata dia nampak gambar aku di sebuah kedai gambar, aku menyanggah.
Ah, mana mungkin gambar aku di situ?
Setahu aku gambar aku diambil di sebuah kedai lain.
Diam.
Aku hanya ketawa sahaja.
Mungkin dia tersilap.

Kebetulan, sewaktu meneman teman wanita mencari telefon genggam baru, aku ternampak apa yang dilekatkan di pintu kedai tersebut. Oh Tuhan Yang Maha Esa!
Gambar sewaktu aku di studio - sebelum menghantar pulang jubah konvokesyen.
Itu aku.



Ya.
Ini memang aku.
Seorang wanita muda yang sedang dihentam teruk oleh mereka yang pernah menyatakan mereka sebahagian dari aku. Persahabatan yang baik, hampir sempurna tetapi rupanya tercela.
Celaka badan.
Sakit.
Rasa seperti dihimpit.
Tapi ya, aku sudah boleh tersenyum riang.

Allah Maha Adil.
Dia telah tunjukkan sesuatu itu lebih nyata sebelum aku mengganas di tahap yang tidak sepatutnya.
Terima kasih kerana buat aku belajar erti sabar dengan lebih kukuh.
Biar dia hisap natijahnya.
Tiada keberkatan dalam hasil yang dikutip setiap bulan.
Biarkan.
Aku tidak mahu bersengkokol lagi.
Biarkan.
Dia terjun bersama dengan dunianya.

Aku hanya mahu kekal di sini.
Menjadi yang terbaik tanpa perlu menerima hinaan dari mereka yang pernah senyum dan berkata...
"Aku cinta kamu"
"Aku sayang kamu"
"Kamu kawan aku"
"Kamu seperti saudara aku"
Sudah.
Penat melihat madah berhelah.
Lelah.

Zara : Minggu ini perlu bertugas luar sekolah selama dua hari. Menjadi pengadil khabarnya.

26 comments:

ohmalaysia.com said...

femes jap. hehe..

FARYN said...

madah berhelah?

ziana zain...hahaaha

zan xray said...

cantiknya gambar tu..
tuannya pun cantik.
kat mana kedai tu, nak curik la gambar ni..

Unknown said...

entah berapa hari zara jd model kedai foto tu...

acap2405 said...

sesungguhnya saya kurang mengerti maksud cik lord nih...
T_T

Unknown said...

wah...glamer ko...jadi model lagi...

Amal said...

comel ouh!!
i loike~~
:D

mamai said...

next time cuci gambar kasi free cakap kat tokey kedai tu

et said...

muke kak zara dlm gambar tu lawa..sbb tu derg tayang neh..hehehee~

[z@ck] said...

hahaha...
boleh jadi model la ko..
=P

sharamli said...

sy juga patut belajar cara bersabar dari kamo0 apabila dihentam..

b0leh kan cekgu zara..

HEMY said...

dem...lain gila rupe ko...hehehe

noorafzan.blogspot.com said...

wah...
comelnye time itu..

faqhrule said...

shti!
minta la royalti dekat tokey kedai tu

Precious said...

Amik jer gambar tu gantung kat rumah ...

mUTe said...

Kawai sungguh la. Anak sapo la tuh? Awat gambar hang ader kat situ?

Pais Mais said...

wahh cun giler awek tu..hehe

Anonymous said...

perlu2~
mintak lebey2~
pastu blanje aku makan

Anonymous said...

comel je pgg scroll tu

Anonymous said...

mana tau ada jejaka berkenan
letak no fon sekali

Izza - Jiejah said...

manis sekali senyumanmu :D

Adinda Amy Sensei said...

salam zara..

apa khabar??

Dak Wan® said...

Sabar? Kengkadang sabar sampai orang pijak kepala pun tak bagus juga. Set the limit k? Hope Zara dapat tabah dengan dugaan yang mendatang ni.

mukasurat17 said...

minta lah royalti... leh blanje aku.hahaha

Mrs Nurul said...

ui femes doh haha ko g mana tu??

UB said...

What a stuinning picture.......