Nah, hari aku lebih bermakna.
Aku punya teman berbicara dan bertukar fikiran dengan gaya bahasa yang buat aku terpesona.
Bukan cinta, jangan pernah kamu menerka.
Dia sahabat alam maya dan punya kelebihan berbahasa indah.
Kamu boleh panggil dia Unik.
Kamu boleh panggil dia Unik.
Senyum.
Sering digelar cikgu di dalam alam maya, aku harus akur dengan nama pekerjaan yang aku sandang sekarang ini. Kamu buat aku tersenyum simpul setiap kali aku ditegur sebagai Cikgu Zara.
Buat aku terfikir, apa akan jadi kalau Dunia Sebelah Zara ini ditemui oleh pelajar-pelajar aku sekarang ini. Mungkin juga mantan pelajar, aku tidak mahu sumbat dalam benak pemikiran.
Dalam perbualan aku dengan sahabat alam maya itu, ada tercetus satu polemik tentang mata pelajaran yang aku ajar kini. Ah, aku orang Kimia, tetapi mengajar Sejarah. Bukankah jauh terpisah jurang dan bidangnya? Aku sering ketawa bila memikirkan betapa indahnya dunia serta takdir yang ditentukan oleh Maha Pencipta.
Maka, aku juga menjadikan alasan yang istimewa buat tatapan mereka yang mungkin meneka.
Aku pernah melalui kesakitan akibat biologi diri aku.
Aku pernah melalui penderitaan akibat fizik diri aku.
Biologi diri aku yang mungkin kurang nilai kewanitaan.
Fizik diri aku yang mungkin menjadi sebab aku dipinggirkan.
Biologi diri aku yang ditolak oleh pihak sebelah sana.
Fizik diri aku yang acapkali menerima hinaan akibat potongan yang tidak sempurna.
Nah, yang menerima aku seadanya adalah kimia.
Kimia yang buat aku ketawa mesra.
Rembesan adrenalin mengalir laju tanpa perlu tahu apakah proses biologi dan perubahan fizikal yang mungkin berlaku. Lambakan mukus yang entah datang dari mana setiap kali aku disinggah duka - ah, bukankah sepatutnya dihiasi dengan air mata?
Dan apa yang penting di akhirnya, kamu akan lihat balik kenangan atau disebut sejarah.
Kalau ia manis, kamu akan ingat sambil tersenyum.
Kalau ia pahit, kamu akan lontar jauh dan lupakan apa yang boleh buat kamu kehilangan diri.
Duniawi?
Mungkin benar.
Sejarah mungkin berulang - itu pasti kerana kehidupan yang dilalui adalah manifestasi kepada kejadian dan rentetan peristiwa yang pernah muncul dalam fasa yang kita kurang mengerti.
Tapi perlukah kamu membenci Sejarah?
Tidak.
Maka, sekalung ucapan terima kasih buat Sendra yang mengkhabarkan pada aku ada kumpulan-kumpulan yang membuat halaman peminat untuk bencikan Sejarah di Mukabuku. Telah aku baca di situ dan malangnya, tidak boleh meninggalkan pesan kalau bukan ahli. Sakit hati. Geram, mungkin bercampur baur. Tapi akhirnya aku pasti bahawa kesedihan itu lebih menguasai.
Diam.
Lihat sahaja.
Sejarah sedang berputar kembali.
Zara : Bila manusia mula alpa dan tidak mahu ingat sesuatu yang penting dalam hidup serta benci untuk belajar sesuatu yang penting dalam kehidupan, maka mereka harus tabah bila ditimpa kesusahan dan penderitaan.
Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
17 comments:
sayu je
huuu
ku baca potong2
sedang tengok tennis
nanti klu ada masa ku baca abes yek
hidop kimia!!hidup fak. sains! ekekeke
aku suka sejarah :)
inilah yg dinamakan ilmu...
tingginya ilmu seseorang itu tinggilah darjatnya...bukan pada rupa..
http://luvislam92.blogspot.com/
kakak sejarah teruk zara heee..
ada gak kumpulan benci sejarah ek
ngok tul
apa pun, mari release tension
liveblogging m.u vs arsenal at erk88.blogspot.com 11.45 pm ni
glory glory man united
.heee da masuk terowong kecil ;)
mcm undertaker
Siapa yg membenci sejarah seperti membenci diri sendiri! Hidup sejarah!
Ku suka setiap ayat karangan kamu, dik. Jelas dalam kesamaran. Hihik. I like!! ;)
sejarah macam banyak nak kena hafal je
atau cara pengajaran sejarah kat malaysia tak menarik
klu student ko terbaca blog ko..ko nk bt bodo je ke or trus private???
kawie minat sejarah tapi abah kawie penah marah kawie kerana terlalu asyik dengan subjek sejarah sehingga mengabaikan subjek lain... hehehehhehe...
itulah kenagan kawie tentang subjek sejarah dulu2... hehehhehehhe
hahah tajuk best! ngomelan common budak pure science stream -_-"
kengkadang,saya kagum dengan bahasa kamu zara....penuh unik..
tapi kengkadang, saya pusing...tapi takpe...i'll keep reading ur blog..syabas..
orang selalu kata pandang kedepan jangan toleh kebelakang. tapi saya tidak percaya
sejarah susah ker..??
saya paling suka subjek tuh arr..
terasa senang apabila jawap ujian..
dan saye buat masa ini..
tak pernah gagal dalam subjek sejarah..
hohoho
mahu tunggang kuda ke tu
Post a Comment