Sunday, January 24, 2010

Tidak Memerlukan Sayap Untuk Terbang Tinggi Bila Ejaan Menepati.




Buat muka menggoda.
Pakai kaca mata besar serangga.
Bibir disapu dengan calitan merah jambu.
Nampakkan gebu.
Jangan lupa pemerah pipi agar tidak pucat di siang hari.
Pakai baju merah menyala dan ada bintik-bintik merah (baca : polka dot)

Senyum mesra.
Jalan lenggang lenggok penuh gaya.
Penuh sopan, penuh gaya, penuh segalanya.
Pusing, alunkan badan dan hadapi semua.
Baiklah, sudah tiba masanya.
Pusing!

"Awak semua boleh tak senyap kalau saya mengajar di hadapan? Saya dah pesan, tulis dalam buku nota wahai kakak dan abang sekalian. Susah sangat ke?"

Ketawa dalam hati bila melihat muka budak pucat lesi.
Berjalan dari satu meja ke satu meja melihat buku pelajar sambil memberi penerangan dengan lebih jelas rentetan peristiwa yang berlaku. Ya, aku seorang penglipur lara yang berunsurkan Sejarah di hadapan pelajar Tingkatan Dua.

Badan tunduk, jengah buku pelajar.
Alahai, salah ejaan lagi.

"Bang, saya kata apa? Eja betul-betul bang. Nama gabenor adalah Leith. Bukan letih. Kan dah memberi makna berbeza"

Budak tersengih sambil memohon maaf.
Pelajar lain sibuk melihat buku sendiri, takut kesilapan yang sama di kesan oleh aku.

"Betulkan semula ya?. Siapa lagi yang salah eja sila betulkan. Alahai..."

Eh, sebentar.
Kamu fikir aku pakai seperti di atas ke?
Mustahil.
Aku bukan watak di sebuah pentas opera.
Aku watak di sebuah sekolah.
Pakaian aku perlu memenuhi etika.



Nah, aku mahu kembali mengulangkaji.
Eh, bukan buku fesyen gaya terkini tetapi Sejarah yang semakin dekat di hati.
Di mana Kimia aku?
Aku simpan buat bekalan di hari mendatang.
Kalau diterjah, aku akan sedia menentang.
Sediakan parang dan senapang.
Tembak tepat dan kertas jawapan tidak akan penuh dengan warna merah.

Selamat berhujung minggu semua.
Aku perlu menghadiri urusan walimatul urus seorang rakan sekelas selepas Zuhur nanti.
Rakan sekolah menengah ketika zaman aku memakai seragam putih dan biru muda.



Zara : Ingatan mula menghilang tatkala diri dihimpit kesibukan pekerjaan. Nah, nasib baik ada yang mengingatkan bahawa aku perlu menghadiri majlis perkahwinan, kalau tidak sudah tentu akan menempah keranda dibunuh di hari bahagia. Aduhai, nasib badan.

15 comments:

Unknown said...

cikgu sejarah pun dah macam cikgu BM kan??nak kena betulkan ejaan pula..hahha..kalaulah ada cikgu yang mengajar pakai segala ciri2 yang diatas..amboi..layak panggil cik kiah je lahh..

ape2 jer said...

ekeke tak dpt bygkn kalau cikgu pakai pakaian spt diatas hehe

cr3ap said...

Wow, history teacher. In secondary or primary?

Regards from cr3ap
http://cr3ap85.blogspot.com/

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Sendra :

hahaha~

memang cik kiah sungguh kalau begitu~

@Cik Biol :

kih3~
aku juga tak dapat bayangkan~

@cr3ap:

secondary school~
=]

Amal said...

dari kimia ke sejarah.
dua2 kene membace.
huhuhuhu

et said...

setuju dgn komen di atas. ^^

Aidy Shahiezad said...

Gabenor Letih ?? huhuhu...
budak2 skrg nie... teringat zaman belajar dulu... ;)

Mrs Nurul said...

relek la cikgu jgn garang2 senyum skett

Anonymous said...

aiyak..payah gak jd pendidik neh ek...

wanita mutalib said...

dek zara sayang tak mungkin dibunuh hee..

Unknown said...

haha...garang r cikgu...
takut saya...hihi....

kawie2020 said...

hehhehehehehe... mesti bila ko garang budak2 ko ketakutan kan... hehhehehehhe...

[z@ck] said...

teruih kecut perut budak2 tu dgn ko..
dah kena sound..
=P

Anonymous said...

garang jugak cikgu zara ni

Anonymous said...

salam..aku rasa ko ni ajar x best.mebi kurang experience or jadi cikgu terpaksa..well..kreatif sket..cakap n suruh dak salin serius tipikal boring. (read : serious)..haha