Friday, January 15, 2010

Alahai, Kalau Sungguh Mahu Mengata Aku, Sila Buat Dengan Cemerlang.


Tiba-tiba rasa mahu ketawa sampai terkentut.
Eh silap, harus sopan. Nanti orang gunakan ayat kita untuk hentam kita semula.
Alahai sayang semua, jangan buat aku bermuka masam.
Benci tahu?
Tak suka, tak suka, tak suka (sambil pukul-pukul bantal dengan manja).

Oh, amat gedik.
Kamu menulis di kawasan kamu tanpa menyatakan nama aku. Perlukah aku ucapkan terima kasih? Tetapi kamu lupa. Penulisan di dunia maya ini ada yang melihat, ada yang membaca.
Masih ada yang mahu memberitahu kerana mereka kenal aku.
Walaupun tidak pernah bertemu, tetapi hati yang bersatu?
Alahai.

 Kalau kamu tulis begini...
"Ada seorang penulis blog yang sangat kepoh dan sukakan hubungan songsang (boleh tengok Mukabuku dia). Sudahlah begitu, kalau tengok profil blog dia, ada ditulis gilakan pelukan dan ciuman. Sekejap, aku mahu salin. Lepas ini boleh baca sampai muntah. - Seorang ahli kimia berusia 22 tahun yang gilakan pelukan dan ciuman. Dia kadangkala keliru dengan jantina sendiri setelah berjaya menghasilkan tiga kilang kasih sayang, cinta dan juga racun untuk digunakan terhadap makhluk yang memakai seragam putih-hijau-biru secara konsisten setiap hari. Jom muntah sama-sama."



Ada panjang lagi.
Malas mahu salin di sini.
Hubungan songsang?
Sekejap, aku mahu ketawa.
Mungkin aku harus beritahu teman wanita yang aku terpaksa memutuskan hubungan dengan dia.
Alahai.
Mahu ketawa lagi.

Ada orang kata, Dunia Sebelah Zara adalah tempat di mana kasih sayang mencurah dari kali.
Ada orang kata Dunia Sebelah Zara tempat pelukan hangat boleh dicari.
Ada orang kata Dunia Sebelah Zara tempat ciuman tepat di hati.
Aku hanya mampu tersenyum dan tunduk.
Dalam hati penuh bunga matahari.



Aku cuma mahu berpesan.
Kalau betul kamu mahu mengata aku di laman maya, sila tinggalkan pautan alamat blog aku di situ. Jangan biarkan pembaca kamu terpaksa menyalin ayat tersebut dan gunakan enjin carian. Untung-untung boleh menaikkan laluan ke blog aku yang kecil ini. Ya lah, mana tahu kan?
Ketawa.

Oh ya, aku terjumpa sesuatu yang menggeletek hati petang tadi.
Dunia ini memang kecil.
Lebih-lebih lagi kalau ini dunia blog.
Ketawa.

Zara : Esok cuti hujung minggu bermula. Kerja aku menimbun sudah di bawa pulang ke rumah. Misi untuk menyelesaikan kerja sekolah bermula.


22 comments:

Shahira said...

terbaik?
hahahaha.
pls bagi aku link?

Cipina said...

oh cik zara..ai lav yu lah..hahah
nanti ada pulak yg salin komen ni wat entri..

sabarla zara, tak semua apa yang kita buat orang suka..abaikan..

Unknown said...

hahahha...siapalah gerangan tu?
Dasat sungguh penangan blog Cik Zara...

Milimilo said...

aku sentiasa rasa disayangi di sini..biarkan dia kakak..dia buat lawak,kita gelak.. =)

myQza said...

bagi aku link pelis..

aku nak berkenalan..
mungkin dia kekurangan kasih sayang!

AJ said...

ambil yg jernih buang yg keruh..satu tak suka,sepuluh mungkin suka..dan saya salah seorang dari sepuluh itu

Ada Apa Dengan Hanis Zalikha

cik peah said...

manusia memang xboleh tengok orang lain senang. takpe. sabar je.

ninim said...

besalah orang ni macam2
mudah sangat menfitnah orang
semoga anda bersabar

mamai said...

kasih sayang mana tatuk.....

Aidi-Safuan said...

hahaa....amboih zara. suka yang songsang plak skarang nih? hehe

kawie2020 said...

selalu sgt jd camni kan.. isk..isk..isk.. ade link dy x?

k.e.r.i. said...

bagi link weh.

et said...

ki3..teringin nak tahu sape yang buat bunyik2 macam tu..^^

anith said...

kakak..
kitemmg selalu berkaseh sayang..
hug2 n kiss2..
wahhh dapat chop lesbo di dahi..
adek n kakak, mak n ank pmpn,besfren pmpn-pmpn,smua 2 hubungan songsang ke?
haiisshhh

pllloookkkk n kishhh kakak lg byk2

i'msosupernotcool said...

aku nampak menatang merah MU tu yg mencurah2.. haha

Anonymous said...

kentut la sepuasnya!

Hidayati Farhan said...

sampai mcm tu skali ayat dia. ape mslhnya tu. hehe

vidadarisakura said...

astaga.
teda hal cari hal.
kalau ko bagi link budak tu memang kaya la dia dapat duit dari nufnang.hee

Dak Wan® said...

Flag blog dia mau? Hehehe link plis....

Anonymous said...

dia tak paham konsep kamu tu..

acik ayu said...

erk?

sy lmbt cket bc entri ni.

x terpikir plak sy pe yg die ckp tu ms sy mula2 bc blog ni.

haha.

kerepek la!
:))

Syisyi said...

Oh,kasihan.dia kurang kasih sayang itu..
;p