Friday, January 29, 2010

Lelaki Itu Tidak Pernah Gagal Membangunkan Aku Setiap Pagi. Siapa Mengejutkan Kalian Setiap Hari?


Lagu cinta dari jejaka yang aku cinta.
Aku harap esok dia masih setia.
Masih setia membangunkan aku dari lena yang panjang.
Sedia menggegar tidur aku di atas ranjang.

Ada suara-suara nakal yang sering bertanya tentang mengapa aku sering bangun awal pagi.
Ah, itu disebabkan aku perlu ke sekolah setiap hari.
Jarak aku ke sekolah hampir lima puluh kilometer dan masa yang diambil lebih kurang satu jam.
Ya, ini melalui jalan yang tiada alasan mahu memecut menggila.
Selekoh berbahaya, gaung, kawasan budak sekolah, malahan kawasan ternakan dilepaskan juga adalah apa yang aku lalui setiap pagi.

Menikmati embun pagi.
Mendengar celoteh penyampai radio di awal pagi.
Melihat mentari segan silu menunjukkan wajah yang jingga berseri.
Kelibat ladang sawit dan pepohon getah yang tegak berdiri.
Juga diselang seli dengan deruman pelbagai saiz dan bentuk lori.


Oh, dan aku bangun seawal empat setengah pagi setiap hari.
Tidur malam acapkali berubah waktunya.
Kalau hari Isnin harus sahaja usai aku menghabiskan tiga jam berkualiti di hadapan kaca televisyen.
Tulang ( baca : Bones) - NCIS - Minda Penjenayah (baca : Criminal Minds)
Wajib setiap hari Isnin.
Ketawa.
Itu aku panggil maraton.

Lagu cinta.
Ya, lagu cinta yang buat aku terjaga setiap pagi.
Lelaki itu tidak pernah gagal membangunkan aku setiap pagi.
Mendengar suaranya sahaja buat aku bingkas bangun terpisat-pisat dan tersenyum.
Ah, kalau dia bisa membangunkan kekasih hatinya yang setia, apatah lagi aku kekasih gelapnya.
Pasti dengan rela menerima cinta dia.



Ya, itu ketika dia menyanyi buat cinta hati dia.
Lagu yang sama buat aku.
Tapi rakaman kami bersama?
Yang dia menyanyi buat aku?
Ah, jangan pernah kamu tanya.
Itu rahsia kami berdua.
Tiada kelambu, kami tutup lampu.
Masa untuk beradu.

Zara : Selamat hari Thaipusam buat mereka yang menyambutnya. Selamat hujung minggu buat semua. Jangan nakal-nakal, nanti kena ciuman dan pelukan hangat. Cinta kamu semua!

20 comments:

miss zahidah said...

suara justin timberlake tak mampu membangunkan aku....cuma apabila kedengaran ketukan di pintu sahaja yang akan membuat aku bergegas bangun....lalalalala

Unknown said...

sangat puitis.tapi kesian.ari2 kena lalu jalan camtu nk gi skola..hehe..

Didi Nadhirah said...

ye lelaki itu tak pernah gagal hingga kini..kadang2 bunyi kaki naik tangga pun dah leh bangun...begitu kuat pengaruh insan yang bernama lelaki ini - my father i love

intanurulfateha said...

.eh thaipusam bile?

Bro Framestone said...

bro bangun sendiri dari kocik sampai besar... xpernah pakai jam lonceng or set jam kat hp huhuhuhu

BroFramestone Blog

[z@ck] said...

thaipusam bila?

et said...

huhu.bunyik2 mcm tu xkn boleh kejutkan saye neh ha.kne ade orang ketuk pintu jugak,sadis,

oranglidi said...

wow jiwang!

Hazzy Ishak said...

hari2 ada orang kejutkan saya bangun pagi...

ape2 jer said...

ekeke kalo ada mamat dok nyanyi pagi dgn harapan aku bangun pagi aku kawen dgn dia wakaka

mamai said...

pakcik dah biasa bangun pagi walau tiada siapa yang kejutkan

Anonymous said...

4.30 sudah bangun?awalnya~

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...saya bangun seawal 5 pg...alarm talipon ku yang membingit membuatkan aku terjaga dari lena yang khusyuq....

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...saya bangun seawal 5 pg...alarm talipon ku yang membingit membuatkan aku terjaga dari lena yang khusyuq....

PuanPepel said...

jarak rumah aku dari skola xsempat nak abeskan ssatu lagu kt radio... jln kaki cuma 4 mnt...hahahaha

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

hehhehe.. nak dengar lagu ni juga.. bleh atasi masalah lewat ke sekolah

Anonymous said...

sape kjut kau bgun tdo??
omar ke???

ngahahahahahahah
larikkkkkkkkkk

ceksumolek's said...

bgn tido sumi dikejutkn oleh lagu2 techno.. kalo lagu slow lagi mau tido.. :P

T@sh Sch@ said...

ishk ayat sungguh romantis bunyi nyer ... ibarat sang suami yang sungguh setia menanti ... terasa cemburu terdetik seketika .. tapi ketawa melanda ...hahhahha
cute la en3 ni!

myQza said...

x de jam loceng!