Thursday, January 14, 2010

"Mana Ada Perempuan Biasa Pakai Kasut Saiz Lebih Dari Tujuh?"


Dua hari yang memenatkan.
Dua hari yang menggembirakan.
Walaupun tidak menjadi juara keseluruhan seperti tahun lepas, syukur, ada di antara peserta dari sekolah aku yang berjaya ke peringkat negeri.
Adakah aku akan dipilih mengiringi mereka?
Entah.
Diam.

Entah sejak bila hati jadi semakin kering.
Petang tadi lihat ada manusia yang tinggalkan pesanan di penulisan INI.
Kelakar.
Walaupun sakit agaknya, tetapi badan yang penat membuatkan aku melupakan segalanya.
Senyum.



Ya.
Ini muka pengadil atau dipanggil sebagai pendamai (baca : arbiter) dalam perlawanan catur selama dua hari.
Biarkan dia tersenyum.
Biarkan dia mahu mengukir senyuman bahagia.
Biarkan hati yang pernah dicalar tidak akan robek dengan kata nista.
Ini bukan kali pertama.

Dia masih mahu kekal begini.
Kekalkan segarit senyuman dalam hati.
Walaupun mungkin hati itu telah mati.
Sepi bukan jawapan pasti.
Hati.
Bahagia dan damai yang dicari sudah ditemui.

Dalam segumpal darah bernama hati.
Hati kepunyaan tuan punya diri.
Ya, sendiri.

Esok hari Jumaat.
Mahu kembali ke sekolah.
Bersama mereka yang lebih mengerti kehidupan peribadi aku.
Yang bekerja sebagai guru.
Tidak perlu bingkisan hina dalam status terkini Mukabuku kamu.
Sebab kamu adalah mereka yang berhati berbulu.

Zara : Keadaan kaki yang kejang bukan petanda penyakit gila. Ini akibat memakai kasut tumit tinggi secara berpanjangan selama dua hari. Esok mahu insaf sebentar. Pakai yang satu setengah inci sahaja. Tiga inci sila berehat dahulu.

24 comments:

sharamli said...

eh..tangga ni suda menjadi l0kasi rasmi kamo0 bergambar?

sharamli said...

eh..tangga ni suda menjadi l0kasi rasmi kamo0 bergambar?

ape2 jer said...

zara ajar aku pakai kasut tumit tinggi boleh?

Unknown said...

erk...cikgu...kamu sgt cun la..ngorat boleh?

zool said...

Mana dia kasut saiz 7 nye??
Konfius la

Suziela said...

igt entry kasut size 7

mamai said...

pakcik dah gila main chess ngan computer nie

adie said...

dengan saiz sebesar itu kamu mmg gadis luar biasa

ezzati said...

mengerti2..sbb aku penah jd cikgu..hhehe

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Wah.. 3 inci babe.. saket wo.. huhu.. tapi kasut ku saiz 8 atau 9.. hohoho.. kaki gajah.. ngeee..

kawie2020 said...

asyik bergambar kt tangga jer... adakah itu bermaksud dah nk berumahtangga? hehehehhehehehe

Azureen Azlan said...

ween ialah perempuan luar biasa kerana bersaiz 8 :)

zella y said...

sy pun xpkai kasut size tujuh...
tp sy pkai kasut size 9 dan 10..
;)

Anonymous said...

ala2...comelnya pengadil chess ni

Unknown said...

selamat pg cikgu

JohnJenin said...

Tak takut naik tangga ke Cikgu pakai heel. Takut tergolek dog nanti. hehehe

Unknown said...

Selamat petang cikgu! Cikgu comel!! Cikgu sudah berpunyakah sekarang?huhwuhauhwuw

Unknown said...

kak anna je yg boleh pakai lebih 2inc...sehari suntuk pon...hahhahah

eh Cik Zara..kawan kak Anna pakai saiz 9..Masa kahwin kasut kena tempah...Amek gambo tak leh nmpak kaki..sebab nmpak macam giant nye kaki..Pnjang semacam jerk..

Syaiful Azhar said...

ma wife nye size kasut 9..hakhak..

Lelaki Autumn said...

ada yang bersaiz tujuh..orang putih tuh..

Cetusan said...

Zara dah slim.. em saiz kasut pun kecil ker?

myQza said...

saiz kasut aku x de di pasaran!

Unknown said...

tedi...ko guna saiz ape? Kaki ku juga susah mau cari saiz nye tau..saiz paling kecik!!!

Dak Wan® said...

Kasut teman 1 kaki panjangnya@12 inci Hahaha Takyah carik di kedai, memang takder.