Hari yang meletihkan.
Badan penat, suara tenat, perut ketat.
Balik, lunjurkan kaki, buat senaman lipat-lipat.
Muka kelat.
Penat.
Dapat roti telur satu.
Satu bungkus ais kisar (baca : ice blended) mangga.
Mulut diam - mengunyah dengan gigih.
Mata memanggil untuk ditutup.
Otak berdengung.
Pemanas air berkeletuk.
Otak mula diserapi nikmat kesejukkan ais kisar mangga.
Naik satu takah demi satu takah.
Sedut laju-laju.
Sampai otak.
Mata kuyu.
Hati layu.
Sayu.
Jari pegang kaca mata.
Tangan kanan mula terjuntai.
Jasad rebah atas wanita separa bogel yang sedang mandi dalam kolah merah - sumpah, tidak basah.
Buih sabun hanya kekal di bawah.
Tidak naik ke tubuh.
Ilusi mati.
Sepi.
Sunyi.
Geli.
Zara : Badan kepenatan dan hampir mati. Otak kejang dan tidak mahu berfikir buat masa ini. Hanya senyap dan sunyi pengganti diri yang bising bingit. Lunyai.
11 comments:
x basah ek..hehehee..
sedap ouh ice blended..sejukkkkk~~ tp sedapppp~~
org first la! wah3..
ice blanded tu seduk lama sampai otak jadi beku sangat best
ice blanded tu seduk lama sampai otak jadi beku sangat best
wahhhhh.... kawie nyer feveret nih... hehehhehehehe....
sedap ooo ice blended mango..
nak gi william lak rasa..
zara ayat kamu memang perlukan penghayatan yg mendalam kan
huhuuu
air kisar mangga??nyummy!!!!!!!!!
roti telur jugak..
Cik Zara sayg! Mungkin kamu perlu bercuti...rehat2 kan minda...dan manja2kan diri..di SPA...
Post a Comment