Monday, January 25, 2010

Bila Aku Bertemu Ramai Manusia Hebat Di Atas Talian : Blog Dan Ruang Sembang.




Bila aku mula menulis di dalam alam maya, ada yang mencebik wajah.
Menjuih bibir pada aku.
Seperti yang akan ada ambil berat pada aku.
Seperti yang akan berhenti dan membaca luahan aku.
Coretan.
Nukilan.

Aku diam dan tetap terus menulis.
Bila orang kata bodoh, aku senyum.
Bila orang kata aku songsang, aku gelak.
Bila orang kata aku perasan terkenal, aku ketawa berdekah dan berguling.
Sungguh, kamu cuba bunuh aku dengan kata-kata.
Walhal, kata-kata adalah permainan aku dalam dunia sebelah Zara.

Entah sejak bila aku mula berminat masuk ke ruang sembang.
Sekadar melepaskan tekanan perasaan di ruang bersama manusia yang aku tidak kenal.
Aku bertemu pelbagai jenis manusia.
Ada yang macam celaka.
Ada yang kekal menjadi kawan.
Ada pelbagai ragam dan rupa.

Bila aku kata nama aku Zara, ada yang ketawa.
Mereka tuduh aku manusia dua alam.
Mereka kata yang guna nama Zara hanya manusia dua alam.
Aku membidas dengan gagah, dengan fakta.
Jangan lupa bahawa fakta itu sandaran seorang guru Sejarah.
Nah, Kimia dalam darah, Sejarah terluah dari lidah yang pantas menikam kembali.



Kamu kata aku baik bila aku duduk dengan kamu.
Kamu tikam belakang aku bila aku terlupa mengunjungi kamu.
Ketawa.
Sederhana.
Senyum mesra.
Aku hanya manusia biasa.

Bila aku kehilangan diri sebentar, kamu jejaki aku dengan tabah.
Kamu cuba renggut tangan dan bertanya apakah yang berlaku pada aku.
Aku diam membisu tapi kamu tidak akan menyerah dengan mudah.
Kamu halang aku.
Bentak aku.
Berhentikan aku.
Tetap bertanya apa yang berlaku.
Aku kunci mulut, diam membisu.

Zara : Esok sekolah akan memulakan minggu keempat. Akan memakai pakaian berkabung mulai esok juga. Selamat tinggal sahabat sekalian yang sentiasa buat aku aku gembira. Maaf jika ada yang terluka.

19 comments:

joegrimjow said...

komen macam entry lepas

fezaL Mohd said...

ayat menusuk khalbu ;)

mamai said...

nama pakcik ab rahman tak tipu tau....biasa la zara dunia maya nie sama ajer ngan yang realitinya

sharamli said...

tapi kal0 kawan yg baik2..tetiba jadik macam celaka..sakit kan?

sharamli said...

tapi kal0 kawan yg baik2..tetiba jadik macam celaka..sakit kan?

acap2405 said...

saper laa manusia yang berhati busuk tuh..??
gamaknya dendam tak abih laa tuh..
huu

hisham said...

salam ...hebat btl hujah2 cikgu ni...hehe

khairil said...

mmg ada manusia x leh tgk org lain gembira...abaikan saja mereka ni

myQza said...

zara.. pakaian berkabung untuk perempuan macam mana?

ezzati said...

ermm..semua adalah manusia..manusia ada mcm2 perangai kan :)

Cetusan said...

Zara pun hebat..

hebat subjektif,

tak semsti MAYAalam nyata pun ada.

hebat berkabel cakap tak serupa bikin, bila kena hidung ada tawar menawar..
hebat memenuhi selera perhiasan..

hebat nak berbaris pun ada gak tak sabar nakpotong Q guna orang ,dalam..hatta benda kecil seperti di Pejabat Pos.bankdll

inikan pula anak nak masuk Sek asrama, kerja dll..yang menafikan HAK orang lain..

Unknown said...

wah...syahdu..

Anonymous said...

ignorekan sahaja dan terus menulis

Anonymous said...

zara...ilek je..
akuu suke la new layout ko nie

Sharinginfoz said...

tulis apa yang kita rasa nak tulis.....

Jom.. Big Sale…

Jom Jalan2 Tesco

ZaridaIshak said...

salam...
sesekali menerjah ke ruang komen, tak tau nak komen apa...
nak berkabung ker??? sampai bila

said...

saya sudah menjadi fan DUNIA SEBELAH ZAHRAH....

=}

ape2 jer said...

aku sudah mula meninggalkn ruang sembang krn terlalu byk drama yg memualkan hehe

Eldy Voon said...

x yah push diri utk menulis.. sabar ~