Semalam pendaftaran pelajar.
Ya, aku dah bercakap mengenai itu semalam - tetapi sumpah, memang enak bila berada di kalangan mereka yang menguruskan pendaftaran. Baru tahu betapa sukarnya kehidupan seorang guru yang melakukan kerja pengkeranian sebagai tugas utama bila tiba hal pelajar. Pengalaman pertama itu selalunya bakal mengajar kita tentang hari pertama dan bukan malam pertama. Gila. Itu tajuk lain.
Makan terkejar-kejar.
Minum sambil menjeling-jeling ke arah meja, takut ada ibu bapa serta penjaga yang datang.
Tangan pantas menulis resit.
Mulut berbual mesra pemanis bicara dengan mereka.
Pandangan pertama itu perlu yang terbaik bukan?
Senyum.
Meja pendaftaran didatangi oleh seorang pelajar.
Tahun lepas dia berada dalam Tingkatan Dua kelas ketiga.
Dia menghampiri meja yang dipenuhi oleh kaunselor, guru kanan bidang dan juga guru kanan hal ehwal murid.
Aku dan seorang kaunselor wanita sedang berkejar makan pagi secara maraton di seberang meja.
Setelah beberapa minit.
Aku dan kaunselor wanita yang di seberang meja sudah ketawa bersama.
Aduhai.
Macam-macam ragam di hari pendaftaran.
Ada yang kesempitan wang, ada yang kekurangan maklumat peribadi.
Pelbagai.
Zara : Sedang kepeningan mengatur rancangan mengajar tahunan, huraian sukatan pelajaran dan sebagainya. Khabarnya orang dari Jabatan Pelajaran Negeri mahu menerjah esok pagi.
Tahun lepas dia berada dalam Tingkatan Dua kelas ketiga.
Dia menghampiri meja yang dipenuhi oleh kaunselor, guru kanan bidang dan juga guru kanan hal ehwal murid.
Aku dan seorang kaunselor wanita sedang berkejar makan pagi secara maraton di seberang meja.
Pelajar : Cikgu, saya datang nak daftar adik saya.
Kaunselor : Adik awak Tingkatan 1 ke?
Pelajar : Ya.
Kaunselor : Dari sekolah mana? Sekolah Y ke?
Pelajar : Ya.
Kaunselor : Siapa nama dia? Mari saya lihat dalam senarai.
Pelajar : M binti M.
Setelah beberapa minit.
Kaunselor : Tiada nama adik awak ni. Betul ke dia sekolah ni?
Pelajar : Betul, dia memang sekolah Y dulu.
Guru kanan bidang : Mari saya tolong pastikan nama dia ada ke tak. Adik awak dulu ambil UPSR tak?
Pelajar : Ambil cikgu. Dia dulu memang sekolah tu.
Kaunselor : Saya dah periksa dua kali, tiada pun.
Guru kanan bidang : Tiada nama ni. Betul ke adik awak masuk Tingkatan 1?
Pelajar : Betul cikgu. Hari tu dia masuk Tingkatan 1.
Kami semua : Ha?! Ni nak masuk Tingkatan 2 lah kan?
Pelajar : Ya.
Kaunselor : Ni tempat pendaftaran Tingkatan 1. Awak pergi daftar dalam dewan untuk Tingkatan 2. Aduhai...
Guru kanan bidang : (gelak) Penat tolong cari rupanya dia yang tersilap kelas.
Aku dan kaunselor wanita yang di seberang meja sudah ketawa bersama.
Aduhai.
Macam-macam ragam di hari pendaftaran.
Ada yang kesempitan wang, ada yang kekurangan maklumat peribadi.
Pelbagai.
Zara : Sedang kepeningan mengatur rancangan mengajar tahunan, huraian sukatan pelajaran dan sebagainya. Khabarnya orang dari Jabatan Pelajaran Negeri mahu menerjah esok pagi.
17 comments:
eh..anak kak jie msk form 4
kena daftar ke tak ye
aduhai..tak pergi le pula
adeh..sadisnya budak tu..
selamat melayan kerenah budak2 baru adik zara :)
bsk dah start skolah..adushh,makin busy la isteriku
Great Teacher Onizuka
adik haku naek form 2 thn nie ko psn tak? hahaha
aku pernah tak daftar..main redah je pergi sekolah sesi petang padahal sesi pagi haha..
maaf kan jer lah... haha
gud luck
lawak tahap cipanzi!!!
cayalah cikgu zara!
selamat pagi cikgu :)
nak tanya. kalau cuti sebulan tu gaji cikgu masuk jugak ke? hahaha
selamat pagi cikgu!
cik zaraaa
baru dapat online ni!
contest da abes ek?
xpe la xley masuk pon
tp ku dah buat entry untuk contest tu
xde rezeki katakan...
pss : entry tu at blog baru
Sabor je ah be byk k? Gelagat memasing berlainan bagai.
cmane la dia bole dgn yakinnya jawab cmtue ?? kesian kat dia... huhuhu.. ;)
sabar sungguh cikgu2 manis semua :)
hahaha..
ok lagi..
dulu saye nak daftar skool kat manjung payah oo..
sebab saye lupe cikgu yang kat meja pendaftaran tuh..
berpusing satu sekolah tanya saper jadik cikgu pendaftaran..
Post a Comment