Ya.
Buat pertama kali dalam sejarah di sekolah baru, suara aku sudah memenuhi satu blok dan boleh didengari oleh lapan buah kelas. Jeritan kelantangan sudah memecahkan nilai-nilai desibel dan frekuensi Hertz tidak dapat dibaca akibat kenyaringan yang nyata.
Aku memang mempunyai pantang-pantang tertentu bila aku mengajar. Sebab aku tahu pembalasan memang datang dalam bentuk roda. Kalau kita pernah buat dahulu, akan datang kita akan kena juga walaupun sedikit. Dan bila aku sungguh menjaga pantang diri aku, jangan pernah melangkaui batas yang aku gariskan sejak hari pertama aku mengajar di kelas.
Kelas Sains yang bermula pada jam 8.35 pagi dan berakhir pada 9.45 pagi harus dipenuhkan oleh 17 orang pelajar. 15 lelaki dan 2 perempuan. Nah, kalau lambat sekalipun ke makmal, harus muncul di selewat-lewatnya pada jam 8.45 pagi. Aku masih memberi kelonggaran.
Ada yang masuk.
Beransur-ansur.
Empat, lima, dua, dua.
Aku mengira.
Kurang empat orang.
Bila aku tanyakan pada mereka yang sudah duduk dan bersedia memulakan sesi pembelajaran, jawab mereka masih ada di kelas. Aku teruskan menulis di papan tarik sorong atas bawah dengan hati yang mula membara.
Jam 9 pagi.
Darah aku sudah mula memenuhi bahagian belakang rangka otak.
Neurons aku mula menerajang saraf-saraf tertentu.
Kena pula dengan tajuk yang aku ajar hari ini iaitu saraf tunjang manusia.
Muka mula bertukar rupa.
Aku semakin laju menulis di papan hijau.
Jam 9.15 pagi.
Aku tarik pintu makmal dan tutup dengan kuat.
Hati mula mendongkol.
Jam 9.20 pagi.
Aku letakkan noktah terakhir pada tulisan aku.
Penerangan sudah mengiringi setiap bait yang aku layahkan di atas papan hitam.
Aku berikan tugasan dan aku keluar dari makmal dengan satu misi.
Manusia-manusia itu sudah membuat hati aku berdarah.
Jam 9.23 pagi.
Ya, aku memang berjalan dengan laju.
Aku lihat tiga orang sedang menulis di dalam kelas dan ada seorang makhluk dari kelas lain juga bergetanyang melepak di situ.
Makhluk dari kelas lain berlari pulang ke kelas.
Suasana hiruk pikuk kelas sebelah bertukar senyap bagai dilanda garuda.
Ketika ini darah aku sudah sampai di ubun-ubun.
Mereka bertiga kumpul barang laju-laju.
Berlari ke makmal dengan diperhatikan aku.
Keluar dari kelas dan terjumpa lagi seorang yang muncul dari kelas sebelah.
Betapa Yang Maha Esa sahaja yang tahu perasaan aku ketika mendengar ayat itu.
Gigi mula menggelatuk menahan marah.
Aku masuk ke makmal dan mereka berempat sudah ada.
Aku teruskan kelas seperti biasa dan sembunyi muka ganas di dalam.
Jangan biarkan rasaksa keluar sekali lagi.
Ya, aku pujuk hati.
Rehat aku disapa oleh beberapa pelajar.
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata pelajar tersebut.
Ah, marah aku hanya bila aku rasa dikhianati oleh mereka yang aku sayangi.
Aku sayang mereka walaupun aku tahu tahap mereka.
Sebab dengan mereka, aku belajar sesuatu yang lebih tentang kehidupan itu sendiri.
Ah, bukankah dahulu aku pernah mengatakan bahawa kerjaya guru ini adalah sebahagian daripada penggiat seni?
Aku seorang pelakon, pengarah filem, penulis skrip dan aku juga yang bertugas di belakang tabir.
Senyum.
Hela nafas panjang.
Senyum lagi.
Zara : Esok acara merentas desa sekolah bakal berlangsung. Ya, gembira sangat-sangat. Aku bakal menjaga titik pemeriksaan (baca : checkpoint) keempat bersama dengan dua orang guru kanan bidang lelaki. Alahai, dua-dua adalah ketua aku yang aku sanjungi.

"Kalau mereka muncul, aku tak mahu bagi mereka masuk"
Jam 9.20 pagi.
Aku letakkan noktah terakhir pada tulisan aku.
Penerangan sudah mengiringi setiap bait yang aku layahkan di atas papan hitam.
Aku berikan tugasan dan aku keluar dari makmal dengan satu misi.
Manusia-manusia itu sudah membuat hati aku berdarah.
Jam 9.23 pagi.
Ya, aku memang berjalan dengan laju.
Aku lihat tiga orang sedang menulis di dalam kelas dan ada seorang makhluk dari kelas lain juga bergetanyang melepak di situ.
"Apa yang awak semua buat?! Dah hampir satu jam tapi awak tak masuk makmal lagi!"
Makhluk dari kelas lain berlari pulang ke kelas.
Suasana hiruk pikuk kelas sebelah bertukar senyap bagai dilanda garuda.
"Buat kerja sekolah cikgu".
"Kerja apa?"
"Kerja cikgu. Lupa nak siapkan semalam"
Ketika ini darah aku sudah sampai di ubun-ubun.
"Kalau tak siap kerja saya sekalipun, masuk juga makmal! Orang lain ada yang tak siap tapi masuk juga. Ambil barang awak semua, pergi makmal sekarang juga! Mana lagi seorang?!"
"Entah cikgu"
Mereka bertiga kumpul barang laju-laju.
Berlari ke makmal dengan diperhatikan aku.
Keluar dari kelas dan terjumpa lagi seorang yang muncul dari kelas sebelah.
"Kenapa awak tak masuk makmal?"
"Saya tunggu cikgu jemput saya datang"
Betapa Yang Maha Esa sahaja yang tahu perasaan aku ketika mendengar ayat itu.
Gigi mula menggelatuk menahan marah.
"Ambil barang awak sekarang - pergi makmal"
Aku masuk ke makmal dan mereka berempat sudah ada.
Aku teruskan kelas seperti biasa dan sembunyi muka ganas di dalam.
Jangan biarkan rasaksa keluar sekali lagi.
Ya, aku pujuk hati.
Rehat aku disapa oleh beberapa pelajar.
"Cikgu, tadi cikgu mengamuk di kelas mana? Saya di tingkat bawah boleh dengar suara cikgu. Cuak betul".
"Cikgu, selalu cikgu nampak sungguh manis (baca : sweet). Tapi nampak muka cikgu lepas marah budak kelas sebelah, cikgu kelihatan sangat panas (baca : hot) dan ganas. Cikgu jangan marah kelas kami macam itu ya? Sangat takut bila cikgu lain dari biasa."
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata pelajar tersebut.
Ah, marah aku hanya bila aku rasa dikhianati oleh mereka yang aku sayangi.
Aku sayang mereka walaupun aku tahu tahap mereka.
Sebab dengan mereka, aku belajar sesuatu yang lebih tentang kehidupan itu sendiri.
Ah, bukankah dahulu aku pernah mengatakan bahawa kerjaya guru ini adalah sebahagian daripada penggiat seni?
Aku seorang pelakon, pengarah filem, penulis skrip dan aku juga yang bertugas di belakang tabir.
Senyum.
Hela nafas panjang.
Senyum lagi.
Zara : Esok acara merentas desa sekolah bakal berlangsung. Ya, gembira sangat-sangat. Aku bakal menjaga titik pemeriksaan (baca : checkpoint) keempat bersama dengan dua orang guru kanan bidang lelaki. Alahai, dua-dua adalah ketua aku yang aku sanjungi.
21 comments:
nak komen benda lain
tp jawab apa kamo tulis kat facebook je la
nak epal?
beli sendiri
kekeke!
pergghhhh...
kak zara sudah bertukar menjadi harimau betina...hahaha..
sabar kak zara..
nanti tak manis...=p
kuat ke kau jerit kak?
aku tak dgr pun.
lalalalala~
hahaha......seb baik gajah tak datang masa zara jerit..hahaha!!! al tarzan n george the jungle gitu..wakakah!!!
hehehehe..kdg2 tu kita memang x dpt control ba sis..:)
ohh, so sekarang baru saya faham frasa 'marah kerana sayang'
selama ni memang mengerti tapi tak la begitu mendalam.
nak panggil cikgu jugak boleh? i am a form 1 student :)
kalo saya mesti dah lemau budak2 tu
salam....
fuhhh memang mencabar suhu betul kalau cam tu......alang-alang mau tahap didih mengila tu......apapun kita respek dengan cara cikgu...bravo cikgu sains....
itulah cabaran seorg guru... x salah marah pelajar utk mendidik kan... hehehhehehehehe...
sangat mencabar..huhu..
wow! garang nya....tak pernah jumpa cikgu mcm ktk....hehehehehe......
sesekali kena tunjuk belang juga
wuyoo...garangnya...satu lagi sebab nape anda ptt jadi guru disiplin.
mmg patut kena marah. aku sungguh setuju!
cikgu kalau hari2 marah x sweet la...
btw bagus la ko dah tetapkan standard masa mengajar, nnt baru anak murid x besar kepala...masa bergurau, x da sapa nk halang tp masa belajar kena la serius...respek dn ko zara
Cikgu Zara...serius meh...student ko yg last tu jawan mcm tu? "saya tgu cikgu jemput saya?"
Serius berani dia...Uwaaa...itulah student skang...
Cikgu Zara...serius meh...student ko yg last tu jawan mcm tu? "saya tgu cikgu jemput saya?"
Serius berani dia...Uwaaa...itulah student skang...
cikgu kemis aku penah cubit aku sampai lebam sebab aku tak paham nak wat hmwork dia. benci
mencabar keimanan ni.
cikgu zara dinasihatkan membawa seselinan baju lagi.. takut2 masa menjerit tu terkoyak sana sini huhu..
selamat pagi cikgu.
aku pun takut aku hilang sabar..
tp mmg ptt pn ko bt macam tu zara..
if x dorg msti main2 punya..
huhuhu..
garangnya..
sib baik cikgu tak ramai macam nih..
cikgu saye pantang bile orang wat loyar buruk..
huhuhu
T_T
Post a Comment