Ah, geram juga bila pelajar mengatakan Sejarah ini sesuatu yang payah.
Susah.
Resah.
Pelbagai alasan diberi akibat tidak mahu belajar Sejarah.
Tapi Alhamdulillah, kelas aku masih berjalan seperti biasa, belum lagi ada pelajar yang perlu mengutip buku di tanah. Ah, ugutan mampu membuatkan yang malas memaksa diri menjadi rajin.
Pengalaman bukan?
Ketawa.
Sesungguhnya ia mengingatkan aku pada seorang budak gemuk suatu masa dulu.
Di menengah rendah, Sejarah itu cuma perkara enteng baginya.
Sebab apa?
Yang mengajarnya, sumpah garang tidak terkira.
Setiap kali lepas ucapan selamat sejahtera, jangan mimpi mahu duduk selesa di atas kerusi selagi belum menjawab soalan yang diutarakan. Kekal berdiri sampai boleh jawab. Menggeletar kaki kalau khilaf terlupa membuat kerja sekolah.
Yang lelaki - tadah punggung dipukul dengan kayu tebal pembersih papan hitam.
Yang perempuan - sedas dua layangan pembaris besi di atas tapak tangan.
Nah, berani atau tidak lupa di dalam kelas sebegitu?
Oh, aku pernah kena sekali, dan peritnya terasa sehingga kini.
Sekali kena terus taubat sehingga mati.
Senyum perit, tapi bangga dalam hati.
Sudahnya, bila naik ke Tingkatan 4 dan 5 - punya guru Sejarah yang tidak tegas.
Masuk kelas rasa bosan yang melampau.
Entah penyakit apa yang hinggap sehingga otak menjadi bengap.
Guru itu tidak pernah gagal menggunakan dakwat merah setiap kali mengisi markah.
Nah, katanya sahaja pelajar kelas sains, kelas pertama, tetapi mindanya seperti penuh sampah.
Senyum pahit, itulah sehingga separuh usia Tingkatan 5 perlu dihabiskan.
Ya, darah guru itu sudah naik sehingga ke otak barangkali.
Dia panggil pelajar gemuk yang memakai seragam kuning-kain merah hati ke sisi.
Guru : Bapa awak kan ajar Sejarah?
Aku : Ya cikgu.
Guru : Kenapa awak tak boleh buat juga?
Aku : Payah nak ingat cikgu.
Guru : Kenapa masa PMR boleh dapat A tapi sekarang asyik 7, 8 dan 9?
Aku : Entahlah cikgu.
Guru : Emak awak ajar Pendidikan Islam kan?
Aku : Ya cikgu.
Guru : Pendidikan Islam boleh dapat A, tapi mengapa sejarah tidak boleh? Apa nak jadi? Bapa ajar Sejarah, tapi anaknya lingkup sebegini.
Wah, ketika itu darah memang sudah membuak ke muka.
Darah remaja yang kalau diikut sudah boleh menjadi arwah.
Senyap, tunduk, ucap terima kasih pada guru, keluar dari situ.
Balik rumah, pasang azam baru.
Mulut guru itu harus ditutup.
Kelancangannya membunuh, apatah lagi menyeret nama ketua keluarga dalam hal ini.
Hati terdetik sesuatu.
Sedangkan iman tidak dapat diwarisi, apatah lagi pengetahuan sejarah.
Sejak hari itu, kaedah belajar diubah secara drastik.
Tiada lagi hanya membaca.
Buku kerja, buku teks dan latihan sentiasa bersama.
Perenggan demi perenggan, muka demi muka, semata-mata mahu membalas kata-kata guru itu.
Sehingga buku kerja penuh, latihan boleh dihafal jawapannya dari halaman mana.
Senyum.
Bila keputusan diumumkan, guru itu sudah sedia menanti.
Keputusan sudah ada tergenggam dalam tangannya.
Dengan muka sedih dia melangkah ke arah aku yang sedang tersandar di pintu kereta.
Nah, tidak mungkin ada berita celaka.
Pasrah.
Guru : Tahniah.
Aku : Ha?
Guru : Pelajar terbaik sekolah dan terima kasih kerana beri saya A1 untuk Sejarah.
Aku : Alhamdulillah.
Aku lihat air mata mengalir dari tubir mata guru itu.
Aduhai, terbantut hasrat mahu menampal huruf A1 itu di muka dia.
Nah, dia melakukan yang terbaik bagi menyedarkan aku.
Senyum.
Nah, kini dari Kimia ke meja Sejarah.
Pasti cikgu itu pasti terbeliak matanya melihat Si Gemuk yang sentiasa 7,8 dan 9 menjadi guru Sejarah setelah Kimia tidak dapat diajarnya. Mungkin kalau bertemu di mana-mana mesyuarat, harus sahaja lidah kelu melihat wakil Sejarah adalah makhluk ini.
Senyum, ceria.
Ah, terimbau kenangan dulu pula.
Selamat berhujung minggu Pencinta Dunia Sebelah Zara.
Pelukan hangat dan ciuman mesra buat kalian semua.
Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
Pasti cikgu itu pasti terbeliak matanya melihat Si Gemuk yang sentiasa 7,8 dan 9 menjadi guru Sejarah setelah Kimia tidak dapat diajarnya. Mungkin kalau bertemu di mana-mana mesyuarat, harus sahaja lidah kelu melihat wakil Sejarah adalah makhluk ini.
Senyum, ceria.
Ah, terimbau kenangan dulu pula.
Selamat berhujung minggu Pencinta Dunia Sebelah Zara.
Pelukan hangat dan ciuman mesra buat kalian semua.
Zara : Sedang menafsir kekuatan diri menghadapi cabaran satu persatu ketika ini. Senyuman harus terukir sentiasa. Malam tadi sudah disuntik kekuatan oleh seorang bakal doktor dari lain benua.
Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
14 comments:
aku suka sejarah.
skor setiap kali test..
vangga vangga
entry ini menaikkan bulu roma saya..
tak suke buku teks sejarah dulu2.
takde bnyk gambar. terlalu banyak paragraph. ngantuk kalau baca! hehe.
p/s : tapi alhamdulillah tak pernah dapat B lagi utk subjek tu. :)
Cara menghafal tu jewr yang nak kena ubah kan? Mungkin dengan teknik peta minda lebih mudah.
zara!!aku dulu spm A1.kau tak bangga dengan aku ke wahai cikgu sejarah??hehhehehhehe..
Plaing tak suka Sejarah .. masa SPM dapat D
wa bukan ckp banyak, tp sumpah sejarah mmang wa minat gila!!
dulu pernah trpikir jadi sejarawan.. tp x leh plak..
[tajuk entri ni memang best]
mengantuk je blaja sejarah tapi rezut ok la jugak huhu
mane de susah
blja sejarah la besh
twon lepas ckgu sejarah ana kacak gila
twon nie ckgu sejrah cun plak .
KIHKIHKIH .
elok gak cikgu sejarah selitkan cinta rome o heee cinta tajmahal..lepas tu senyummm
sejarah = bed time story
sejarah best kalau cikgunye best
sejarah nih..
klau takde minat..
takleh pergi..
nak kasi mereka suke sejarah..
jangan kasi nota untuk mereka salin..
gerenti mereka rase susah..
buat arr kuiz..
lagi best dan senang nak ingat..
hohoho
aku pon kata sejarah ssh
Post a Comment