Showing posts with label Kartun. Show all posts
Showing posts with label Kartun. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Kenapa Aku Rajin Menjawab Soalan Di Borang Anjal? : Ada Budak Malaysia Belajar Jepun Tanya Soalan Lucu


Salam semua.
Menapis komentar yang diberikan akibat ada beberapa iklan yang tidak diperlukan masuk ke sini (tidak termasuk pembenci yang berhati waja mahu meninggalkan komentar walaupun tahu yang aku tidak akan siarkan). Tidak mengapa, keseluruhannya hari aku menggembirakan. Itu sahaja.

Oh ya, bagi yang mengikut aku di Twitter, pasti sedar dengan kehadiran soalan dan jawapan daripada Borang Anjal (baca : Formspring) aku. Memang biasanya selepas dijawab, benda itu akan mengalir terus ke Twitter. Kadar aku menjawab soalan adalah bergantung kepada adakah aku sedari ada soalan yang ditanyakan atau tidak. Oh, sebab itu aku sediakan petak ini di blog, kerana ruangan sisipan tepi buku tamu aku penuh dengan iklan mengarut. (Buat muka bengang sambil ketuk-ketuk meja).

[Gambar : Ini pakaian musim panas di Jepun, Yukata. Oh, sekarang Jepun musim sejuk]

Soalan yang aku terima di Borang Anjal biasanya akan berkisar kepada perkara-perkara berikut :
  • Peribadi secara umum (nama, pekerjaan aku, dan sebagainya)
  • Peribadi secara khusus (bila mahu berkahwin, teman lelaki dan lain-lain)
  • Novel aku yang terbengkalai (kasihan karya yang terbiar)
  • Soalan berkenaan pendidikan (disebabkan pekerjaan aku)
  • Berkaitan blog (lebih kepada perkongsian ilmu)
  • Pendapat umum (ini biasanya aku dapat sehingga berpuluh-puluh dari orang yang sama)
  • Kutukan (ini bukan soalan sebenarnya - ketawa)
  • ... dan beberapa aspek lain.
Suka untuk berkongsi dengan kamu, soalan yang aku jawab petang tadi. Ya, kepada yang bertanya (aku pasti kamu ada baca blog ini, terima kasih kerana buat aku ketawa. Oh ya, pengunjung daripada Jepun ke blog ini adalah yang ketiga tertinggi selain Malaysia dan Indonesia. Hebat betul kamu semua. Biasanya yang datang dari Sendai (Miyagi), Kanagawa, Fukui, dan beberapa kawasan lagi. Arigatou. 

[Cetakan dari paparan Borang Anjal aku]

Lucu sungguh soalan kamu kawan.
Kalaulah aku tahu siapa yang tanya soalan itu, memang aku cubit pipinya.
Boleh?

Kenapa aku suka jawab soalan di situ?
  • Mudah.
  • Pantas
  • Lebih praktikal daripada aku jengah di ruangan komen ataupun buku tamu.
  • Dapat jawab secara pukal (ini menyebabkan ia pantas)
  • Aku boleh lihat orang berusaha untuk senyum (sebab aku suruh senyum sebelum tanya soalan kan?)
  • Tidak terhad (orang boleh tanya banyak mana yang mereka mahu)
  • Tidak terkawal (ya, aku beri kebenaran manusia tanpa nama tanya)
Teman Lelaki.
Sejak kebelakangan ini, persoalan ini sering dikemukakan di blog, Twitter, Borang Anjal dan apa sahaja yang boleh ditanya. Amboi kawan-kawan sekalian, aku bukan artis ya? Tidaklah perlu sehingga mendedahkan siapa teman lelaki (eh, ada ya?) buat masa ini. Tergelak sendirian dengan perbualan pagi tadi di Twitter.

Cik N : Zara, yang awak selalu tulis tu merujuk kepada teman lelaki ke?
Aku : Eh? (Ketawa)
Cik N : Letaklah #ff kalau tulis pada teman lelaki.
Aku : Kenapa?
Cik N : Bolehlah kami baca apa yang dia tulis untuk awak pula.
Aku : (Ketawa lagi gila) Tak boleh.

Nota : #ff adalah Follow Friday (bagi sesiapa yang biasa guna Twitter, mereka tahu benda ini)

Pastinya tidak akan dibuat.
Jangan risau.
Ketawa.
Sebabnya mudah sahaja.
Si dia (batuk-batuk kecil) tidak akan menulis sesuka hati di Twitter dia.
Terima kasih.

Dan ya, buat yang bertanya, maklumat yang anda tanya tidak tepat sayang.
Maaf ya?
Senyum lagi.

[Gambar : Ada orang yang sedang seronok membuat aku cemburu dengan turunnya salji di tempat dia]

Dia : Salji turun, lebat.
Aku : Huh! Sengaja buat orang cemburu.
Dia : Aik, ada orang cemburu ke? Tak sangka. Sejuk ni.
Aku : Haruslah cemburu.
Dia : Kenapa nak cemburu? Nanti datanglah sini.

(Perbualan ini telah ditapis. Sekian)

Ya, saya tahu awak tengah seronok sakan dengan salji.
Mentang-mentanglah tahuaku amat mahu menikmati salji (boleh baca di sini)
Tak mengapa.
Tunggu saya jadi Ultraman, habis awak.
Ketawa.
Sekejap, motif jadi Ultraman?
Senyum.

Nota Kaki :
1. Adik lelaki bakal menyambung pelajaran di UiTM Puncak Alam bulan Disember ini.
2. Ada orang bagi telefon dia makan jika telefon dia kurang sihat sebelum tidur (sambil ketawa dan jeling-jeling buat mata bulat)
3. Mahu menghabiskan beberapa waktu dengan keluarga sebelum kembali ke kamar peribadi.
4. Belum dapat melunaskan misi mengatur waktu tidur kembali.

Zara : Kadangkala hanya dengan kata-kata dan baris ayat beku kita boleh membuatkan seseorang itu tersenyum gembira sepanjang hari. Kenapa mahu jadi seorang yang kejam dan keji dengan menuturkan (atau menulis) kata-kata yang membuatkan orang sakit hati? Jadilah manusia yang lebih berpekerti. Senyum.

Tuesday, November 30, 2010

Kenapa Orang Jahat Mahu Menguasai Dunia? : Lelaki Berkaca Mata Itu Kacak?


Salam semua.
Terima kasih buat yang mengikuti aku di Tumblr. Jujur sebenarnya aku sendiri tidak begitu pasti dengan fungsi sebenarnya tetapi ia kelihatan menyeronokkan itu sengaja menulis atau berkongsi sesuatu apabila bosan (walhal baru letak 2 nota dan 1 gambar).

Terfikir sesuatu semasa menonton kisah penjenayah yang tidak sudah-sudah setiap minggu (padahal aku yang wajib memastikan diri sendiri berada di hadapan televisyen). Kenapa setiap penjenayah yang wujud di dalam filem, drama dan kartun mahu menguasai dunia? Kenapa mesti menguasai dunia?

http://i118.photobucket.com/albums/o103/rooraapics/Hot%20in%20beanies/HiB_Hero/00gq6.jpg
[Gambar : Bagaimana mahu menguasai dunia? Adakah melalui senyuman sahaja? Gila]

Baiklah.
Walaupun aku tidak kenal dengan siapa dalam gambar di atas, walaupun aku pasti artis Korea (adikku Paan, sila tabah) , hari ini aku mahu senaraikan beberapa sebab kenapa orang jahat mahu menguasai dunia berdasarkan pandangan peribadi aku.

Eh, kalau jambu begini mahu menguasai dunia, aku mungkin tidak akan melawan.
Ketawa.
Baiklah, serius.

1. Nampak kuat dan gagah jika menguasai dunia.
Betulkan? Bila menguasai dunia, maka mestilah nampak kuat, hebat dan gagah. Adakah menguasai dunia nampak lemah? Kecuali dunia yang kurang betul seperti Dunia Sebelah Zara (ada sesiapa mahu rampas dunia picisan ini?)

Orang jahat : Aku rasa aku nak menguasai dunia la.
Geng : Dunia mana?
Orang jahat : Dunia Sebelah Zara.
Geng : Apa tu?
Orang jahat : Eh, tak tahu ke?
Geng : Tiada dalam peta dunia pun.
Orang jahat : (sambil pandang kiri kanan) Kau Google.
Geng : Baik ketua!

Apa kau ingat kau terkenal sampai begitu sekali ke Zara?
Ceh!
(Tak boleh tulis ayat memuji diri sendiri, nanti ada pula mahkluk yang tulis blog mengata tuan punya blog ini. Lawak kan?)

2. Rasa berharga.
Berbanding Plankton dalam Spongebob yang mahu menguasai resepi Krabby Patty, aku rasa lebih baik rasaksa dalam Ultraman atau Power Rangers atau mungkin juga Lord Voldermort dalam Harry Potter yang mahu menguasai dunia. Apalah sangat menguasai resepi Krabby Patty kan? Termasuk dalam lubang tandas, diejek oleh isteri komputer, tidak termasuk beberapa episod ditendang, dipijak oleh Encik Krab. Sangatlah membazir. 

http://img.poptower.com/pic-14609/plankton-spongebob.jpg?d=1024
[Gambar : Muka teruja dapat curi resepi rahsia Krabby Patty. Tapi selalunya gagal]

http://th08.deviantart.net/fs46/300W/i/2009/167/f/2/Lord_Voldemort_by_soul_whisper.jpg
[Gambar : Siapa yang tidak teruja tengok muka orang jahat macam Lord Voldermort?]

Rasa lebih berharga menguasai Dunia Muggle dan Dunia Ahli Sihir berbanding sekadar resepi rahsia Krabby Patty kan? Ketawa.

3. Pembunuhan tidak memuaskan hati orang jahat.
Kadangkala membunuh sudah tidak dijadikan asas lagi dalam menjadi orang jahat. Menguasai dunia adalah lebih penting disebabkan kalau semua sudah dibunuh, dunia akan kosong. Jadi, apa erti menguasai dunia tanpa ada orang lain dalam dunia? Kita tidak perlukan zombie, atau apa sahaja di dalam dunia ini. Kata orang jahat, bukan aku kata. Ketawa.

Orang jahat : Kasi bakar!
Geng : Baik tuan!
Orang jahat : Kasi potong!
Geng : Baik tuan!
Orang jahat : Kasi tembak!
Geng : Baik tuan!
Orang jahat : Kasi bunuh semua!
Geng : Baik tuan!

Selepas beberapa ketika...

Geng : Kita sudah menang tuan!
Orang jahat : Bagus. Kumpulkan semua orang kita.
Geng : Baik tuan! (semua berkumpul)
Orang jahat : (sambil mengira) Banyak ini sahaja?
Geng : Yang lain semua dah dimusnahkan.
Orang jahat : Apa ertinya menguasai dunia begini?!

4. Orang jahat tidak pasti dunia mana hendak dikuasai.
Sebenarnya mereka sendiri tidak pasti mahu menguasai dunia apa. Mungkin dalam perbincangan, mereka terpaksa meletakkan beberapa pilihan seperti berikut :
  • Dunia pertahanan.
  • Dunia permotoran.
  • Dunia pelacuran.
  • Dunia perbankan.
  • Dunia hiburan (wah!)
  • Dunia Sebelah Zara (nak juga kan? Ketawa)
  • Duniaku Duniamu (DKDM - penghargaan buat saudara untuk saudara)
  • ...dan pelbagai dunia lagi.
Cuma yang pastinya, beberapa dunia berikut tidak akan terpilih :
  • Dunia kematian (Lord Voldermort pun takut)
  • Dunia Belum Berakhir (apa kau ingat tajuk lagu?)
5. Boleh memulakan operasi kejahatan secara besar-besaran.
Baru seronok buat kerja jahat kan?
Buat jahat dalam skala kecil itu cuma kanak-kanak yang sorokkan pemadam orang lain. Yang berskala besar seperti rasaksa, Lord Voldermort serta Pemakan Kematian (baca : Death Eater) mestilah buat jahat secara terang-terangan.

Dapat menimbulkan rasa takut pada orang ramai, kebimbangan bagaikan melihat Dementor bergetanyang di udara dan takut melihat kononnya ada Tanda Kuasa Jahat di luar rumah. Sekejap. Kenapa contoh aku semua adalah tentang Harry Potter?

http://images2.fanpop.com/image/photos/13400000/Death-Eaters-in-Deathly-Hallows-harry-potter-13426798-1280-800.jpg
[Gambar : Buat jahat beramai-ramai sebegini adalah kegemaran Lord Voldermort walaupun dia sebenarnya tidak percayakan orang lain]

Itu sahaja yang dapat aku nyatakan.
Aku percaya ada banyak lagi sebab kenapa orang jahat nak menguasai dunia, cuma nantilah dahulu. Aku mahu berkemas untuk aktiviti petang sehingga pagi esok (1 Disember 2010). 

Oh ya, aku akan mengayuh sejauh 60km malam ini di kawasan Batu Pahat. Bertolak dari Muar petang ini lebih kurang jam 4 petang aku rasa disebabkan aku mendapat pesanan supaya berkumpul di Bakri jam 3.30 petang. Itu sahaja. Jumpa kamu sekalian esok, insyaALLAH.

Selingan.
Oh, tentang lelaki yang berkaca mata itu seorang yang kacak, comel dan sebagainya adalah terpulang kepada individu itu sendiri. Cuma aku selalu merasakan lelaki yang berkaca mata (termasuk juga perempuan) mempunyai mata yang cantik. Mata yang terlindung disebalik cermin yang membantu penglihatan mereka.

Diam.
Itu pendapat peribadi sahaja.
Jangan ada spekulasi pula.

Oh, lebih mengenai ini boleh dibaca di Tumblr aku di sini.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Alhamdulillah, Abah dan Bonda melepaskan aku pergi untuk aktiviti kayuhan malam ini.
2. Sejak kebelakangan ini muncul cerita yang kurang enak tentang penulis blog. Aku mengambil pendekatan diam dan lihat sahaja.
3. Ada sesuatu yang berlaku di dalam ruang sudut paling dalam milik seorang manusia beku. Dia sedang berusaha melawannya.
4. Iman Kenzo bakal berjalan jauh malam ini. Hoyeah!

Zara : Acapkali kita merasakan dengan berbual, menulis dan bercerita dengan seseorang itu kita sudah mengenali keseluruhannya tentang dia. Malangnya, disebalik ketawa mesra, perbualan ceria, mungkinkah tersimpan sejuta satu rahsia yang tidak dapat diluahkan kepada sesiapa? 

Sunday, November 28, 2010

Bila Menonton Kartun Dengan Keluarga, Benda Ini Selalunya Akan Terimbau Kembali Dengan Sendiri.


Salam semua.
Aku rasa kita semua dibesarkan dengan menonton rancangan kartun sebagai penghibur masa senggang (kecuali kau budak genius macam dalam televisyen yang mengaku berita adalah rancangan kegemaran dan tidak pernah menonton kartun - aku akan cakap, kau kehilangan sedikit nikmat masa kanak-kanak). Pastinya sehingga kini masih ramai yang menonton kartun (dan mungkin juga animasi) sebagai hobi.

Dibesarkan dengan kartun Disney, Looney Toons , Usop Sontorian, Power Rangers dan banyak lagi, aku sehingga kini masih menonton kartun dan animasi yang ditayangkan di televisyen, Internet dan juga sehingga sampai tahap sanggup memuat-turun pelbagai jenis manga dan komik. Ya, Bonda selalu menegur dengan ayat pedas dan tajam berbisa, tetapi aku balas dengan sengihan sahaja. Sengih.

"Dah jadi anak dara pun melongo lagi depan televisyen tengok Spongebob? Kau nak jadi apa ni Along?"

"Along! Dah Maghrib. Tutup televisyen. Ada ke tengok Sin Chan lagi?!"

Itu antara ayat biasa Bonda yang aku dengar setiap hari dan setiap minggu. Tidak boleh salahkan aku (nak juga kata diri tidak bersalah), aku salahkan stesen televisyen yang menayangkan cerita tersebut pada waktu yang kurang sesuai. Benda menarik tayang waktu tidak sesuai, ini tidak adil! (sambil hentak kaki, dan genggam penumbuk dan kesat hidung guna baju).

http://www.okbuydvd.com/images/upload/Image/Crayon%20Shin-Chan%201.jpg
[Gambar : Ada sesiapa boleh kata kartun ni tak menarik? Mak kata aku tak betul sebab ketawa berdekah-dekah bila menonton cerita ini atau baca komiknya]

Baiklah.
Petang tadi ada rancangan Looney Toons di TV9. Sambil masak, sambil menonton televisyen dan Abah ada di kawasan dapur dan menonton kartun juga. Melihat Abah tersenyum di hadapan televisyen, aku teringat sesuatu jika menonton televisyen dengan mereka suatu ketika dahulu.
  • Tanya Abah apa kartun buat - Disebabkan masa kecil belum faham dengan kartun, tiba-tiba orang lain ketawa, maka selalu tanya Abah.
Aku : Abah, kartun tu buat apa?
Abah : Oh, serigala tu nak kejar burung tu.
Aku : Oh, kenapa?
Abah : Sebab burung tu kan laju, serigala nak makan.
Aku : Oh, faham-faham (sambil mulut melopong, angguk kepala)

http://www.sugarcraft.com/catalog/novelties/looneytunes/LooneyTunesWallpaper.jpg
[Gambar : Mana kartun ni ada dialog?]

  • Berebut nak tengok kartun di saluran lain-lain masa hujung minggu - Ni sebenarnya sampai sekarang. Kalau ada yang disukai di saluran televisyen lain, habis berebut-rebut. Sampai sanggup bergaduh, berdiri halang yang lain tengok televisyen. Lepas tu mak keluar dari bilik, semua kena marah, Mak tutup televisyen, habis semua orang tak dapat tengok. Padan muka semua! (Termasuk diri sendiri tentunya). Sekarang dah ada dua televisyem dah kurang sedikit.
Aku : Nak tengok cerita ni.
Adik : Tak boleh! Nak tengok cerita lain!
Aku : Nak juga! (cubit adik)
Adik : (menangis) Tak boleh! Along jahat! (sambil guling-guling)
  • Cerita balik kalau dah terlepas tonton - Kalau dah terlepas menonton kartun, lebih-lebih lagi yang bersiri, mesti paksa sesiapa cerita (kalau zaman aku dahulu, paling terkenal adalah Mutiara Naga (baca : Dragon Ball). Maka, berceritalah yang ada di depan televisyen sehingga menganggu orang lain, lepas tu bergaduh, lepas tu kena marah semula. Ketawa. Gila.
  • Berangan jadi watak kartun - Dulu selalu berangan nak jadi Ultraman (sampai sekarang pun sebenarnya), semata-mata nak pergi Jepun dan lawan rasaksa. Suka tengok Ultraman tengah makan mi soba, tiba-tiba ada bunyi "bip", dan dia kena pergi bertukar. Begitu juga Kesateria Baja Hitam (kenapa la beri nama ini?), Power Rangers atau Kamen Rider. Ayat paling disukai, BERTUKAR!
http://www.ubergizmo.com/photos/2008/6/ultraman-usb.jpg
 [Gambar : Ultraman memang comel walaupun untuk 3 minit sahaja]
    • Pakai baju watak kartun bila tengok kartun berkenaan - Dulu ada baju watak kartun yang macam-macam. Bila pakai sambil menonton televisyen, rasa macam memenuhi tema. Cerita Power Rangers, pakai baju Power Rangers (padahal baju Power Rangers tu baju tidur.) Sanggup mandi jam 5 petang sebab Power Rangers jam 5.30 petang. Jadi dah ada di depan televisyen dengan baju Power Rangers dengan muka berbedak comot, sebab berkejar-kejar mandi nak tengok.
    Banyak lagi sebenarnya. Sekarang ini baju yang ada cuma baju gambar Mickey Mouse dan Pooh. Sungguhlah tidak memberangsangkan. Ada sesiapa nak belikan aku baju gambar Spongebob?

    http://www.spongebob-fans.com/pict/wallpaper/1024_all_charc.jpg
    [Gambar : Kartun wajib tonton setiap petang tanpa rasa jemu]

    Sampai sini sahaja.
    Nak pergi makan Krabby Patty.
    Eh?
    Ketawa.

    Nota Kaki :
    1. Terima kasih buat yang mencalonkan nama aku di sini. Terharu bila dapat tahu. Kalau sudi mengundi, silakan. 
    2. Berbual dengan kembar boleh buat aku gila sebab bergaduh dan bertengkar entah apa-apa. Kembar bijak, dia boleh hidu benda yang aku sorokkan. Ceh!

    Zara : Menjalani hidup dengan baik, itulah sebab kenapa semua orang patut teruskan kehidupan dengan hati yang gembira. Senyum. Tabah dan kita boleh hadapi apa sahaja.