Wednesday, November 02, 2011

Dia Yang Awak Tunggu Selama Ini?



Pagi-pagi menerima teguran yang tidak berapa berhikmah dan berhemah hanya membawa kepada kemarahan senyap dan pemberontakan dalam diam. Ternyata masih wujud lagi manusia jumud yang mahu memperalatkan agama demi menunjukkan seolah-olah mereka adalah manusia paling mulia berjalan di atas dunia. Boleh kalau kamu mahu buat demikian, tapi bukan dengan aku. Aku masih lagi kenal cara bagaimana untuk menegur manusia.

Tutup benda itu.
Perlukah kita menunggu seseorang atau sesuatu dalam hidup?
Ada orang yang sentiasa mahu ditunggu.
Ada orang yang sabar menunggu.
Ada orang yang sudah jadi penunggu.
Eh.

http://farm3.static.flickr.com/2433/3670905042_e9294898a6.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Sedang menunggu dia?
Sedang menunggu dengan setia?
Sedang menunggu dengan sabar dan bersedia?
Sedang menunggu tanpa mengharap apa-apa?

Awak.
Tidur malam dihiasi mimpi.
Awak nampak kelibat seseorang berlari.
Awak kejar sekuat hati.
Awak mahu gapai kuat guna jari.
Awak mahu rapat ke sisi.

Awak.
Adakah dia yang muncul?
Adakah wajah dia yang terpacul?
Awak enggan mengaku sebab bacul?
Anehnya, awak tidak mahu jadi lurus bendul.
Takut dikatakan bahlul.

Awak.
Adakah dia orang yang awak tunggu?
Adakah dia layak ditunggu?
Apa yang buatkan awak menunggu dia sehingga kematu?
Apa yang menyebabkan awak sanggup berdiri seperti batu?
Awak sahaja ada jawapan itu.

http://farm4.static.flickr.com/3440/3702031739_f924cb4b70.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Adakah awak percaya dengan hati sendiri?
Adakah awak yakin dengan keputusan mahu terus memerhati?
Adakah awak sudah fikir menggunakan otak kiri?

Awak.
Perlu tentukan jalan hidup sendiri.

Nota Kaki :
Hujan sentiasa lebat kini.

Zara : Bakal bepergian empat hari ke Utara dalam bulan November nanti. :)


5 comments:

budakbaek said...

Awak.
Adakah dia yang muncul?
Adakah wajah dia yang terpacul?
Awak enggan mengaku sebab bacul?
Anehnya, awak tidak mahu jadi lurus bendul.
Takut dikatakan bahlul.

apa maksud rangkap ni? rangkap lah kot.

samanosuke_04 said...

puitis seyh post ko nie.. hehe, tengah tunggu laki kat oversea balik ke? ke camne cite nie? huhuhu..

salam singgah, :)

umisarina said...

@budakbaek..

saya tak pasti betul atau tidal tafsiran saya. hanya mencuba..sekiranya salah,harap Zara tolong betulkan..hehe

maksudnya...adakah orang yang ditunggu-tunggu itu yang muncul dalam mimpi..dan tak berani nak mengaku bahawa orang itu yang berada dalam mimpi..mungkin kerana takut tidak menjadi kenyataan...atau hanya mainan tidur.. (betul ke?)

missina said...

hermm memg penat menjadi seorg penunggu,,,lebih baik berlalu pergi seperti seorang dungu,,,

Si GadisSemasa said...

setelah 4 tahun sy menjadi penunggu setia , akhirnya saya relakan dia pergi . ^__^