Hari ini aku bangun dengan pelbagai perkara.
Bangkit dengan pelbagai rasa.
Adakah ini yang aku mahukan dalam hidup selama ini? Apakah mungkin keputusan ini adalah yang terbaik buat diri sendiri, keluarga dan segala macam manusia yang menyokong dalam menjadikan siapa aku sebentar lagi? Barangkali aku terlampau banyak berfikir sehingga aku lupa hakikat aku perlu berhenti rehat dan lepaskan segalanya dengan tenang tanpa ada paksa.
Ah!
Aku cuba untuk jadi diri sendiri tetapi malangnya, hari ini bukan untuk aku lepaskan segala laku dan kebiasaan peribadi. Banyak mata yang bakal memerhati dan aku ternyata lebih gemar untuk memuaskan hati orang lain yang aku sayang dan menyimpan sebahagian daripada diri aku ke dalam. Biarlah. Asalkan semuanya gembira.
Kan?
Sebentar sahaja lagi.
Jantung berdegup bagaikan gendang dipalu sekuat hati, bagaikan kayuhan tanpa henti mengejar siren kecemasan yang sedang berbunyi menandakan perlawan hampir tamat bila matahari mula tercacak tinggi. Oh, aku tahu dan mengerti. Ini apa yang aku mahukan selama ini. Sesuatu yang aku boleh khabarkan sebagai milikan sendiri walaupun sekadar pinjaman Ilahi.
Bismillah.
Tenangkan hati aku, Ya Allah.
Ini jalan yang aku pilih dan aku mohon Kau merahmati.
[Sumber gambar] |
6 comments:
barakallah cekgu zara! ;)
jgn nervous sangat.bawak bca zikir banyak banyak.selamat bertukar status kak.:)
semoga dipermudahkan segala urusan :D
Congrats kak zara! Happy for u. Semoga semuanya berjalan lancar dan kekal bahagia hingga akhir hayat. :) *sempat lg tulis blog. Hehe.
wow...
tulis entri nie dekat atas pelamin ke??
OoO...
pape pun congratz kak z...
semoga berkekalan hingga ke anak cucu...
lebih penting berkekalan hingga ke jannah...
tahniah skali lagi...
(sambil kesat hingus dan air mata gembira...)
congratss dik =)
Post a Comment