Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that. - Dr Martin Luther King Jr.
Aku memilih untuk menghilangkan rasa sakit dengan senyum hampir setiap masa kecuali waktu-waktu yang aku perlu kekal serius tanpa secalit emosi. Sedikit demi sedikit aku perhatikan, benda-benda kecil pun dijadikan satu perkara wajib yang mahu ditiru tanpa memikirkan sebab dan akibat yang bakal terjadi. Apakah dengan menyalin setiap benda yang sama akan menjadikan kita serupa dengan orang yang kita tiru? Sudah tentu tidak memandangkan setiap daripada kita adalah istimewa.
Kita adalah kita.
Mana mungkin ada orang serupa seratus peratus dengan kita?
Alangkah kembar yang keluar dari rahim yang sama juga berbeza.
Adakah kau akan suka apabila seseorang yang cuba kau kejar sedaya upaya menghampiri kau hanya disebabkan kau punya penampilan yang sama dengan manusia yang dia pernah kehilangan satu ketika dulu? Dia punya pengikat jiwa, penceria suasana dia sendiri sehinggalah dia kehilangan kekasih hati. Munculnya kau entah sebagai perampas atau pengganti --- tetapi tidak sedikit pun dia terlintas untuk menjadikan kau sebagai insan paling istimewa.
Kewujudan kau hanya sebagai tempat melampiaskan rasa kosong, berpura-pura bahagia, melayan kau bagaikan kau punya kepentingan bersama. Ternyata, apabila kau mengetahui dia menyukai kau sebagai tempat membuang masa, kau berusaha untuk mengikat dia dengan menjadikan si dia yang sudah pergi sebagai idola. Segala apa yang si dia dulu ada, kau cuma adakan pada diri kau dengan harapan, kau akan wujud di hadapan mata.
Sehingga bila kau mahu berusaha menambat hati dengan menjadi orang lain dan bukan diri sendiri? Sehingga dia tersentak dan sedar diri bahawa bukan kau yang bertakhta di hati dan kehadiran kau tidak lebih dari sekadar mengubati hati?
Aku sekadar pemerhati.
Pendapat aku tiada nilai di sisi.
Mungkin kau sudah buta mata, terhijab dengan ilusi.
Tapi mohon dengan sangat --- jangan buta mata hati.
[Sumber gambar] |
1 comment:
k.zara!sy dah lama xbkak blog akk.sibuk sgt.pepon sy tumpang lalu la ye....hehe :)
Post a Comment