Saturday, May 11, 2013

Perjalanan 30 : #16


Kadangkala dalam hidup, apa yang kita buat hanya mahu menggembirakan orang lain. Memuaskan hati orang lain walaupun kita terpaksa korbankan kepentingan diri sendiri. Menahan segala kesakitan demi memenuhi tuntutan tanggungjawab ---walaupun apa yang kita lakukan tidak mendapat tempat yang sepatutnya dalam hati manusia lain. Moga keikhlasan yang cuba dizahirkan mendapat keputusan lebih baik dalam cubaan yang sudah entah kali keberapa.

Selamat berjuang.
Menghadapi barisan manusia yang terus menongkat langit dan enggan mahu tumbang. Melihat manusia lain sebagai makhluk hina hanya disebabkan paras rupa - bagaikan mereka adalah Tuhan yang memegang nyawa dan menjadikan segala. Padahal Yang Maha Berkuasa tidak pernah membezakan hambaNya. Biarkan mereka tenggelam dengan keangkuhan dunia walaupun ternyata mereka sendiri datang dari ceruk entah mana dan datang menyabung nyawa - mencari rezeki di kota ternama.

Kalau itu menjadikan mereka angkuh hingga lupa diri, biarkan mereka dengan telatah mereka dan kita boleh senyum sendiri mengenangkan kelucuan makhluk sebegini. Biarkan mereka pergi. Biarkan mereka hadir disisi tetapi anggap sahaja mereka tidak membawa erti.

[Sumber gambar]



1 comment:

H A N said...

Yup... Itu lah namanya hidup... Hidup... Macam2 definisi kita bley bagi... Salah satunya tu lah, m'utamakan org lain...

Ye ye, m'utamakan org lain amalan mulia tapi bley jadi m'zalimi diri sendiri kalau diri sendiri asyik diketepikan... Bunyi mcm jahat, 'pentingkan diri sendiri' , tapi hakikatnya siapa2 pun mesti at least once dlm hidup, sedar atau tak, t'paksa mementingkan diri sendiri lbey dari org lain... T'utamanya dlm dunia sekarang bila org sekeliling kita hanya tau menuntut dari kita, nak 'take', tak nak 'give'...

Mata yg biasa2 cari paras rupa, mata yg luar biasa, cari hati ;)

hmm...wallahualam...