Tuesday, May 14, 2013

Perjalanan 30 : #19


Kesibukan menyebabkan aku rebah awal hampir setiap malam. Badan semakin lama semakin memberontak kerana selama ini aku tidak beri apa yang diinginkan. Ya, rehat. Sepanjang hampir empat tahun ini, aku tak pernah betul-betul memuaskan keinginan tubuh yang mendambakan satu keadaan tenang yang dipanggil rehat, tidur. Dan entah kenapa, setiap kali aku tidur --- aku bahkan akan terjaga dengan resah (tidak termasuk cuaca panas membahang) dengan pelbagai benda bersusun dalam kepala mahu diuruskan.

Gila.

Sudahlah badan semakin letih, menghadapi kehidupan juga menyebabkan tenaga aku diperah sehingga maksima. Cubaan memuaskan hati banyak pihak barangkali buat aku hampir gila. Gila dengan disini mahu dilayan dengan senyuman, yang disana juga mahu diberikan senyuman patuh menyelesaikan kerja. Barangkali aku patut tinggalkan semua benda dan cuma pergi selesaikan apa yang aku suka.

Sakit kepala.

Malangnya, aku tiada kekuatan untuk bangkit dan tinggalkan segalanya. Setiap benda yang diberikan kepada aku adalah amanah dan walaupun banyak benda boleh menaikkan amarah, aku perlu sedar bahawa aku perlu mengawal sedaya upaya. Bukankah sikap panas hati dan darah itu sudah banyak berubah? Peningkatan usia, perbezaan jawapan setiap kali aku berikan persoalan pada diri dan ya, aku lebih senang untuk duduk dan habiskan masa sendiri. 

Sumpah.

Banyak benda yang aku cuba langsaikan. Dan setiap daripadanya memerlukan pengorbanan. Tetapi dijauhkan dari kebodohan harapnya.

http://farm9.staticflickr.com/8250/8509487473_d09206ee75.jpg
[Sumber gambar]

2 comments:

takky said...

rase ye kak z kena booking 2 or 3 days just for rest...
pergi melawat ke tempat yang jauh dan tenang...
untuk rehatkan diri dan buat aktiviti yg boleh release tension....

Ms J said...

Mengerti perasaan itu. Terkadang terasa seperti pembulian secara terbuka telah belaku. Tanpa sedar juga tiap tugasan yang datang terus dilunaskan walau mulut terkumat kamit memberontak dalam diam. Tak tertanggung rasanya bila tugasan yang tiba berlapis-lapis mengalahkan kek lapis. Tertekan kan?

Ketawalah zara. Ketawa dengan mereka yang boleh ketawa bersama-sama. I can feel you.

Cuba cari masa untuk percutian pendek. Lupa semuanya seketika. Pergi. Jangan tidak.