Monday, May 13, 2013

Perjalanan 30 : #18


Bercakap sesuatu isu dengan orang yang memahami situasi kita seringkali menjadikan segalanya lebih baik dan tenang berbanding merungut dengan orang yang tidak mengerti apa-apa. Mereka yang tidak melalui benda yang serupa menjadikan kita akan termangu dengan reaksi yang diberikan. Apakah itu penyelesaian ataupun sekadar jawapan untuk memuaskan pertanyaan?

Begitulah barangkali yang sesetengah dari kita rasakan.
Meluahkan rasa sakit dengan sesuatu perkara dengan mereka yang lebih mengerti menjadikan beban itu bagaikan diangkat dari bahu. Mendendangkan rasa kelegaan apabila apa yang dirungutkan mendapat salah satu cadangan penyelesaian. Mana mungkin mahu digalas beban ke sana ke mari sehingga menyusahkan diri sendiri?

Kerana itu, manusia itu unik dan tersendiri.
Berhentilah dari mencari kesalahan mereka yang kau sendiri tidak ketahui hujung pangkalnya. Hanya berdasarkan pemerhatian dan rasa sakit hati kau yang entah apa-apa, kau menanamkan rasa benci kepada yang lain juga. Kalau itu membuatkan kau menerima penghormatan yang tinggi dalam usaha kau menjadikan diri kau dilihat oleh orang lain, dipersilakan. Setiap daripada manusia yang ada di dunia ini mengerti manusia lain yang wujud dan kekurangan kasih sayang.

Merampas orang lain bukan jalan penyelesaian.
Itu hanya menjadikan kehidupan kau lebih perit dari apa kau bayangkan.

http://farm9.staticflickr.com/8113/8642610209_c8c8c52db3.jpg
[Sumber gambar]



No comments: