Saturday, May 04, 2013

Perjalanan 30 : #09


Orang macam aku barangkali perlu diam sahaja - buat bisu dan tuli setiap kali ada yang tidak berpuas hati bersuara. Situasinya mungkin sama dengan menghadapi kawasan kejiranan yang penuh dengan anjing berkeliaran yang menyalak ataupun mengejar tidak tentu hala - lebih baik diam daripada pergi marah anjing tersebut tidak tahu hujung pangkal punca.

Benda yang dilakukan sekadar suka-suka, mengisi masa lapang tanpa melibatkan orang lain dan hanya untuk kepuasan diri sendiri ternyata boleh mengakibatkan ada yang rasa sakit dalam jiwa hingga mahu merobek nyawa orang lain. Nampak benar bahawa bila nafsu menguasai diri, akal menjadi pendek dan kaki tersadung mahu berlari. Orang begini dibiarkan sahaja kerana ada satu tahap nanti, mereka akan tepuk dahi dan kesal sendiri. Memilih pendekatan anjing menyalak bukit atau gunung, gunung tidak akan runtuh - maka berdiam diri adalah lebih baik daripada mengiyakan atau menyalahkan apa golongan sedemikian perkatakan.

Malam tadi hati sedikit terkilan.
Tapi disembuhkan serta merta dengan memikirkan apa yang telah mereka lakukan dalam hidup selama ini. Terkilan bagaimanapun, lihat sahaja bagaimana mereka menjaga aku hingga tahap aku sekarang ini. Berbanding dengan manusia-manusia lain yang bikin mereka kecil hati, bikin aku rabak sendiri - tetapi mereka tetap menggalakkan jalan yang aku pilih sendiri. Doa mereka, penuh keikhlasan membawa aku sehingga satu tahap aku hanya mampu tahan air mata daripada dihamburkan depan mereka.

Mereka istimewa.
Mereka nyawa.

[Sumber gambar]

No comments: