Tuesday, May 21, 2013

Perjalanan 30 : #26


Semalam aku belajar banyak benda baru. Benda yang sebelum ini tidak pernah aku jangka, aku buat dengan manusia yang aku letakkan kepercayaan untuk berkongsi banyak benda. Kerjasama yang wujud antara kami membuatkan aku sering tertanya-tanya, adakah kami memang tidak pernah hidup dalam suasana persahabatan semata-mata ataupun benang takdir membawa kami ke arah yang kami sendiri masih ketawa --- adakah itu jalan yang kami mahukan selamanya?

Itu semua suatu bentuk pelajaran.
Di mana kami memilih satu persinggahan untuk lari daripada apa yang diperjuangkan selama ini. Barangkali kami sudah letih pamer senyuman kepada mereka yang tidak mengerti ataupun kami memang menyampah dengan kenyataan bahawa kami hidup demi memuaskan hati orang lain.

Ha ha ha.
Kenyataannya kami sudah jumpa tempat di mana kami perlu rancangkan hidup lebih bahagia --- hidup lebih penuh kisah suka dan perjalanan yang hanya mahu penuh ketawa gembira. Lari dari kepenatan walaupun seketika cuma. Begitulah, kami masih anak-anak kecil yang mahu dipegang dan dimanja tapi kami gagal untuk tunjukkan itu semua. Tanggungjawab barangkali buatkan kami lebih bersikap terbuka, dan memilih untuk tinggalkan benda yang tidak menjanjikan gembira.

Hello Utara!

http://farm7.staticflickr.com/6152/6191433473_596982412f.jpg
[Sumber gambar]


1 comment:

reenapple said...

Eh.. kat utara? Mohon jenguk saya. Ehhh. :D

# Hidup ini suatu bentuk peljaran