Wednesday, May 08, 2013

Perjalanan 30 : #13


The most painful goodbyes are the ones that are never said, or never explained.

Satu benda yang paling menyampah dalam hidup ini bila ada orang terus menerus mahu menipu walaupun ternyata sudah terbuka tembelang penipuannya banyak kali. Lebih menyakitkan walaupun kau sudah tahu apa yang berlaku dan cuba untuk bertanyakan --- masing2 akan tetap menyatakan perkara yang mereka konon cuba selindungkan.

Tak bolehkah jika teruskan kehidupan bagaikan tiada apa yang menemukan benang takdir suatu ketika dahulu?

Biarkan segalanya berlalu tanpa perlu menyentuh luka paling dalam yang pernah ditinggalkan. Konsep siapa yang menyebabkan cedera dan hanya dia juga menyembuhkan tidak boleh digunakan dalam semua situasi.

Oh ya.
Lagu "When I Was Your Man" - Bruno Mars, yang diminta untuk didengari itu sudah biasa berkumandang di radio. Terlalu biasa dan entah bagaimana jelak dengan itu semua. Sebagai balasan, difikirkan bahawa lagu Unfaithful oleh Rihanna adalah sesuai untuk ditujukan balik. Tetapi, lagu "Irreplaceable" oleh Beyonce lagi tepat barangkali.

Teruskan kehidupan penuh penipuan dan cukuplah dengan ayat bahawa "janji tak mahu buat lagi"

Apa tidak cukup lagi membunuh dalam diam lebih dari sembilan satu satu hari?

Jika menipu menjadikan hidup kekal bahagia dan sempurna, teruskan sahaja. Tiada yang menghalang dan tiada yang menggalakkan.


Dan air mata yang kononnya tumpah setiap malam itu adalah sebenarnya ketawa yang kau cuba tahan akibat melihat kebodohan mereka yang kau permainkan.

(tepuk tangan)

Catatan :
Ini dituliskan untuk seorang teman dengan ucapan --- kau tidak keseorangan dalam melalui ini semua.

[Sumber gambar]

2 comments:

takky said...

tetibe rasa yg entri nie cakap pasal politik...
harap maap law salah tekaan saya....

reenapple said...

ah,, aku rasa macam ada orang sedang pujuk aku bila baca ini. :)