Tuesday, May 07, 2013

Perjalanan 30 : #12


Mengenangkan apa yang telah banyak dikorbankan demi senyuman semua orang yang tidak pernah berputus asa --- kadangkala kita sendiri akan terpanggil untuk kuat. Walaupun bukan untuk diri sendiri, tetapi menyembunyikan kesakitan demi lihat tiada muka yang memandang penuh simpati, kita sanggup buat apa sahaja.

Begitulah.
Putus asa jangan sesekali wujud dalam diri. Betapa kuat cabaran dan dugaan --- teruskan senyuman, teruskan kehidupan seperti biasa dan layankan pertanyaan orang dengan baik. Kalau ada mereka yang terus menerus menguji kesabaran tanpa henti tanpa mereka sedari, mungkin kau boleh menegur mereka secara baik dengan ayat lebih kurang begini :

"Terima kasih atas layanan baik tempoh hari. Hanya Yang Maha Berkuasa boleh membalas segala budi."

Walaupun kedengaran sedikit sarkastik tetapi selagi mampu diluahkan kemarahan tanpa disimpan, dipendam hingga menanah hati --- luahkan dengan cara baik dan berhemah. Jangan pernah dilayan kebencian dan kemarahan orang dengan perasaan amarah juga. Satu yang perlu diingat bahawa, jangan menjatuhkan tahap sehingga rendah seperti mereka yang menggunakan kebencian dan hinaan demi meningkatkan keyakinan diri.

Biarkan.
Teruskan senyuman.
Kalau mereka mati, hadiri sahaja perkebumian.

http://farm6.staticflickr.com/5165/5282031955_4d91ef4f2f.jpg
[Sumber gambar]

1 comment:

Angah said...

kalaulah hati boleh sekuat itu!