Sejak aku berhenti daripada cari tempat berlindung yang boleh dipanggil rumah atas alasan tertentu (tetapi aku memang ucapkan terima kasih yang banyak membantu) --- disamping ada perubahan dalam perancangan dengan aku menolak beberapa peluang atas sebab kedudukan yang mungkin berlainan dan kestabilan diri sendiri dalam beberapa bulan mendatang, aku mula mencari tempat aku boleh melarikan diri dari kesibukan hidup aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bulan lepas aku ada ke Cameron Highlands, tetapi memandangkan aku pergi bersama satu bas anak-anak remaja yang sepanjang perjalanan pergi dan balik mengeluarkan pelbagai bunyi serta bau (akibat muntah dan sebagainya), aku tidak merasakan percutian sebenarnya. lebih kepada kerja. Ha ha ha. Macam aku pergi ke Penang, Kelantan dan Terengganu sebelum ini --- bukan percutian seperti orang lain fikirkan. Memang aku bekerja. Aku sendiri merasakan setiap kali ada anak pelajar bersama aku bila aku ke mana-mana, itu adalah satu amanah, satu tanggungjawab dan dalam erti kata lain, aku sedang KERJA.
Ha ha ha.
Dan aku memang lupa diri setiap kali aku kerja. Percutian yang boleh dikira bercuti mungkin perjalanan ke Surabaya pada tahun lepas. Itupun bersama kawan-kawan sekerja dan ditemani Puan Mulia, makanya aku berperangai baik dan senonoh. Kalau tak, mungkin aku dah ditemui dalam "Koran-koran" di sana. Dipukul Puan Mulia supaya well-behave. Ha ha ha.
Semalam aku berbual dengan seseorang yang aku panggil adik. Ada beberapa tempat aku cari untuk menghabiskan masa untuk lari (?) dan mungkin bekerja kalau aku bosan dan kebetulan, tempat yang terkenal dengan tasik menenangkan itu berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Sesudah berbual dan bertanyakan serba sedikit tentang kawasan tersebut, dia bertanyakan perasaan aku yang mungkin diketahui sedikit serabai ini --- yang tiba-tiba mahu pergi ke kawasan tersebut yang tenang dan sunyi.
Dia : Macam mana perasaan kakak?Aku : Perasaannya boleh bangun pagi nampak muka budak yg selalu hantar mesej "morning". Nak bangun pagi dengar suara plak.Dia : Amboi.Aku : Ha ha ha.
Aku cuma perlukan tempat untuk lari.
Jauh dari kesibukan sejak aku mula kenal diri.
[Sumber gambar] |
3 comments:
just nk taye je...
kalau mintak kt skola utk tuka tempat mengajar...
agak2 skola baru 2 ade bagi tmpat penginapan skali x?
Biasanya tak :)
Pergilah lari. Kita memang perlu self reward dan lari kemana saja yang mampu. Tak mampu terbang, bergolek saja pun takpe. Apa guna duit berkepuk tapi jiwa keronyok. Selamat bercuti!
Post a Comment