Friday, November 05, 2010

Warkah Panas Dari Dapur Buat Bakal Ibu Mertua


Buat bakal ibu mertua.
Tidak kira siapa anda, ini cuma warkah panas dan pantas dari dapur bakal menantu.
Ibu kepada siapa, aku sendiri kurang pasti.
Senyum.

http://www.gundammodelkits.com/wp-content/uploads/2010/08/100-Days-Danbo-Photo-Project-Gallery-By-Hartanta-Part-4-02.jpg
[Gambar : Ini dapur]

Bakal ibu mertua, izinkan saya menggelar kamu sebagai makcik. Bukan apa, belum menjadi menantu secara rasmi, saya rasa agak kekok untuk memanggil ibu atau emak atau Bonda atau Umi atau apa sahaja. Biarlah saya panggil sebagai makcik sahaja, boleh?

Salam, cium tangan.
Maaf kalau tangan bau ikan atau sotong, saya baru keluar dari dapur. Menyediakan masakan untuk keluarga saya sendiri. Bukan saya tiada niat mahu menghantar ke rumah makcik, tapi saya sendiri tidak tahu siapa gerangan makcik ini. Betul. Bukankah saya sudah katakan ini warkah terbuka?

Rancangan masakan.
Makcik, pasti ada rancangan masakan yang makcik suka tonton bukan? Kalau bakal suami saya menyatakan saya gemar menonton rancangan masakan Dapur Neraka (baca : Hell's Kitchen), makcik janganlah risau. Itu bukan bermaksud saya masak sehingga terbakar dapur atau sebagainya. Itu sebagai penambah pengetahuan saya sahaja.

Makcik juga tidak perlu bimbang saya akan mencarut atau menyumpah seperti Gordon Ramsay kerana saya tidak akan melakukannya secara terang-terangan (dalam hati siapalah tahu kan?). Lagi pula makcik, saya memang masak secara senyap sahaja di dapur, memandangkan kalau bercakap, mungkin air liur akan tersembur di dalam masakan. Bahaya kan makcik?

Masakan kegemaran.
Makcik, saya memang gemar belajar memasak. Sedikit pengetahuan baru adalah amatlah bermakna bagi saya. Sebagai contoh, kalau anak makcik suka makan kari ayam dengan campuran kentang, lobak, terung (terung dalam kari ayam?), atau juga kekacang, saya akan belajar masak sehingga menepati piawai yang ditetapkan.

Tapi makcik, tidaklah saya sampai ke rumah makcik untuk belajar. Saya lebih suka belajar dengan Bonda saya sendiri. Bolehkan? Makcik beritahu sahaja caranya, saya akan belajar. Oh, mungkin juga makcik boleh buat video bagaimana untuk masak masakan kegemaran bakal suami merangkap anak makcik dan juga makanan kegemaran makcik. Bukan apa, cara menambat hati manusia adalah melalui perut mereka kan?

Itu saya hentam makcik. Saya sendiri kurang pasti.
Ketawa tutup mulut.
Eh, makcik suka makan siput sedut?

http://farm3.static.flickr.com/2733/4041969056_088c182339.jpg
[Gambar : Susun gula-gula?]

Makcik, jangan makan banyak sangat gula.
Nanti kena kencing manis.

Mengemas dapur sambil masak.
Itu kegemaran saya makcik. Bukan apa, saya memang bukan manusia yang boleh buat satu kerja sahaja dalam satu masa. Kadangkala sambil masak, saya boleh basuh baju sambil tekan telefon genggam. Hebat bukan? Bukankah makcik mencari bakal menantu yang serba boleh?

Jadi kalau saya sedang masak di dapur, makcik janganlah memerhatikan saya dari sebalik pintu ataupun berada di belakang saya dengan papan markah. Penggunaan CCTV di dapur adalah tidak digalakkan sama sekali. Manalah tahu saya sedang buat panggilan video dengan anak makcik, merangkap bakal suami yang saya sendiri tidak berapa pasti siapa gerangannya itu.

Bolehkan makcik?

Bakal ibu mertua.
Walau siapa pun makcik, saya cuma harap yang makcik dapat menerima saya seadanya. Mungkin saya tidak memakai apron di dapur, tapi ketahuilah, saya mengajar bahagian masakan di sekolah dengan siap memakai tudung belit-belit macam Yuna.

Sekian.
Bakal menantu yang baru lepas masak asam pedas ikan pari.

Nota Kaki :
1. Tiba-tiba rasa mahu menulis ini sewaktu di dapur tadi. Senyum.
2. Tidak akan berada di hadapan komputer sehingga esok disebabkan perlu menghantar makcik menunaikan fardhu Haji. Aku akan berada di sekitar kawasan Keramat dari petang ini sehingga esok (mungkin). Sebarang makluman, adalah menerusi Twitter dan Mukabuku aku.


Jalan Enggang Timur 9.

Zara : Maaf di atas sebarang kesulitan ya? Aku akan berusaha untuk menulis jika punya kesempatan nanti. Jaga diri kalian semua.

18 comments:

ceksumolek's said...

idea untuk menulis tak kira di mana kita berada kan sis? :)

syarifah radiah ibrahim said...

haha
tak terfikir la pulak ada orang nak buat surat untuk bakal ibu mertua
selalunya untuk bakal suami/isteri

yup !
berharap moga bakal ibu mertua dapat terima seadanya

haha !

Paan Ovrtd said...

Hahahaha! Sambil masak sambil update blog ke kak?

Err...kacang dalam kari ayam pun macam pelik juga. Tak tahulah selera orang Johor pulak ke kan... :)

Puan Ninie said...

hehehhee
anta mak cik g haji sayang??

kalau datang sampai kompleks haji kelana jaya

calling me ok!!
:)

suffer8zine said...

hehe dapur pun ngam :P

Terkini : Katak makan tikus

Amni said...

ada2 je ko ni... t depan mak mertua betul2, terkedu..=P

apezs shah said...

Hehe kureng kenal mak mertua kemudian, dtg idea nak memasak segalalah.. nice..;)

Nana S. said...

comel je entry ni ;)

Kniedaz said...

siapalah bakal ibu mertuamu itu zara?

whitelilies island said...

suka la tgk gmbr2 yg zara letak.. mana zara jumpa gmbr2 tu?

Atiqah said...

terbaeekkk

amare amor said...

yoo hell's kitchenn

amare amor said...

yoo hell's kitchenn

nurayunni said...

bgus2..isteri yg solehah..

PuanPepel said...

makcik..
saya suka makan.
takpekan makck..saya tak guna duit..saya guna duit anak makcik je.

Adam 'Amar said...

OMG! love this!

nabilpotter said...

makcik suka chef two..heheh..ting tang ting tang alxender..

Latifah said...

=)
surat untuk bakal mak mertua?
TERBAIK!

masak asam pedas ikan pari???
nyum nyum... sedapnya...
semalam pun Latifah masak asam pedas...
;)