Friday, November 26, 2010

Hanya Matematik Tambahan SPM Yang Tidak Mengkhianati Perut Aku Semasa Menjawab Peperiksaan Percubaan : Soalan Latihan Menepati Ramalan


Salam semua.
Bertemu dalam edisi bercorak peperiksaan sempena kedatangan SPM 2010. Oh, aku tersenyum girang apabila ada bekas murid yang masih mengingati aku dan kebetulan membaca blog ini. Disebabkan kalian adalah bekas murid, maka tidaklah aku segan sangat. Lebih-lebih lagi kalian mengenali aku pada tahun 2007, sewaktu menjadi guru praktikal. Senyum.

Berkaitan dengan cara menjawab soalan Matematik SPM yang aku kongsi semalam, aku menerima beberapa cadangan dan perkongsian ilmu juga. Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Ada juga yang bertanyakan, bagaimana mereka melalui peperiksaan tersebut. Terima kasih. Beliau yang beku ini sangat terharu (Ya adik-adik, walaupun kak ini tidak terkenal, beliau masih ada perasaan lagi).

Tinggalkan sebentar tentang peperiksaan sebenar SPM, aku teringat bagaimana aku melalui peperiksaan percubaan SPM yang menjadi titik tolak kenapa aku perlu berusaha dengan gigih dalam mencapai apa yang aku mahukan dalam hidup ketika itu.
  • Dalam bilik aku ada poster besar UTM, yang dihasilkan oleh kartunis Lat. Poster itu lebih banyak berkisarkan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di UTM dan dari situlah aku sudah memasang impian, aku mahu belajar di sana.
  • Semasa peperiksaan percubaan, setiap kertas yang aku ambil, aku terpaksa habiskan secepat mungkin disebabkan mengalami sakit perut yang teramat sangat. Gila kan? Orang lain bertungkus lumus dalam dewan, aku pula bertungkus lumus membuang di dalam tandas. 
  • Cuma kertas Matematik Tambahan sahaja yang aku tidak sempat keluar dewan untuk buang air besar. Ketawa. Gila ke? Mana sempat nak bernafas, apatah lagi nak membuang yang ambil masa lama? Sengsara!
http://farm3.static.flickr.com/2743/4464370637_97327aeec5.jpg
[Gambar : Kertas tandas pun boleh menangis bila setiap kertas yang aku lalui harus masuk ke tandas. Kecuali Matematik Tambahan 1 dan Matematik Tambahan 2 sahaja yang tak sempat]

  • Selain itu, semasa menjawab soalan Matematik Tambahan, kepala aku berdengung dan sentiasa terngiang lagu Daniel Bedingfield sebab malam sebelumnya aku mengulangkaji sambil dengar lagu itu. Sumpah, sangat menganggu tumpuan. Sejak dari itu, kalau aku mahu mendengar lagu sekalipun, aku akan dengar lagu yang aku tidak boleh menyanyi bersama-sama.
 http://farm2.static.flickr.com/1360/5102711887_ace67829d1.jpg
 [Gambar : Aku perlukan muzik semasa buat latihan Matematik untuk kekal berjaga dan fokus. Lagu-lagu pilihan aku sejak peristiwa tersebut adalah lagu-lagu yang aku tidak akan terikut-ikut liriknya. Contohnya, lagu Jepun, Korea, Mandarin, Latin]

  • Soalan percubaan Matematik Tambahan aku hampir serupa dengan latihan yang aku buat di kelas tambahan luar. Memang seronok yang amat ketika itu disebabkan di kelas tambahan, kami diasak dengan soalan yang menimbun serta jalan kerja ringkas tetapi mendapat jawapan tepat. Tujuh orang daripada kami yang pergi ke kelas tambahan yang sama tersengih semasa keluar.
  • Aku dapat anugerah Tokoh Maulidur Rasul (kategori Pelajar Harapan Sekolah). Aku hampir pulangkan semula anugerah itu kepada sekolah disebabkan oleh mulut cabul seorang kawan sekelas yang menyatakan "apa guna dapat anugerah itu kalau tak dapat keputusan baik?". Alhasilnya, dia telan balik kata-kata dia sebab aku dapat keputusan lebih baik dari dia. (sambil jeling-jeling angkat kening)
  • Disebabkan dulu kita gunakan keputusan percubaan untuk memohon masuk ke matrikulasi, aku cuba untuk minta tambahan 2 markah lagi pada cikgu Matematik Tambahan demi memastikan aku dapat A2. Tapi jawapan beliau membuatkan aku berputus asa.
Aku : Cikgu, nak tambah markah lagi 2 boleh?
Cikgu : Kenapa?
Aku : Sebab saya nak mohon matrikulasi. Jadi, kalau boleh dapat A2 untuk mata pelajaran ini, baik juga.
Cikgu : Kalau awak berani sebut lagi sekali minta markah, saya potong 5 markah. Boleh?
Aku : Oh, jangan. Terima kasih cikgu.

Sumpah.
Terus insaf.
Itulah cikgu yang kenalkan aku dengan erti kesusahan yang amat dahsyat. Kerja sekolah serta latihan yang diberikan selalunya akan buat aku mengalirkan air mata dan menunggu dengan tidak sabar ke kelas tambahan disebabkan soalan-soalan yang sukar. Guru kelas tambahan aku sekalipun pernah terkejut dengan soalan yang dikemukakan. Dia kata tahap universiti.

Kerana Matematik Tambahan jugalah, aku pernah sembunyikan soalan latihan di dalam baju dan berlari mencari guru Matematik lain di bilik guru disebabkan tidak mahu berdiri di atas kerusi. Apa kau gila kena berdiri atas kerusi makmal yang bulat itu? Ya, bangku makmal. Hukuman dia mula-mula berdiri, lepas berdiri tepi kerusi, pusingan kedua akan berdiri atas bangku, akhir sekali berdiri atas meja. Pitam.

http://farm5.static.flickr.com/4139/4928020792_164ae85f68_z.jpg
[Gambar : Aku bagi alasan kononnya mahu ke tandas, tapi aku ke bilik guru bagi mencari guru lain untuk menyelesaikan soalan tersebut. Bila pusingan kedua masuk, aku cepat-cepat angkat tangan untuk jawab soalan. Ha ha ha]

Memang sukar.
Tapi bila peperiksaan SPM sebenar muncul, kami boleh ketawa tengok soalan.
Gila kan?

Baiklah.
Itu serba sedikit apa yang boleh dikongsi dengan kalian semua.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Perubahan hormon aku nampaknya sangat mendadak selepas kursus renang tempoh hari. Kitaran sudah menjadi tidak sekata. 
2. Sudah selesai masak untuk juadah keluarga.
3. Mengalami keletihan terlampau yang membuatkan aku sering tertidur di depan Sean. Alahai.

Zara : Benar kata orang. Sepuluh saat pertama adalah detik di mana kita menilai yang terbaik untuk terus kekal menikmati perjalanan seterusnya. Kalaupun perjalan selepas itu kurang menarik atau tidak memberangsangkan, sekurang-kurangnya kita akan mengingati detik sepuluh saat yang menggembirakan.

15 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

oh add math..
time spm dapat A
x sangke..

trial, test ke, sume failed..
hampeh..
xD

Anonymous said...

GILE HEBAT kak zara! saye tak pernah pun nak dapat A kot untuk add math tu . bile bace entry kak zara ni teringat balik zaman sekolah tu. saye dulu sbp. tau la sbp camne kan. saye rase dapat masuk sane tu macam nasib je. sebab adik saye yang sekolah harian biase pun dulunye tidak bape cekap matematik dari darjah 6 waktu spm ADD MATH mmg sangat power. rase down gile kot lebih2 lagi bile add math die dapat B3 waktu spm. saye tak ingat dah dapat bape tapi for sure tak fail la.

tahniah lagi sekali kak zara!


*tepuk tangan kuat2 semue*

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Eazy :

Woot!
Hebatlah kamu!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Anon (Lagi suka kalau kamu letak nama) :)

Kak Zara tak hebat.
Itu usaha cikgu dulu.
Kalau bukan sebab cikgu tu dan cabaran kawan, mungkin Kak Zara bukan siapa Kak Zara hari ini.

Aliesha Kirana said...

bangga dengan kesungguhan kamu... AK mmg kurang cekap dlm math, apatah lg add math.. hhehehe... tp math moden ok, add math yg kureng... sakit kepala bila fikir math.. gila!

Artzlizan said...

susah-susah dahulu...senang2 kemudian..

Paan Ovrtd said...

Cikgu add math saya lawa. Tapi sayangnya bini orang...haish...

Hazzy Ishak said...

saya tak suka math, suka saja tiru kawan kalau keje sekolah tak siap. HAHA

De' Nurul said...

matematik pun aku tercungap cungap. lagi nak tambahan tambahan-tambahan. memang tak lah jawapan dia.

noorafzan.blogspot.com said...

alaa..SPM add math tak score ..
dapat B4 je..

noorafzan said...

lupa lak..
ZARA, I change my blog to wordpress own domain.
exchange link tukar boleh tak kepada

http://www.noorafzan.com/

thanks in advance ye =)

hans said...

matematik moden aku no hal
tapi add math memang menakutkan
kertas pertama aku xjawab apa2 sampai habis weih
hahahaha
aku ingat dah fail
nasib lulus
maybe sebab kerta dua aku score

P/S : Aarif Rahman @ Aarif Lee :- Bruce Lee My Brother

akie said...

btol2.. time nak exam sebenar rase senang je boley dpt 100.. hahaha

ujian tgh tahun form 5 bru start dapat merase dpt A untuk add math.. biar lambat asalkan dapat.. XD

tips, g blaja kt budak paling power dlm kelas.. usha ketas exam diorg cmne diorg jawab boley dpt markah tinggi.. huhu

Hunny said...

Math pun dah ketar lutut, apa lagi nak jawab add math... hmmm... tokasah mimpi! sebab tu amik law....:P

takky said...

add math mmg menakutkan...
disebabkan nak faham sgt...
sangup tukar tmpat duduk ke depan...
sebab nk concentrate puye psal...
last2....
huh, hampeh jugak...
sedey2...