Wednesday, November 24, 2010

Bila Sahabat-Pijak-Kepala Sudah Tidak Dapat Ditemui Walaupun Separuh Gila Aku Mencari.


Aku kalau boleh nak tampal satu papan iklan.
Cari sahabat-pijak-kepala aku.
Nak buat pengumuman dalam televisyen sebab nak cari dia punya pasal.
Atau, aku letak di laman sesawang Ubuntu - khusus satu ruangan khas untuk dia.
Semata-mata nak cari sahabat-pijak-kepala.

Aku memang benci kalau aku telefon sesiapa, suara perempuan gedik yang jawab.
Perempuan pisau cukur itulah.
Gedik ayat dia.
"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba selepas ini"
Bangang!
Memang pisau cukur.
(Ludah)

 
 [Gambar : Emosi aku adalah sangat tidak stabil bila komputer riba meragam]

Busuk!
Mana kau pergi?
Selalu sangat kau hilangkan diri.
Sudahlah aku telefon, tidak berjawab.
Aku hantar surat elektronik juga tidak berhasil.
Mahu Skype, ada masalah dengan komputer aku.
(Menyumpah!)

Telefon berbunyi. Pantas tangan mencapainya. Bukan Busuk, sahabat yang aku tunggu.

Kawan : Aku dah dapat sekolah.
Aku : Baguslah.
Kawan : Kenapa suara kau lesu?
Aku : Otak aku lagi beku.
Kawan : Kenapa? Kereta rosak?
Aku : Bukan.
Kawan : Habis tu?
Aku : Komputer aku tiba-tiba meragam.
Kawan : Habislah. Kau umpama bom jangka ni.
Aku : Tahu takpe. Aku nak berak.
Kawan : (ketawa) Sebab itu kau tak boleh marah-marah.
Aku : (ketawa)

http://img404.imageshack.us/img404/5461/97355059.jpg
[Gambar : Tolong, rasaksa mengamuk!]

Sudah.
Itu sahaja.
Aku masih tabah menunggu sahabat aku.
Sahabat terbaik aku.

Nota Kaki :
1. Sekarang aku dah tidak peduli sama ada budak rambut lawa muncul atau tidak. Pesanan ringkas tidak berjawab, pesanan YM dan Skype tidak berjawab, begitu juga Mukabuku. Baiklah. Aku tidak akan menunggu lagi (aku rasalah)
2. Disebabkan ada sesuatu yang pelik berlaku bila aku cuba menggunakan Skype, YM dan juga TweetDeck, maka aku tidak akan dapat dihubungi menggunakan tiga aplikasi itu. Yang lain boleh.
3. Penat. Diri aku penuh kemarahan.

Zara : Sudah 3 tahun Sean menjalankan khidmatnya pada aku. Tidak. Aku masih mahu mempertahankan dia kekal di sisi aku. Tetap.

6 comments:

suffer8zine said...

jgn marah2 okess

Terkini : Wanita Paling Rendah Di Dunia

madiha said...

kawan..kwan..macam2 jenis kan?penat jugak kdg2..

takky said...

cepat2 bwk dye jumpe doc komp....
bahye law dibiarkan terlalu lame...

Unknown said...

aku sepertimu jua...hilang org yg tersayang..tetiba GHAIB..!!aku sudah penat mencarinya..sudah penat menunggu (aku rasalah ) :(

Unknown said...

aku sepertimu jua...hilang org yg tersayang..tetiba GHAIB..!!aku sudah penat mencarinya..sudah penat menunggu (aku rasalah ) :(

lavidalabelle said...

marahnya zara. sila makan cupcakes ulat bulu xD


Sean demam ye. kesian. mungkin perlu servis :)