Aku tahu, menulis itu adalah satu tanggungjawab.
Tersentak bila mana sejak kebelakangan ini sudah ramai yang menggunakan satu demi satu corak penyampaian aku. Tidak mengapa aku rasa, memartabatkan bahasa.
Senyum kelat.
Dan ya, mengenai perkara yang sama, aku teringat sewaktu di temuduga untuk menjawat jawatan ini. Ada soalan yang ditanya oleh penemuduga, berkaitan dengan blog.
Penemuduga : Kerjaya guru ini boleh memberikan tekanan. Bagaimana awak mengatasinya?
Aku : Macam-macam. Saya menulis blog sebagai contoh.
Penemuduga : Oh, menulis blog juga. Bagaimana awak melihat penulisan blog dengan ada yang mencemarkan institusi diraja dan sebagainya?
Aku : Saya percaya pada nilai integriti.
Penemuduga : Oh, begitu. Integriti bagaimana?
Aku : (memberikan penerangan jelas - aku dulu seorang Sekreteriat Pencegahan Rasuah)
Aku Meniru Penulisan Orang?
Gila!
Ini tuduhan yang sama sekali tidak berasas. Sedihnya aku bila ada beberapa orang pembaca yang bertanya dengan aku, apakah aku meniru penulisan dan gaya seorang penulis blog lain. Kebetulan juga dia seorang guru dan juga memiliki identiti yang sama dengan aku.
1 - Gambar Kotak Penuh Ceria.
Aku menggunakan gambar kotak-kotak yang comel disebabkan aku berkisah dan bercerita tentang benda berkaitan. Baiklah, kan ramai orang benci aku letak gambar aku sendiri dengan alasan, "Zara, kau tak cantik". Maka disebabkan itulah, aku menggunakan gambar hasil carian di Internet sebagai gambar hiasan.
Bezanya aku dengan penulis itu (dan beberapa orang lagi yang menggunakan gambar tersebut) adalah meletakkan pautan penghargaan daripada mana gambar itu diambil. Ingat, kalian dikira meminjam sahaja gambar itu dari tuan empunya, bukan mengambil menjadi hak sendiri.
[Gambar : Keliru. Mana mungkin boleh serupa dan sama?]
2. Tajuk panjang dan beberapa tajuk adalah sama dengan penulisan aku.
Senyum.
Aku ingat lagi aku pernah ditegur oleh seorang penulis blog disebabkan tajuk aku yang panjang dan itu telah dijadikan identiti buat beberapa penulis. Ketawa.
[Gambar : Kalau tajuk panjang, itu biasanya dari blog Dunia Sebelah Zara]
Sekejap.
Adakah kau tahu betapa payah mahu memikirkan tajuk?
Dan ya, aku fikir tajuk baru aku tulis isi blog aku, maka tolonglah, jangan main suka hati menceduk buah fikiran orang lain. Nanti kalau ada orang ceduk buah kau macam mana? Eh?
3. Gaya penulisan dan dialog serupa.
Baiklah, mungkin bukan aku seorang yang ada kawan nama Sakura.
Bukan karya aku seorang yang ada nama Sakura Tuhfah.
Abang Azrul Hisham pun ada Sakura juga.
Lantas aku dengan laju menghubungi Sakura, kawan aku.
[Gambar : Anggaplah aku sedang mengadu pada Sakura. Ya, aku kotak. Eh?]
Sakura : Ada orang tiru gaya penulisan kau?
Aku : Ya.
Sakura : Mari aku lihat pautan.
Aku : Baik. Kau nilai sendiri.
Setelah beberapa minit.
Sakura : Gila! Macam blog pendua kau.
Aku : Kan?
Sakura : Mana dapat tahu?
Aku : Ada orang beritahu di Borang Spring aku.
Sakura : Lawaknya gaya dia. Dia mula gunakan kotak sejak akhir-akhir ini juga. Tajuk pun hampir sama dengan kau.
Aku : Itulah pasal.
Sakura : Ajaibnya! Dia penulis cerpen bersiri juga!
Aku : Kau nak dengar aku mula meracau ke apa?
Sakura : (ketawa) Warna blog, penerangan profil diri, siap ada halaman peminat sendiri.
Aku : Aku bengang sebenarnya.
Sakura : Ada satu gaya kau yang kau dah tinggalkan, tapi dia masih buat.
Aku : Yang mana?
Sakura : Kau dulu menulis sentiasa di tengah. Sekarang kau dah buat cantik macam buku nota.
Aku : Oh, Tok Rimau tegur aku dulu.
Sakura : Itu yang menjadikan kau lain dari dia walaupun dia meniru hampir semua gaya kau. Kau menulis dengan cara kau yang unik sampai orang boleh kesan itu gaya kau.
Aku : Terima kasih.
Sakura : Tak mahu sedih.
Aku : Nak menangis di hujung katil.
Sakura : Peluk bantal dan henjut-henjut bahu sekali.
Aku : Cet!
Bila kita bercakap tentang gaya, ada beberapa gaya penulisan penulis lain yang aku dengan sekali imbas tahu hasil tulisan siapa. Yang sarkastik, yang meniru gaya orang lain, yang bercita-cita mahu menjadi terkenal daripada orang terkenal yang mereka tiru (lukisan di blog contohnya).
Bila marah rasa nak buang air besar.
Sebab itu aku jarang marah orang. Nanti aku akan buang segala kemarahan aku dalam bentuk begitu. Susah tau?
[Gambar : Walaupun tinggi, akan tetap ku panjat demi melepaskan hajat]
Mungkin gaya kita serupa.
Mungkinlah.
Mungkin kerjaya kita serupa.
Ya, mungkinlah.
Mungkin tak sengaja guna gambar kotak-kotak.
Ya, mungkinlah. Benda tu bersepah di Internet.
Mungkin tak sengaja pautan semuanya serupa.
Mungkin (geleng-geleng kepala).
Sudahlah awak.
Biarkan sahaja. Pembaca aku lebih kenal siapa Zara.
Pembaca lebih kenal Dunia Sebelah Zara.
Senyum.
Tiada manusia yang boleh serupa segalanya.
Dan aku tahu, walauapapun, terserah.
Aku menulis bukan mencari nama ataupun musuh.
Aku menulis kerana ianya suatu terapi.
Itu sahaja.
Nota Kaki :
1. Perjalanan hari ini bermula dari rumah - sekolah sendiri - sekolah lain (untuk taklimat dan mesyuarat) - mesin pengeluaran wang - pasar raya (pewangi bilik) - pusat servis Perodua - rumah.
2. Terima kasih yang memberitahu aku wujudnya manusia begitu. Aku cuba untuk biarkan sahaja.
3. Esok sudah mula cuti untuk Aidiladha.
Zara : Ketawa lepas apabila petugas di pusat servis memberitahu aku yang budak sekolah tidak dibenarkan menghantar kereta. Aku katakan pada dia yang aku seorang guru sekolah, bukan muridnya. Alahai. Dipanggil adik pula.
37 comments:
siapa yg da ikut zara dr awal, mesti kenal zara.
dr 1st entry smpai skng, gaya penulisan sama
keep it up girl :')
xoxo!
tapi blog anda indah.dan saya suka! :)
jangan risau cik zara :)
mesti ada jugak yang lain dalam persamaan tu! ^_^
haha,untungnya orang still tengok penampilan cik zara macam student skolah!awet muda gitu! :)
Nasib baik mtakdak org mniru gaya tulisan aku yg mcm hampeh ni..
hahahha..
perasaan!!
abaikan je.. mulut manusia mmg cm tu.. sbnrnya tiada hak cipta ilmu dari Tuhan nie.. ilmu klu diamalkan bru jd bermanfaat.. aku kira dah lari tajuk nie.. hahaha.. tp tol la,, byk yg sama tp bkn tiru pun.. nk wat cm ne dh style dorng sama.. tu la indahnya ciptaan Tuhan.. berkongsi cara n minat yg sme.. kn suwittt.. npe perlu timbulkn isu spe tiru spe.. just anggap dorang dikurniakn kesamaan.. tu je..
I tiru your style pasal caption bawah gambar.
hehe.
zami da tengok blog dia.
masa awal2 dulu, dia tak tulis mcm sekarang ni.
hurm.
nampaklah gaya dia meniru.
takpe zara.
bila ada yang mengikut cikgu zara, tu bermaksud cikgu zara telah memberikan impak yg bukan sedikit dalam dunia blog.
XD
"Zara, kau tak cantik"
suka2 je ckp org tak cantik.
http://cik-mimidyana.blogspot.com/2010/11/imperfection-is-beautiful.html
setiap org ada gaya. pasti ada beza. peminat tetap setia! (",)
Salam,
alahai siannye, takpelah sabar..tu maknannya dia nak jadikan zara tu sebagai idolanya :)
hem..blog sapa ye? akak nie ketinggalan sikit...ehehe
btw nice pic kotak tu..suke sgt :)
www.yanmieonline.com
cuma ada satu Dunia Sebelah Zara kt dunia ni n thats her identity. gaya penulisan bersahaja *ketawa, menjadi identiti anda walaupun Archie (baca: Izulman) pnh tiru sikit2x hahaha
no worries zara, mcm kan yanmie ckap, it shows someone really adores yr works. copycat sentiasa gagal zara ;)
namo sedey-sedey yang.. belog zara tetap belog zara sampai bila-bila.. peniru adalah... LOSER..
aku byk je tiru kau. x kecoh pon. hahaha
alya bawu ag lam dunie blogging nie tapi dr 1st week blogging da kenal k.zara. seyes minat ngan care penulisan k.zara.kagum. no wonder la lau de org nak jd cam k.zara :-)
Archie's right. That means there are people who adore your way of writing. No need to worry. Make friends with them.
Lainla kalau she claimed that you copy HER style. Tak salah rasanya. :)
tak nah jumpa lagi copycat zara.
semalam baru minta izin kat zara nak pinjam gambar kotak² tu... tapi hari niE ada isu pula... jadi tak mahu gunakan gambar itu takut di katakan meniru pula...
i only know 2 zara.. 1 is you, and the other one is the baju outlet :)
ending luahan perasaan yang best..hehe..neway lau nak mrh org yg tiru tu pn takut xmakan saman lak..neway..gmbr org kotak tu cntik la..cari ke buat sndiri???
Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog saya, saya membalas dengan kunjungan anda itu =)..kejar trafik mmg kejar..tp xdelah smpai nak beribu2..hehehe..just sdeh tgk graf turun..hehe..
***Lihatlah Entri Terbaru Saya Disini***
bila blog dah femes macam ni lah, ada yg meniru, ada anon yang suka kutuk2 cari pasal..be strong okey...tu tandanya dah semakin dekat dgn kejayaan
sabar cikgu, saya tak baca lagi tapi ape pun blog cikgu tetap best. tak mo sedih sedih, ;D
pergh!! anda terlalu hebat hingga ditiru!! orang macam awak ni sama level jgak ngan datuk kepada siti tu .. sebab orang tiru dia lagi dan lagi,
satu musim tu suma suara semashaaaammm jer.. n still dia jer yg kekal.
satu musim tu suma nama penuh semashaaaam jer.. still dia jer yg kekal.
tang part dahi tu rasanya orang tak tiru kot.
so biarkan peniru suma,
satu musim tu suma nak tiru cara zara menulis.. still dia jer yang kekal :D
Haha. Manusia makin kelakar.
*_*
kesian.. org tu mgkn takde identiti diri.. jom doakan dia semoga dpt hidayah utk berubah ke arah kebaikan ^___^
nak juga baca blog org tu.. boleh bg link? ;P
peminat boleh taw yg mane entry kak zara....
psal name sakura 2...
bukan sorg 2 je ade name sakura....
beribu2...
so, buat donno je ape yg dikomen itu....
nak kmen lg skali. finally, tadi duk bw jumpe gak belog 2. seyes same. gaye penulisan, dialog, n gambar pon..huhu
anda tetap terbaikkk!!!
No way la orang boleh tiru bulat-bulat. Artwork Zara unik!
:)
ok la tu ko dah ada jadi mentor kepada orang
siapakah zara?
baru nak terjah..
dah dikata udah delete
haih
P/S : Sayang Apa Macam Nih? Budak - Budak Pun Belum Tentu Kau Boleh Tipulah Pakcik!!
mesti org tu sebenarnya menjadikan zara mentornya ..hehehheheh
Oh...kena plagiat adalah satu perkara yang sangat menyakitkan... I mean, even psychologically...
zara x mau sedih yer...event sy yg baru x sampai 2 bln ikut blog zara pun masih kenal cara penulisan zara.....dia minat sgt kot kat zara...
kak zara kan famous. orang pun nak jugaklah ikut. sbb tu dorg mcm tu kot? haha ;P
Jumpa.kesian dia. hoho
tak sangka ada jugak yg begitu...
sabar ye zara...
tak lama kot org mcm tu..
cian my darling zara ni.. i dh bace lame jugak blog u ni, kebetulan bukak blog org tu kat new tab.. tetibe ade feeling cam bace blog yg same, tu i tya u kt formspring tu.. anyway jgn cedih2.. biase org copycat sbb kite punye karya tu best kn? take it as a compliment.. mungkin dia sayang you lebih or fanatik dg u.. hehehe.
td bukak blog dia, dia dh letak salam aher dh pun.. ^_^ i quote :
"Terima kasih buat semua.Selepas 12 malam ini, aku ingin menyimpan segalanya sendirian.Terima kasih atas teguran dan bisikan yang kalian titipkan buat aku.Jika aku sudah cukup kuat, aku akan kembali semula ke permukaan.Sekarang masanya berhibernasi.Dunia ini menjadi privasi."
Post a Comment