Salam semua.
Maaf atas penulisan yang mengikut emosi semalam.
Hati sedang dirundung kedukaan dan hanya blog tempat meluahkan perasaan.
Coretan semalam tiada niat mahu menjatuhkan sesiapa, tetapi melakar rasa duka lara.
Terima kasih atas sokongan kalian.
Tanpa kalian, aku sudah rebah tersungkur tidak bermaya.
Selamat tinggal semua.
Mungkin ini kali terakhir berada di atas talian.
Mungkin ini coretan akhir buat kalian.
Cinta sudah ku tinggalkan.
Air mata sudah kekeringan.
Tekanan?
Petang ini akan menaiki bas jam 3.30 petang meninggalkan daerah tercinta.
Menuju ke ibu negara, Kuala Lumpur untuk bertemu para penulis blog dan pembaca.
Ya, anda semua.
Kalau ada kesempatan, ya, mari jumpa.
Berharap sangat akan dapat bersama kalian esok petang.
Datang ya?
Butiran
1. Lokasi : COMMONWEALTH FOREST PARK & RESORT
Kompartmen 3 Hutan Simpan Bukit Lagong
KM 23 Jalan Kuala Lumpur - Rawang
48000 Rawang Selangor
2. Sila rujuk : laman sesawang, http://cfpresort.com/
3. Tarikh : 6 Mac (Sabtu) dan Masa : 3-6 petang.
4. Bayaran : RM10 setiap seorang kecuali mereka berusia 12 tahun ke bawah. Bayaran untuk BBQ dan kos menyewa tapak perhimpunan. Makanan dan minuman selain daripada itu, sila bawa secara 'pot luck'.
5. Semua penulis blog sila pakai baju merah (baca: ada calit merah sikit pun ok). Tetamu lain, pakai mengikut kesesuaian anda.
Sila rujuk blog Bapak Gula-Gula.
Blog Encik Mazidul juga hebat perkembangannya.
Sila rujuk blog Ondscene - si penulisan ini juga boleh.
Blog Military of Malaysia juga boleh.
*******
Wajah sedang ukir perasaan duka.
Tidak, tarik muka semula.
Senyum Zara.
Senyuman itu akan menghalau kesedihan hati lara.
Penguat diri untuk lebih berjaya.
Ah, itu ujian pertama sahaja.
Masih banyak yang beratur menunggu untuk lihat ketabahan sebuah jiwa.
Elastiknya hati, tanam semangat dan membusungkan dada.
Ketawa.
Moga dapat berjumpa kalian esok.
Siapa yang punya nombor telefon genggam kepunyaan aku, ya, anda boleh sahaja hubungi untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Yang lain, mungkin boleh tinggalkan pesanan di surat elektronik aku. Harap aku bakal punya kesempatan untuk baca.
Zara : Selamat tinggal semua.
Shafaza Zara Syed - Legasi Cinta Alisia.
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]
33 comments:
Adush...
sungguh beremosi entri ini.
berhantu juga barangkali..
moga kamu kembali mencatat rasa di jurnal seni..:)
kak zara pegi mcm mana..
i means transport?
mcm mne nk naik public transport?
nk pegi ni..xde transport..
:(
hohoho..
selamat bergather esok .
hohoho .
Haha~
membusungkan dada....sudah bersemangat nampaknya si Zara.
Aku di ajak ayah aku pergi family day. Makanya aku penuhi ajakan beliau.
Tapi andai ada perhimpunan besar-besaran para bloggers di suatu hari nanti(moga jadi acara tahunan)...pasti aku wajibkan diri hadir.
aku pon nak jumpe kamu zara...uhuk
nak join jugakkkk
jiwa kamu sudah pulih..
alhamdulillah....
ak pon nk pegi jugak!!!!assgmnt byk!!!
ala.....
ala..xde n0 f0n kamo0
semoga bateri di cas semula :)
my dear zara, thanx drop by ur hotline no in my inbox.will contact u!wajib!hehe..
insyaAllah.ade rezki kiter jumpa kat sana ek..=)
not this time
byk pulak kendurinya...
Oit..mana aci camnie..aku nak gie gak..huk3..
dear, satu hari nanti kita pasti akan beroleh ketenangan yang dicari..
teruskan hidup dengan senyuman dan doa ye.. zara bakal gembira selalu dan redhaa..hee~
have a nice weekend my dear zara!!
sudah bersemangat kembali.
yeahhH~!!
*jgn ambil hati pada manusia. mereka hamba seperti kita. ;D
owh....da buat upenye
till we meet again....selamat berghatering
selamat pegi dan pulang dik
nnti klu ade gath ajaklah aku...
huhu~
ala tak dapat gak jumpa dek zara :(
ada hal di kampung.. alaaaaa...!!!
lumut,ko ad kt malysia ke skrng?
zara,nape ni?jgn tinglkn kami.
siyes aku rindu penulisan ko.
kalau sok ad kesempatn,aku join gak.
chill...
moga ok semuanya
zara tak dapat jumpa kak zara.. hehe maaf, ada hal esok.. mungkin hari lain.. kan?
kem salam mazidul..
rugi sbb xdpt nk jmp zara
tetibe ade hal plak sedangkan umah kat rawang, dekat je ngan taman rimba tu...
sedey3....
Salam kenal ZARA...
Nanti boleh kita berkenalan, dan berborak2?
.bestnye
.mak x mara? ;p
huhuhu...cam cite sedih ajer....terkezut gak
selamat tinggal zara.. berhati2 walau dimana anda berada.! aisey.
ouh,pegi kejap je kan? huhu.slmt bgathering.^^
selamat pergi dan selamat pulang ya zara...cuba lupakan mana yang sedih ya... :-)
huuu..
nak ikot..
tapi..
takleh..
sedih...
sadis..
kejam..
kak zara sepatutnya gembira kerana dapat jumpa dengan orang yang selalu sokong kak zara..
:)
so,camne gathering ini?meriah tak?ada kije smalam,kalau tak tentu saya pun join
Post a Comment